- Kategori: BERITA - Malay
Lapan Penyelidik CEGeoGTech Harumkan Nama UniMAP Di Thailand
Bangkok, 4 Februari - Seramai lapan orang ketua penyelidik kumpulan dibawah Pusat Penyelidikan Geopolimer dan Teknologi Hijau (CEGeoGTech) Pusat Pengajian Kejuruteraan Bahan, Universiti Malaysia Perlis (UniMAP) berjaya mengharumkan nama UniMAP dalam pameran Thailand Inventors’ Day 2015 yang berlangsung di Dewan IMPACT, Muang Thong Thani, Bangkok Thailand.
Pada pameran yang berlangsung selama empat hari itu, kumpulan penyelidik UniMAP berjaya membawa pulang lima pingat emas dan empat pingat perak selain Selepas penjurian selama dua hari, akhirnya penyelidik CEGeoGTech membawa pulang 5 pingat emas dan 4 pingat perak serta tiga anugerah khas.
Pingat emas UniMAP disumbangkan oleh Dr. Luqman Musa, Dr. Mohd Nazree Derman, Dr. Samsung Ting, Faizul Che Pa dan Dr. Kahtan S. Mohammed yang dibentang oleh Muhammad Faheem Mohd Tahir manakala pingat perak disumbangkan oleh Shayfull Zamree Abd. Rahim melalui dua produk inovasinya sertamasing-masing satu dari Prof. Madya. Dr. Che Mohd Ruzaidi Ghazali, Dr. Norainiza Saud.
Menurut Naib Canselor UniMAP, Brig. Jen. Datuk Prof. Dr. Kamarudin Hussin lebih membanggakan penyelidik UniMAP juga diberi pengiktirafan oleh persatuan inovasi antarabangsa antaranya Dr. Luqman Musa yang menerima Anugerah Khas British Inventors Gold Award daripada Association of British Inventors and Innovators.
Jelas beliau, selain Dr. Luqman, Prof. Madya. Dr. Che Mohd Ruzaidi turut menerima pengiktirafan antarabangsa apabila dinobatkan penerima Anugerah Utama World Invention Intellectual Property Association serta Dr. Norainiza Saud yang menerima Hadiah Khas daripada World Women Inventors & Entrepreneurs Assocition.
“Kejayaan ini menjadi pembuka tirai kecemerlangan UniMAP untuk tahun 2015 ini dan saya berharap lebih banyak kejayaan mampu diraih pada tahun ini bukan sahaja dalam aspek penyelidikan sebaliknya bidang-bidang lain juga,” ujar beliau.
Pameran tersebut yang disertai oleh lebih 17 buah negara antaranya Thailand, China, Taiwan, Iran, Indonesia, Jepun, United Kingdom, Mesir, Indonesia, Korea Selatan, Philippines dan Hong Kong dengan dirasmikan oleh Timbalan Perdana Menteri Thailand, Prof. Dr. Yongyuth Yuthavong.
Lebih 700 produk inovasi dipertandingkan merangkumi pelbagai bidang dan teras penyelidikan. Selain itu, UniMAP juga melalui Persatuan Penyelidikan dan Inovasi Malaysia (MyRIS) turut diberi peluang untuk mempromosikan aktiviti-aktiviti yang dianjurkan dalam mesyuarat bersama Ketua Deligasi bersama Setiausaha Agung National Research Council of Thailand (NRCT) Prof. Dr. Soottiporn Chittmittrapap dan Presiden International Federation of Inventors Association (IFIA) Alireza Restagar.