Lightboard Mekanisme Terbaharu Pengajaran Dalam Talian Di UniMAP
Oleh : Nurul Aida Othman
PAUH PUTRA – Dalam memastikan proses pembelajaran tidak terhenti akibat pandemik COVID-19, sekumpulan pensyarah Universiti Malaysia Perlis (UniMAP) berinisiatif bagi menjadikan pengajaran dan pembelajaran secara dalam talian lebih menarik dan berinteraktif.
Inovasi studio lightboard yang dibangunkan oleh pensyarah dari Fakulti Teknologi Kejuruteraan (FTK) Mekanikal UniMAP, diketuai Dr. Azuwir Mohd Nor, Dr. Mohd Zakimi Zakaria, Prof. Madya Ir. Dr. Mohd Sazli Saad dan Mohamad Ezral Baharudin bertindak sebagai mekanisme terbaharu bagi teknik pengajaran dalam talian.
Wakil kumpulan tersebut, Mohamad Ezral berkata, idea ini timbul apabila mereka menghadapi masalah untuk menyampaikan pengajaran yang melibatkan analisis berangka.
“Kami perlu menunjuk ajar setiap langkah analisis berangka berkenaan yang biasanya ditunjukkan menggunakan papan putih (white board).
“Tetapi memandangkan situasi semasa yang memerlukan pengajaran disampaikan secara dalam talian, adalah amat penting bagi kami membangunkan satu mekanisme baharu yang dapat memperlihatkan keberadaan tenaga pengajar seperti belajar di dewan kuliah atau secara semuka serta penyampaian yang lebih interaktif,” katanya ketika dihubungi baru-baru ini.
Baca selanjutnya: Lightboard Mekanisme Terbaharu Pengajaran Dalam...