A+ A A-
  • Written by Aininulniza
  • Category: BERITA - Malay

UniMAP Tersenarai Dalam THE Young University Rankings 2020

Oleh : Suhana Abd Mutalib

KANGAR, 24 Jun: Universiti Malaysia Perlis (UniMAP) buat julung kalinya menempatkan diri dalam carta THE Young University Rankings 2020 yang dikeluarkan Times Higher Education (THE) hari ini.

UniMAP berada dalam kelompok 151-200 universiti terbaik di dunia yang berusia di bawah 50 tahun bersama-sama dua lagi universiti iaitu Universiti Putra Malaysia (UPM) dan Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM).

Naib Canselornya, Prof. Ir. Ts. Dr. R Badlishah Ahmad, berkata pencapaian tersebut adalah sesuatu yang membanggakan bagi sebuah universiti yang baru berusia 18 tahun dengan jumlah pelajar sekitar 15,000 orang.

Read more: UniMAP Tersenarai Dalam THE Young University...

  • Written by Fazemil
  • Category: BERITA - Malay

UniMAP TERUSKAN MISI BANTUAN BANJIR

Oleh: Nurul Aida Othman

PAUH PUTRA, 3 Januari - Universiti Malaysia Perlis (UniMAP) meneruskan misinya bagi membantu mangsa banjir apabila menghantar seramai 60 sukarelawan di kawasan Temerloh, semalam.

Mereka terdiri daripada pelajar dan staf yang mempunyai pelbagai kepakaran akan berkampung selama 3 hari di lokasi tumpuan iaitu Kampung Batu Kapor bagi membantu operasi mencuci dan membersih kawasan yang terjejas akibat banjir yang melanda pertengahan Disember lalu.

Read more: UniMAP TERUSKAN MISI BANTUAN BANJIR

  • Written by Aininulniza
  • Category: BERITA - Malay

UniMAP Tubuh IAUN – CHAPTER MEDAN Perkasakan Alumni Antarabangsa

MEDAN, 29 Januari – Bagi merealisasikan hasrat universiti mewujudkan jaringan kerjasama alumni antarabangsa, Universiti Malaysia Perlis (UniMAP) menubuhkan “International Alumni UniMAP Network (IAUN) – Chapter Medan”, di sini, hari ini.

Majlis perasmian penubuhan IAUN-Chapter Medan berkenaan diadakan di Institut Teknologi Medan (ITM) anjuran Unit Alumni Jabatan Hal Ehwal Pelajar dan Alumni (JHEPA).

Sempena majlis perasmian itu, Rektor ITM Medan Dr. Ir. Mahrizal Masri dilantik sebagai Presiden manakala Timbalan Rektor ITM Medan, Dr. Ir. Hermansyah Alam dilantik sebagai Timbalan Presiden IAUN- Chapter Medan itu.

Naib Canselor UniMAP, Prof Ir Dr R Badlishah Ahmad berkata penubuhan IAUN – Chapter Medan adalah ”pioneer” untuk permulaan perhubungan Alumni Antarabangsa UniMAP di seluruh dunia.

Read more: UniMAP Tubuh IAUN – CHAPTER MEDAN Perkasakan...

  • Written by Fazemil
  • Category: BERITA - Malay

UniMAP TUAN RUMAH ASP 2021


Oleh: Nurul Aida Othman

PAUH PUTRA, 17 Ogos - Pandemik COVID-19 yang menyerang dunia sejak 2020 telah merubah corak kehidupan masyarakat dunia secara keseluruhannya.

Ini kerana tidak kira apa jua industri turut mengalami perubahan drastik dalam mengadaptasi norma baharu yang diperkenalkan oleh kerajaan termasuk sektor pendidikan tinggi.

Menurut Naib Canselor Universiti Malaysia Perlis (UniMAP), Lt Kol Prof. Ts. Dr. Zaliman Sauli, UniMAP sendiri terkesan dengan corak perubahan dunia akibat COVID-19.

“Banyak rencana kita terpaksa ditunda atau dibatalkan ekoran wabak ini antaranya program persidangan dan mobiliti antarabangsa yang tertunda sejak 2020 lagi.

“UniMAP sepatutnya menjadi tuan rumah bagi Asia Summer Program (ASP) dan Asian Faculty Workshop (AFW) tahun lepas tetapi terpaksa ditangguhkan kerana COVID,” katanya ketika berucap dalam talian pada ASP 2021 dan AFW 2021 yang masing-masing diadakan bermula 16 dan 25 Ogos serta dijangka berakhir 29 Ogos 2021 ini.

Tambah Prof. Dr. Zaliman, walaupun COVID banyak memberi impak negatif tetapi di sudut positif ia menjadi rahmat dalam mendidik komuniti untuk mempelajari teknologi terkini.

Read more: UniMAP TUAN RUMAH ASP 2021

  • Written by Aininulniza
  • Category: BERITA - Malay

UniMAP Umum Pakej Rangsangan Penyelidikan Pasca Covid 19 Bernilai RM1 Juta

Oleh : Suhana Abd Mutalib

KANGAR: Universiti Malaysia Perlis (UniMAP) hari ini mengorak langkah menyuburkan aspek penyelidikan dalam kalangan warganya melalui pengumuman Pakej Rangsangan Penyelidikan Pasca Covid-19 UniMAP 2020 yang membabitkan dana keseluruhan berjumlah lebih RM1 juta.

Menerusi pengumuman tersebut yang disiarkan secara langsung melalui laman Facebook rasmi universiti, Naib Canselor UniMAP, Prof. Ir. Ts. Dr. R Badlishah Ahmad berkata, sebanyak 11 inisiatif penyelidikan telah dirangka bagi meningkatkan lagi prestasi UniMAP dalam aspek penyelidikan.

“Dalam situasi negara dan dunia keseluruhannya yang masih terkesan dengan isu Covid-19, pelbagai perancangan dan aktiviti penyelidikan terganggu terutama yang melibatkan pergerakan fizikal termasuk penganjuran persidangan dan penyertaan dalam pameran penyelidikan.

“Justeru, setelah megambil kira semua kekangan dan permasalahan, saya bersama-sama Pusat Pengurusan Penyelidikan (RMC) UniMAP telah bersetuju untuk mewujudkan insentif berbentuk dana bagi membolehkan para penyelidik kekal menjalankan aktiviti pennyelidikan dan penerbitan jurnal dalam situasi norma baharu,” ujarnya.

Read more: UniMAP Umum Pakej Rangsangan Penyelidikan Pasca...