A+ A A-

Yuran Pengajian

 

 Bidang Pengajian

Yuran Pengajian  Semester 1

Yuran Pengajian Semester seterusnya

Media Baharu

RM 2,035

RM 1,260

Perniagaan

RM 2,035

RM 1,260

Kejuruteraan

RM 2,200

RM 1,410

Teknologi Kejuruteraan

RM 2,200

RM 1,410

Diploma

RM 1,735

RM 1,010

 

Sebarang pertanyaan berhubung dengan yuran pengajian bolehlah ditujukan kepada:

Jabatan Bendahari
Universiti Malaysia Perlis(UniMAP)
d/a Bangunan TNB (Lama)
Persiaran Jubli Emas,
01000 Kangar, Perlis
No. Tel : 04-9798202
No. Fax : 04-9798200

Bahagian Yuran Pelajar:

Norhafizah Binti Baharuddin
Penolong Pendaftar Kanan
Tel.: +604 979 8761
Email: Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.
(atau) Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.

 

Tarikh dikemaskini: 4 Januari 2018

RY58 Ijazah Sarjana Muda Teknologi Kejuruteraan Mekanikal (Kepujian) (Pemprosesan Bahan)

 

Fakulti Teknologi Kejuruteraan

RY58 – Ijazah Sarjana Muda Teknologi Kejuruteraan Mekanikal (Kepujian)

             (Pemprosesan Bahan)

Graduan lulusan program ini akan mempunyai kemahiran untuk menghasilkan atau mengkaji bahan dengan menggunakan proses-proses terkini untuk mereplikasikan ciri-ciri bahan tersebut. Semua benda yang kita nampak dan guna adalah dibuat daripada bahan: kereta, komputer, peti ais dsb. Ciri-ciri tertentu yang diperlukan adalah hasil daripada pemilihan bahan tertentu dan kawalan proses pembuatan untuk menukarkan bahan asas kepada produk akhir. Peluang kerjaya yang luas dalam pelbagai industri yang terlibat dalam pemprosesan bahan seperti industri keluli, cakera keras komputer, gentian kaca, sarung tangan perubatan dsb.

Antara peluang kerjaya yang berkaitan :

  • Jurutera Proses/ Pengeluaran
  • Jurutera Pembuatan
  • Jurutera/ Juruteknologi Bahan
  • Ahli Akademik
  • Jurutera/Eksekutif Pengujian
  • Inspektor Kawalan Mutu
  • Perunding Teknikal
  • Eksekutif Jualan Teknikal
  • Jurutera/Eksekutif dalam bidang Kualiti dan Pengujian
  • Usahawan

RY57 Ijazah Sarjana Muda Teknologi Kejuruteraan Mekanikal (Kepujian) (Pembangunan Produk)

 

Fakulti Teknologi Kejuruteraan

RY57 – Ijazah Sarjana Muda Teknologi Kejuruteraan Mekanikal (Kepujian)

             (Pembangunan Produk)

Objektif program ini ialah untuk melahirkan tenaga kerja teknikal yang memiliki kemahiran tinggi serta pengetahuan asas yang kukuh di dalam bidang teknologi kejuruteraan mekanikal secara amnya dan di dalam bidang pembangunan produk secara khususnya. Program ini telah dirangka secara holistik bagi menyediakan pelajar dengan adunan pengetahuan teori dan kemahiran teknikal di dalam displin pembangunan produk yang berasaskan teknologi kejuruteraan mekanikal selari dengan kehendak industri. Dengan itu, ianya akan membantu melahirkan jurutera teknologis yang bertanggungjawab mengaplikasikan, menyediakan, menyelenggarakan seta membangunkan segala aspek yang berkaitan dengan teknologi kejuruteraan mekanikal yang moden.

