A+ A A-
  • كتب بواسطة: Aininulniza
  • المجموعة: BERITA - Malay

Pelajar UniMAP Dibenar Pulang ke Kampus Ambil Barang Peribadi, Kenderaan

Oleh : Aininulniza Mohd Yusof

Arau, 10 Jun - Perintah Kawalan Pergerakan yang bermula 18 Mac lalu kini berada dalam fasa pemulihan bermula 10 Jun 2020 yang disebut sebagai PKPP sehingga 31 Ogos 2020 dengan beberapa prosedur operasi standard (SOP) semakin dilonggarkan.

Namun demikian, normal baharu tetap diteruskan bagi memastikan COVID19 tidak lagi menular dan proses pemulihan dalam pelbagai aspek dapat berjalan dengan lancar.

Dalam tempoh ini juga,  pelajar sekolah mahupun pusat pengajian tinggi masih tidak dibenarkan oleh kerajaan mengikuti pembelajaran secara bersemuka kecuali pelajar pasca siswazah mod penyelidikan yang bakal kembali ke kampus mulai 1 Julai ini justeru, proses pembelajaran dalam talian terus berlangsung bagi menggantikan pertemuan bersemuka dengan guru dan pensyarah masing-masing.

Hal ini sekaligus menyebabkan segelintir pelajar mengalami kesukaran berikutan banyak barang peribadi seperti laptop, tugasan akhir dan kenderaan yang ditinggalkan di kolej kediaman selepas PKP diumumkan kerajaan.

Justeru, mengambil kira faktor berkenaan pengurusan UniMAP turut mengeluarkan hebahan bagi memudahkan urusan pelajar yang ingin kembali ke kolej kediaman/kompleks perumahan bagi mengambil barang peribadi mereka termasuk kenderaan yang ditinggalkan sebelum pulang ke kampung sebelum ini.

اِقرأ المزيد: Pelajar UniMAP Dibenar Pulang ke Kampus Ambil...

  • كتب بواسطة: Aininulniza
  • المجموعة: BERITA - Malay

UniMAP Bersedia Terima Kemasukan Pelajar Mulai 1 Julai

Oleh : Suhana Abd Mutalib

Arau – Universiti Malaysia Perlis (UniMAP) telah membuat persiapan sebaiknya untuk menerima pelajar kembali ke kampus mulai 1 Julai ini dengan mematuhi sepenuhnya prosedur operasi standard (SOP) yang telah ditetapkan oleh kerajaan.

Naib Canselornya, Prof. Ir. Ts. Dr. R Badlishah Ahmad berkata, berdasarkan kenyataan yang dikeluarkan oleh pihak Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT), UniMAP kini bersedia sepenuhnya menerima pelajar kategori pertama iaitu pelajar pasca siswazah mod penyelidikan untuk menyambung kembali penyelidikan masing-masing.

Menurut beliau, langkah pertama yang perlu di ambil oleh setiap pelajar pascasiswazah yang berhasrat menyambung penyelidikan ialah dengan mengemukakan permohonan menerusi sistem yang telah dibangunkan dan perlu mengambil kira kelulusan dari penyelia serta dekan pusat pengajian masing-masing.

اِقرأ المزيد: UniMAP Bersedia Terima Kemasukan Pelajar Mulai 1...

  • كتب بواسطة: Aininulniza
  • المجموعة: BERITA - Malay

UniMAP guna sepenuhnya teknologi digital hadapi Covid-19

Oleh : Suara Merdeka

UNIVERSITI  Malaysia Perlis (UniMAP) mengambil langkah yang drastik dari awal dalam tempoh penularan pandemik Covid-19 melalui penggunaan sepenuhnya ‘Teknologi Digital’ dalam urusan pentadbiran Universiti supaya sistem penyampaian dan perkhidmatan tidak terkesan akibat daripada penularan wabak maut ini.

Selaras dengan pengumuman yang diumumkan oleh YAB Perdana Menteri bagi Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 1 hingga Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) yang berkuat kuasa mulai 18 Mac sehingga 4 Mei 2020, UniMAP telah mengambil langkah mengadakan mesyuarat secara dalam talian pada setiap hari melibatkan kesemua Ketua-ketua Jabatannya untuk merancang dan menggerakkan segala tugas sepanjang tempoh PKP dan sehingga kini sebanyak 28 kali mesyuarat telahpun diadakan.

Demikian dipersembah maklumkan oleh Naib Canselor UniMAP Prof. Ir. Ts. Dr. R Badlishah Ahmad kepada Raja Muda Perlis Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail dalam satu sesi taklimat khas yang diadakan di Pejabat Tuanku Canselor UniMAP, Bangunan Canselori universiti di Pauh Putra semalam.

اِقرأ المزيد: UniMAP guna sepenuhnya teknologi digital hadapi...

  • كتب بواسطة: Aininulniza
  • المجموعة: BERITA - Malay

UniMAP fokus pemerkasaan dan pembangunan insan

Oleh : Suara Merdeka

Universiti Malaysia Perlis (UniMAP) sentiasa memberi fokus kepada aspek pemerkasaan dan pembangunan insan yang holistik sebagai amanah besar yang dipertanggungjawabkan oleh negara.

Selain memastikan kurikulum yang ditawarkan adalah relevan kepada pihak industri, UniMAP sentiasa membuka peluang kepada mahasiswanya untuk bergerak aktif dalam kegiatan ko-kurikulum. Hasil daripada usaha tersebut, sebagai contoh, mahasiswa UniMAP telah berjaya memperoleh pengiktirafan dari dalam dan luar negara, antaranya Anugerah Pemimpin Program Sains, Teknologi dan Inovasi bagi Anugerah Tokoh Siswa Universiti Awam 2018, Anugerah The Best Project (Subcourse B) untuk Program Commtech Camp Highlight 2019, Surabaya, Indonesia; tempat ke-4 keseluruhan bagi Anugerah Persembahan Bakat di Asia Summer Program (ASP), Anugerah Kesukarelawanan Suksis Terbaik dan penyertaan dalam Yayasan Sukarelawan Siswa (YSS), Program Sukarelawan Antarabangsa.

اِقرأ المزيد: UniMAP fokus pemerkasaan dan pembangunan insan

  • كتب بواسطة: Aininulniza
  • المجموعة: BERITA - Malay

UniMAP Anjur Karnival Kerjaya e-NICE 5 Secara Dalam Talian

Oleh : Aininulniza Binti Mohd Yusof

PAUH PUTRA, 5 Mei - Walaupun negara kini masih dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB), Universiti Malaysia Perlis (UniMAP) komited meneruskan penganjuranprogram tahunannya iaitu karnival kerjaya khusus untuk para pelajar tahun akhir.

Namun, bagi menyesuaikan dengan situasi semasa program yang dinamakan Karnival Kerjaya Northern Industrial Career Engagement 2020 (e-NiCE5)  itu dilaksanakan secara dalam talian sepenuhnya dengan pembabitan sektor industri yang  memberansangkan.

Program anjuran Pusat Keusahawanan, Jaringan Industri & Masyarajat (CEICNet), Pusat Pembangunan & Perkhidmatan Pelajar (P3P), Pusat Pengurusan & Pembangunan Digital (DMDC) UniMAP dengan kerjasama pihak Talentbank itu berjaya menarik penyertaan hampir 50 syarikat dan agensi kerajaan dari pelbagai sektor industri.

اِقرأ المزيد: UniMAP Anjur Karnival Kerjaya e-NICE 5 Secara...