A+ A A-
  • Written by Aininulniza
  • Category: BERITA - Malay

PEROLEHAN GERAN CEGEoGTech MENINGKAT TIGA KALI GANDA

Oleh : Utusan Malaysia & Aininulniza Mohd Yusof

KANGAR, 19 Jun 2022 - Institut-institut pengajian tinggi di negara ini termasuk Universiti Malaysia Perlis (UniMAP) berdepan cabaran sangat hebat dalam tempoh pandemik Covid-19 sehingga menyebabkan universiti beroperasi secara terhad termasuk dalam aktiviti penyelidikan.

Bagaimanapun penyelidik-penyelidik Center of Excellence Geopolymer & Green Technology (CEGEoGTech) terus berusaha dengan tekun dalam bidang penyelidikan sepanjang 2021 dan menunjukkan pencapaian baik apabila mencatatkan peningkatan membanggakan.

Read more: PEROLEHAN GERAN CEGEoGTech MENINGKAT TIGA KALI...

  • Written by Aininulniza
  • Category: BERITA - Malay

PERTANDINGAN USAHAWAN MUDA UniMAP 2021 LAHIR IKON KEUSAHAWANAN

Oleh : Aininulniza Mohd Yusof

PAUH PUTRA, 3 September – Usaha gigih seorang pelajar Fakulti Teknologi Kejuruteraan Elektrik (FTKE) Universiti Malaysia Perlis (UniMAP) dalam perniagaan pada awalnya hanya dengan menjual makanan ringan di kolej kediaman akhirnya membuahkan kejayaan.

Pelajar Ijazah Sarjana Muda Kejuruteraan Elektrik berkenaan, Mohamad Firdaus Ismail Hafis Mokhtar membuktikan walaupun bidang pengajiannya bukan berkaitan perniagaan tidak menghalang beliau menjana kewangan sendiri bagi menampung kos kehidupan di kampus.

Read more: PERTANDINGAN USAHAWAN MUDA UniMAP 2021 LAHIR...

  • Written by Fazemil
  • Category: BERITA - Malay

PRESIDEN POTENSI UniMAP KEKAL MENERAJUI MASTI

Oleh: Nurul Aida Othman

PAUH PUTRA, 2 Julai - Presiden Persatuan Pegawai Tadbir dan Ikhtisas (POTENSI) Universiti Malaysia Perlis (UniMAP), Yang Mulia Raja Shah Erman Raja Arifin kekal menerajui Majlis Persatuan Pentadbir Universiti Awam Malaysia (MASTI) untuk penggal kedua bagi sesi 2021-2023.

Beliau yang sebelum ini pernah dipilih pada tahun 2019 bagi tempoh dua tahun dari 2019-2021 terus mendapat sokongan dan undian tertinggi dari 20 buah POTENSI Universiti Awam (UA) Malaysia pada Mesyuarat Agung Tahunan (AGM) kali ke-10 yang dianjurkan Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM) secara dalam talian, baru-baru ini.

Menurut Raja Shah Erman, beliau berasa terharu dengan sokongan yang diterima pada pemilihan tersebut dan ia merupakan satu tanggungjawab besar yang perlu digalas oleh beliau.

Read more: PRESIDEN POTENSI UniMAP KEKAL MENERAJUI MASTI

  • Written by Fazemil
  • Category: BERITA - Malay

POTENSI UniMAP BAKAL ANJUR ISUM


Oleh: Nurul Aida Othman

PAUH PUTRA, 29 Jun - Perubahan sentiasa berlaku pada setiap masa tanpa mengira sama ada kita sedar atau pun tidak lebih-lebih lagi dalam krisis kesihatan global hari ini.

Apa yang boleh dilakukan adalah mengadaptasi setiap perubahan dan bertindak mengetuai perubahan mengikut situasi semasa agar kita terus fokus untuk masa hadapan yang lebih baik dalam keadaan krisis yang tidak menentu demi kelangsungan hidup.

Atas rasa tanggungjawab itu, Persatuan Pegawai Tadbir dan Ikhtisas UniMAP (POTENSI) Universiti Malaysia Perlis (UniMAP) terpanggil untuk menganjurkan seminar antarabangsa, International Seminar on University Management (ISUM) yang dijangka akan berlangsung secara dalam talian pada 18 dan 19 Ogos 2021 ini.

Seminar yang dianjurkan dengan kerjasama Universitas-Universitas di Bandung Indonesia, Fakulti Sains Gunaan dan Kemanusiaan (FSGM), Pusat Pengurusan Penyelidikan (RMC) UniMAP dan MASTI diadakan sempena sambutan Hari Pentadbir Universiti Awam ke-6 yang di sambut pada bulan Ogos setiap tahun.

Read more: POTENSI UniMAP BAKAL ANJUR ISUM

  • Written by Aininulniza
  • Category: BERITA - Malay

PRODUK INOVASI COVID-19 UniMAP JADI PILIHAN INDUSTRI DAN KOMUNITI

Oleh : Suhana Abd Mutalib

Arau, 1 April - Universiti Malaysia Perlis (UniMAP) sentiasa berusaha untuk menyalurkan sebanyak mungkin kemahiran dan ilmu yang dimiliki dalam bidang kejuruteraan khusus bagi membantu masyarakat terutama dalam memerangi wabak Covid-19 yang melanda negara ketika ini.

Naib Canselornya, Prof. Ir. Ts. Dr. R Badlishah Ahmad berkata, ia adalah selaras dengan misi universiti iaitu “Engineering and Technology for Humanity” yang antara lainnya menggalakkan warga universiti untuk menghasilkan produk penyelidikan yang mampu menyelesaikan permasalahan masyarakat.

Jelas beliau, salah satu dari produk yang mendapat permintaan menggalakkan dalam situasi Covid-19 ini ialah terowong sanitasi yang dihasilkan oleh para penyelidik dari Pusat Pengajian Diploma UniMAP.

Read more: PRODUK INOVASI COVID-19 UniMAP JADI PILIHAN...