- Kategori: DMNC - malay
- Ditulis oleh Kogilaranne Muthusamy
DMNC JULAI 2017
Perutusan Hari Raya Aidilfitri 1438 Hijrah |
Salam Aidil Fitri : Kukuhkan Ukhuwah, Semaikan Keikhlasan, Suburkan Perpaduan. |
Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Pengasih. يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا كُتِبَ عَلَيْكُمُ الصِّيَامُ كَمَا كُتِبَ عَلَى الَّذِينَ مِنْ قَبْلِكُمْ لَعَلَّكُمْ تَتَّقُونَ “Hai orang-orang yang beriman, diwajibkan atas kamu berpuasa sebagaimana diwajibkan atas orang-orang sebelum kalian agar kamu bertakwa” (Al Baqarah: 183). Moga Ramadhan yang telah dilalui, akan menjadikan kita individu yang sanggup bekerja keras, meningkatkan kemahiran secara istiqomah dan beriltizam menggunakan segala peluang dengan bijak untuk mencorak sebuah kehidupan bagi generasi masa hadapan. Namun, dalam kita meraikan hari kemenangan ini, saya menyeru warga kampus untuk terus mengukuhkan ukhuwah sesama kita khusus bagi merapatkan lagi saf kepimpinan dan pengurusan universiti yang kita cintai ini. Harus diingat, ukhuwah merupakan kunci kepada perpaduan, justeru dalam kita berusaha untuk mencapai perpaduan, semaikanlah keikhlasan serta jauhilah prasangka dan perbalahan sesama kita. Akhir kata saya mewakili Pengurusan UniMAP mengucapkan Selamat Hari Raya, Maaf Zahir Batin kepada semua anggota kampus. Raikanlah dengan penuh kesyukuran dan semoga kita dipertemukan dengan Ramadan yang akan datang insyaa Allah. Bagi yang akan pulang ke kampung halaman, berhati-hatilah di jalanraya.
Lambaian Syawal kian dinanti, Bertahmid bertakbir tanda ketaqwaan, Maaf dipohon seikhlas hati, Ikhlaskan hati suburkan perpaduan. |
Allahu Akbar
Allahu Akbar
Allahu Akbar Walillah Ilhamd
Wassalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh.
Dato’ Prof. Dr. Zul Azhar Zahid Jamal
Naib Canselor Universiti Malaysia Perlis.