A+ A A-

Manuskrip Melayu Punca Maklumat Tamadun Melayu – Resolusi SIRaj III 2015

KUALA LUMPUR, 27 Februari - Manuskrip Melayu mesti diangkat sebagai punca teras untuk kita mendapat maklumat dalam mempertahankan tamadun Melayu untuk masa kini.

Itu adalah satu dari enam resolusi Seminar Institusi Raja (SIRaj III) 2015 yang dibacakan pengerusi majlis pada majlis penutupan SIRaj III 2015 yang disempurnakan Ketua Pengarah, Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP), Datuk Dr. Haji Awang Sariyan di  Dewan Seminar Dato’ Hassan Ahmad, DBP semalam.

Menurut Datuk Dr. Awang, SIRaj III 2015 adalah satu platform yang baik dalam usaha memartabatkan Institusi Raja di Malaysia.

“Malah DBP ingin terus bekerjasama dengan UniMAP bagi program seumpama ini di masa hadapan,” katanya.

Hadir sama adalah Timbalan Naib Canselor Universiti Malaysia Perlis (UniMAP), Datuk Prof. Dr. Zul Azhar Zahid Jamal.

Lima lagi resolusi SIRaj III 2015 adalah:

  • Dalam menggarap  sejarah Melayu atau manuskrip Melayu, Institusi Raja adalah paksi kerajaan. Raja merupakan kuasa mutlak yang melahirkan adat istiadat, sistem pemerintahan, sistem adat istiadat, sistem pembesar dan juga urus tadbir kerajaan.
  • Manuskrip  Melayu  adalah bukti atau dokumen tamadun bangsa Melayu yang paling kukuh kepada kehebatan tamadun Melayu.
  • Institusi Raja adalah asas  tamadun Melayu. Daripada raja, kita memperoleh kerajaan, seterusnya melalui kerajaan urusan pentadbiran dan pemerintahan negeri serta pertumbuhan ekonomi dan sosiobudaya masyarakat dapat dikembangkan.
  • Perkembangan atau Pencetusan agama Islam sebagai agama yang dianuti telah diasaskan oleh raja. Hasil sumbangan raja ini, agama Islam dijadikan agama negeri dan kerajaan yang kekal sehingga hari ini.
  • Raja Melayu sebagai institusi yang telah dimaktubkan di dalam perlembagaan. Segala sokongan dan gerak kerja mesti  diarahkan kepada pendaulatan Institusi Raja sebagai negara berperlembagaan.

Terdahulu, Naib Canselor UniMAP, Brig. Jeneral Datuk Prof. Dr. Kamarudin Hussin ketika ditemui yakin bahawa resolusi yang dibentangkan akan menjadi panduan gerak kerja PKIRM dan UniMAP di masa hadapan bagi memperkukuhkan Institusi Raja di Malaysia.

Malah beliau turut menyuarakan hasrat untuk menterjemahkan manuskrip-manuskrip Melayu yang bertulisan jawi lama dalam bahasa yang boleh difahami masyarakat.

UniMAP juga akan menerbitkan manuskrip yang telah diterjemah dalam bentuk e-book bagi memudahkan masyarakat dunia mengakses maklumat tersebut,” katanya.

SIRaj III  merupakan anjuran bersama Pusat Kajian Institusi Raja Malaysia (PKIRM) UniMAP, dengan DBP dan juga Perpustakaan Negara Malaysia (PNM).  

MANUSKRIP MELAYU PUNCA MAKLUMAT TAMADUN MELAYU – RESOLUSI SIRaj III 2015    a) Universiti Malaysia Perlis (UniMAP)   b) Manuskrip Melayu   c) Seminar Institusi Raja (SIRaj III) 2015    d) Rumah Perlis   e) tamadun Melayu   f) Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP)  g) Naib Canselor UniMAP  h) Perpustakaan Negara Malaysia (PNM)