- Category: BERITA - Malay
- Written by Aininulniza
Empat Mahasiswa UniMAP Terima Sijil Keysight Sedia ke Industri
Oleh : Mohd Basri Basir
PADANG BESAR, 9 JULAI 2020 – Seramai empat Mahasiwa Fakulti Teknologi Kejuruteraaan( FTK), Universiti Malaysia Perlis (UniMAP) berjaya menghabiskan kursus bersama Keysight Technologies sekaligus menjadikan mereka sebagai jurutera yang kompeten untuk industri.
Timbalan Naib Canselor Akademik dan Antarabangsa UniMAP, Prof. Ir. Ts. Dr. Mohd Rizal Arshad berkata, program itu memberikan kelebihan kepada mahasiswa untuk mempersiapkan diri untuk diterima industri.
“UniMAP telah terlibat dengan program ini sejak tahun lalu melibatkan tiga mahasiswa dan tahun ini jumlah meningkat sebanyak empat orang.
Mereka yang menerima sijil 'Keysight RF/MW Industry-Ready Students' untuk 2020 adalah Ling Chui Yew, Naveenesyh Baskaran, Leong Khai Wen dan Tasneem Sofri yang merupakan mahassiswa Ijazah Sarjana Muda Kejuruteraan Teknologi Elektronik ,” katanya dalam satu kenyataan, di sini.
Selain sijil berkenaan, Ling Chui Yew turut dianugerahkan 'Keysight IoT Design and Validation Industry-Ready Students' pada program 'Remote Learning' di Makmal Keysight, Fakulti Teknologi Kejuruteraan UniMAP, di sini.
Turut hadir, Pengurus Besar Keysight Technologies Malaysia Lee Choon Seng, 'General Manager dan Pengurus Pembangunan Keysight Technologies, Daniel Yap , Dekan FTK UniMAP, Prof. Madya Ir. Dr. Abu Hassan dan Dekan Pusat Pengajian Kejuruteraan Komputer dan Perhubungan Prof Madya Dr. Azremi Abdullah Al-Hadi,
Dalam program itu, Keysight Technologies turut melakukan demonstrasi berkenaan 'remote learning' kepada semua Dekan/wakil Dekan Fakulti/Pusat Pengajian/Institut yang disampaikan oleh Daniel Yap, yang juga 'Industrial Advisory Panel' (IAP) untuk program Sarjana Muda Teknologi Kejuruteraan Elektronik (Rekabentuk Telekomunikasi Elektronik) bersama-sama beberapa lagi kakitangan Keysight.