 Antara peluang kerjaya yang berkaitan :

  • Juruteknologi /Jurutera/Eksekutif Rekabentuk Berbantu Komputer ( CAD )
  • Juruteknologi /Jurutera/Eksekutif Pembangunan Prototaip
  • Juruteknologi /Jurutera/Eksekutif Pembangunan Produk
  • Juruteknologi /Jurutera/Eksekutif Reka Bentuk Perindustrian
  • Juruteknologi /Jurutera/Eksekutif Rekabentuk Mekanikal
  • Juruteknologi /Jurutera/Eksekutif Infotainment & Edutainment
  • Juruteknologi /Jurutera/Eksekutif Ergonomik dan Keselamatan
  • Juruteknologi /Jurutera/Eksekutif Proses Pembuatan
  • Juruteknologi /Jurutera/Eksekutif Rekabentuk dan Analisa
  • Juruteknologi /Jurutera/Eksekutif Rekabentuk Permainan dan Montaj
  • Juruteknologi /Jurutera/Eksekutif Kualiti & Pengujian
  • Juruteknologi /Jurutera/Eksekutif Rekabentuk Perabot dan Teknologi
  • Juruteknologi /Jurutera/Eksekutif Rekabentuk Pengangkutan dan Automasi
  • Juruteknologi Jurutera/Eksekutif Rekabentuk Produk
  • Juruteknologi /Jurutera/Eksekutif dalam bidang Analisis Produk ,Jenama dan Pasaran
  • Perunding Teknikal
  • Ahli Akademik
  • Usahawan

RY56 Ijazah Sarjana Muda Teknologi Kejuruteraan Mekanikal (Kepujian) (Sistem Pertanian)

 

Fakulti Teknologi Kejuruteraan

RY56Ijazah Sarjana Muda Teknologi Kejuruteraan Mekanikal (Kepujian)

             (Sistem Pertanian) 

Program ini adalah berdasarkan teknologi dalam sistem pertanian yang bersifat lestari dan memfokus kepada integrasi teknologi dan aplikasi prinsip kejuruteraan yang digunakan dalam bidang pertanian serta amalan pengurusan perniagaan dalam industri yang berasaskan pertanian. Program ini ditawarkan bertujuan untuk melahirkan graduan tenaga profesional dalam bidang teknologi kejuruteraan yang boleh terus diambil bekerja kerana kompeten dalam mengintegrasikan teknologi dan kejuruteraan dengan konsep dan amalan pengurusan perniagaan dalam industri berasaskan pertanian. Pengajaran dan pembelajaran program pengajian secara hands on dilaksanakan dalam berbagai bidang seperti kejuruteraan pertanian, kejuruteraan air dan tanah, pengeluaran tanaman makanan, pengeluaran haiwan ternakan, akuakultur, agrobioteknologi dan pengurusan perniagaan. Di samping itu, kurikulumnya direkabentuk agar graduan dapat menyesuaikan diri lebih awal dengan persekitaran industri dan terus bekerja dengan industri berasaskan pertanian dan yang berkaitan dengannya.

Graduan program Teknologi Kejuruteraan Mekanikal (Sistem Pertanian) memenuhi keperluan tenaga kerja profesional (Jurutera Teknologi) dalam sektor industri perladangan, industri pengeluaran tanaman, ternakan dan akuakultur, pemprosesan makanan, pembuatan atau perkhidmatan dalam industri berasaskan pertanian dan makanan, pengurusan sumber asli dan pelbagai industri kecil dan sederhana berasaskan pertanian dan sumber asli di samping sektor awam, institusi penyelidikan dan badan berkanun.

