- Written by Aininulniza
- Category: BERITA - Malay
UniMAP guna sepenuhnya teknologi digital hadapi Covid-19
Oleh : Suara Merdeka
UNIVERSITI Malaysia Perlis (UniMAP) mengambil langkah yang drastik dari awal dalam tempoh penularan pandemik Covid-19 melalui penggunaan sepenuhnya ‘Teknologi Digital’ dalam urusan pentadbiran Universiti supaya sistem penyampaian dan perkhidmatan tidak terkesan akibat daripada penularan wabak maut ini.
Selaras dengan pengumuman yang diumumkan oleh YAB Perdana Menteri bagi Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 1 hingga Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) yang berkuat kuasa mulai 18 Mac sehingga 4 Mei 2020, UniMAP telah mengambil langkah mengadakan mesyuarat secara dalam talian pada setiap hari melibatkan kesemua Ketua-ketua Jabatannya untuk merancang dan menggerakkan segala tugas sepanjang tempoh PKP dan sehingga kini sebanyak 28 kali mesyuarat telahpun diadakan.
Demikian dipersembah maklumkan oleh Naib Canselor UniMAP Prof. Ir. Ts. Dr. R Badlishah Ahmad kepada Raja Muda Perlis Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail dalam satu sesi taklimat khas yang diadakan di Pejabat Tuanku Canselor UniMAP, Bangunan Canselori universiti di Pauh Putra semalam.
Read more: UniMAP guna sepenuhnya teknologi digital hadapi...