A+ A A-

Kolej Kediaman Tan Sri Aishah Ghani Anjur Pameran Penyelidikan ICIC April Ini

Kangar, 26 Mac – Majlis Penghuni Kolej Kediaman Tan Sri Aishah Ghani [KKTAG] Universiti Malaysia Perlis (UniMAP) bakal menganjurkan Innovation & Creativity Inter-Collage (ICIC 2015) buat julung kalinya akan diadakan pada April ini dalam usaha untuk melahirkan penyelidik muda atau penghuni yang berfikiran kreatif dan inovatif.

Pengarah Program ICIC  2015, Sdr. Mohd Farhan Aizat bin Mohd Zailani ketika ditemui berkata pameran penyelidikan peringkat kebangsaan bertemakan Kolej Kediaman ini merupakan program julung kali diadakan yang dianjurkan sepenuhnya oleh Majlis Penghuni Kolej Kediaman Tan Sri Aishah Ghani [KKTAG] dengan kerjasama MyRIS dan akan dilangsungkan di Dewan Terbuka Kolej Kediaman Tan Sri Aishah Ghani, UniMAP pada 23 hingga 26 April 2015.

“Penganjuran ICIC  akan memberikan pendedahan awal dan menggalakkan penghuni kolej  untuk terlibat dalam bidang penyelidikan dan inovasi seterusnya memperkasakan kebolehan serta penciptaan pelajar dalam bidang sains dan kejuruteraan ke platform yang lebih tinggi.

“ Pada ICIC kali ini tema yang ditetapkan adalah “Inovasi Dalam Kolej Kediaman”, dan saya berharap produk-produk penyelidikan yang dihasilkan nanti dapat dimanfaatkan untuk keperluan penghuni kolej UA/IPTS, “katanya.

Beliau juga yakin melalui  pameran sebegini, ia akan menggalakkan pelajar untuk membuat penyelidikan dan inovasi, selain menggalakkan mereka membina peluang kerjaya sendiri melalui produk yang dikomersialkan dan dipasarkan di pasaran.

Pameran ini terbuka kepada semua pelajar peringkat pengajian Ijazah Sarjana Muda mengikut Pusat-pusat Pangajian di UniMAP serta semua Penghuni asrama Universiti Awam (UA) atau IPTS di Malaysia.

“Saya amat mengalu-alukan penyertaan dari peringkat luar dan tarikh akhir penyertaan adalah pada 19 April 2015. Kepada yang berminat boleh melayari facebook Page: ICIC UniMAP / Blog : https://icicunimap.blogspot.com , email: This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it. atau boleh terus menghubungi  Mohd Farhan Aizat Mohd Zailani di talian 017-3978635 ATAU Siti Amalin Aishah Bt Sulaiman di talian 013-6698411.

Kolej Kediaman Tan Sri Aishah Ghani