Antara peluang kerjaya yang berkaitan :

  • Jurutera Agrikultur
  • Jurutera Mekanikal
  • Jurutera Proses
  • Perunding Teknikal
  • Eksekutif Jualan Teknikal
  • Jurutera/Eksekutif Kualiti/Pengujian
  • Usahawan
  • Ahli Akademik

RY55 Ijazah Sarjana Muda Teknologi Kejuruteraan Mekanikal (Kepujian) (Pemesinan)

 

Fakulti Teknologi Kejuruteraan

RY55 – Ijazah Sarjana Muda Teknologi Kejuruteraan Mekanikal (Kepujian)

             (Pemesinan)

Program ini menyediakan tenaga kerja yang kenalfaham teknologi, produktif, inovatif dan kreatif serta mengamalkan nilai-nilai murni secara bersepadu supaya dapat menyumbang kepada masyarakat dan negara yang berorientasikan kepada teknologi kejuruteraan secara berkesan. Secara dasarnya, kurikulum program ini dirangka dengan menjurus kepada keperluan praktikal bagi melahirkan graduan yang berkemahiran tinggi dalam bidang  teknologi kejuruteraan serta memenuhi kriteria yang dikehendaki oleh pihak industri dan sektor-sektor lain yang berkaitan.

Para pelajar akan didedahkan dengan pengetahuan dan kemahiran dalam kursus berkaitan bidang mekanikal dan pembuatan termasuklah kursus teknologi kejuruteraan bahan, teknologi pembuatan termaju, pengurusan teknologi dan industri yang menjurus kepada bidang teknologi kejuruteraan pemesinan. Disamping itu, para pelajar juga akan didedahkan dengan kursus-kursus universiti yang menerapkan kemahiran komunikasi, berfikir dan elemen-elemen etika profesionalisma dalam kerjaya.

Bakal graduan berpotensi untuk memenuhi permintaan tinggi tenaga kerja di sektor swasta dan awam dalam bidang-bidang teknologi kejuruteraan, pengeluaran, penyelidikan dan khususnya dalam bidang-bidang yang berasaskan teknologi kejuruteraan pemesinan.

Antara peluang kerjaya yang berkaitan :

  • Jurutera Proses/ Pengeluaran
  • Jurutera Pemesinan
  • Jurutera Produk
  • Jurutera CAD/CAM
  • Jurutera Alatan
  • Jurutera Kualiti
  • Jurutera Projek
  • Jurutera Rekabentuk
  • Jurutera Mekanikal
  • Jurutera R&D
  • Jurutera Pengujian
  • Jurutera Penyelenggaraan
  • Jurutera Jualan
  • Perunding Teknikal
  • Ahli Akademik
  • Usahawan
  • Pegawai Keselamatan & Kesihatan Perkerjaan, Alam Sekitar

RY43 Ijazah Sarjana Muda Teknologi Kejuruteraan Elektronik (Kepujian) (Rekabentuk Rangkaian Elektronik)

 

Fakulti Teknologi Kejuruteraan

RY43 – Ijazah Sarjana Muda Teknologi Kejuruteraan Elektronik (Kepujian)

             (Rekabentuk Rangkaian Elektronik)

Program ini bertujuan melahirkan siswazah yang mempunyai pengetahuan dan kemahiran dalam bidang teknologi rangkaian komputer dan telekomunikasi.  Program ini berasaskan kursus-kursus elektronik yang digandingkan dengan kursus-kursus Sistem Rangkaian Komputer dan Telekomunikasi Data. Program ini memberi pendedahan berkaitan teori dan amali sistem-sistem elektronik, isyarat dan sistem, sistem teknologi rangkaian dan telekomunikasi seperti Sistem TCP/IP Internet, Sistem Keselamatan Rangkaian dan Pemasangan serta Konfigurasi Sistem Rangkaian Komputer.

Graduan program ini akan mampu mengendalikan, membangunkan, mengintegrasi Sistem Rangkaian Komputer dan Telekomunikasi Data serta mampu mengenal pasti masalah (Troubleshooting) peralatan elektronik yang berkaitan dengan Sistem Rangkaian Komputer dan Telekomunikasi Data. Program ini menekankan aspek pembelajaran dan pendekatan teori dan amali yang seimbang yang memenuhi keperluan industri. Dengan perkembangan teknologi Internet dan Telekomunikasi 4G, 5G dan seterusnya, graduan program ini juga mempunyai prospek pekerjaan yang luas dalam industri elektronik dan rangkaian komputer serta telekomunikasi data di syarikat-syarikat swasta, jabatan kerajaan dan badan-badan berkanun.

