- Kategori: BERITA - Malay
- Ditulis oleh Syed Abu Bakar Syed Ahmad
UniMAP Sedia Kongsi Kepakaran Bersama YTU
ARAU, 17 November — Universiti Malaysia Perlis (UniMAP) berbesar hati untuk berkongsi kepakarannya dalam bidang kejuruteraan bersama Yangon Technological University (YTU) , Myanmar.
Perkara itu disuarakan Naib Canselor UniMAP, Naib Canselor UniMAP, Brig. Jen. Datuk Prof. Emeritus Dr. Kamarudin Hussin ketika menerima lawatan YTU di Pejabatnya, di Kampus UniMAP, Pauh Putra, di sini, semalam.
“Ini merupakan lawatan pertama deligasi YTU ke sini dan kita amat berbangga kerana mereka memilih UniMAP untuk mencari kepakaran yang sesuai untuk menjalinkan kerjasama.
“YTU merupakan universiti sama seperti UniMAP yang menumpukan bidang kejuruteraan dan kita akan melakukan lawatan balas ke sana untuk melihat jenis kepakaran yang boleh dikongsikan,”katanya.
Deligasi YTU yang diketuai Rektornya sendiri, Dr. Theingi, Prof. Madya Dr. Hsu Myat Htwe dan Prof. Madya Dr. Ruth Hta.
Manakala wakil UniMAP yang hadir sempena lawatan tersebut, Pengarah Pusat Hal Ehwal Antarabangsa UniMAP, Prof. Dr. Rosni Bakar, Pengarah Pusat Kesihatan UniMAP, Prof. Madya Dr. Mohammad Iqbal Omar dan Timbalan Pengarah Pusat Hal Ehwal Antarabangsa UniMAP, Ahmad Hifzurrahman Ridzuan.
Dalam lawatan selama sehari itu, deligasi YTU dibawa melawat Perpustakaan Tuanku Syed Faizuddin Putra, Pusat Pengajian Kejuruteraan (PPK) Pembuatan, PPK Mekatronik, Pusat Kesihatan UniMAP dan Institut Agroteknologi Lestari (INSAT).