Antara peluang kerjaya yang berkaitan :

  • Jurutera Rangkaian
  • Pentadbir Rangkaian
  • Pengaturcara Perisian Terbenam
  • Jurutera Pembangunan Pengujian
  • Jurutera Projek Elektronik
  • Jurutera Elektronik
  • Pereka Penyelesaian Teknologi Awam
  • Pereka Sistem Rangkaian
  • Pereka Penyelesaian Teknikal
  • Jurutera Perkakasan Elektronik

RY44 Ijazah Sarjana Muda Teknologi Kejuruteraan Elektronik (Kepujian) (Elektronik Bersepadu)

 

Fakulti Teknologi Kejuruteraan

RY44 – Ijazah Sarjana Muda Teknologi Kejuruteraan Elektronik (Kepujian)

             (Elektronik Bersepadu)

Program ini akan menyediakan pelajar dengan pemahaman menyeluruh teori dan praktikal di dalam bidang elektronik, terutamanya di dalam rekabentuk litar terkamir. Program ini juga memberikan peluang yang luas untuk pelajar mengaplikasikan pengetahuan ini di dalam beberapa kursus dan projek-projek terancang yang secara tidak langsung menyediakan pelajar untuk menghadapi cabaran sebagai jurutera teknologi. Daripada peringkat permulaan lagi, penegasan terhadap pembelajaran berasaskan projek dan masalah (problem and project based learning) didedahkan kepada pelajar. Ini akan meningkatkan lagi peluang pekerjaan pelajar dengan pembangunan portfolio projek yang holistik dan lengkap. Pelajar akan menggunakan fasiliti terkini termasuk mesin elektrik, makmal lengkap elektronik dan komputer dengan perisian bertaraf industri.

Antara peluang kerjaya yang berkaitan :

  • Jurutera Rekabentuk Litar Bersepadu
  • Jurutera Rekabentuk Litar Analog
  • Jurutera Proses (Litar Bersepadu)
  • Jurutera Alatan
  • Jurutera Pengujian
  • Jurutera Analisa Kegagalan
  • Jurutera Elektronik
  • Jurutera Pengeluaran
  • Jurutera Projek
  • Jurutera Kawalan Kualiti
  • Jurutera R&D

RY41 Ijazah Sarjana Muda Teknologi Kejuruteraan Elektronik (Kepujian) (Rekabentuk Telekomunikasi Elektronik)

 

Fakulti Teknologi Kejuruteraan

RY41 – Ijazah Sarjana Muda Teknologi Kejuruteraan Elektronik (Kepujian)

             (Rekabentuk Telekomunikasi Elektronik) 

Program ini menyediakan pelajar untuk kerjaya dalam industri telekomunikasi serta untuk menangani pemindahan dan keperluan pendidikan berterusan graduan dalam telekomunikasi atau bidang-bidang lain yang berkaitan. Program ini mempunyai asas yang kukuh Matematik dan Fizik, menyediakan pelbagai elektif dalam Kesenian, Sains dan Kemanusiaan dan memberi tumpuan kepada menggunakan kaedah teknologi kejuruteraan semasa ke arah penyelesaian masalah teknikal.

Graduan program ini akan terlibat di dalam program dalam industri-industri yang berkaitan dengan Sistem Telekomunikasi dan Rangkaian, Penghantaran dan sistem suis, Keselamatan dalam rangkaian komunikasi, komunikasi optik dan tanpa wayar, teknologi internet dan teknologi telekomunikasi.

Antara peluang kerjaya yang berkaitan :

  • Jurutera Telekomunikasi
  • Jurutera Penyelenggaraan
  • Jurutera Perkhidmatan
  • Jurutera Perkakasan
  • Jurutera Pengujian
  • Jurutera Elektronik
  • Pegawai Latihan Vokasional

Sub-kategori