A+ A A-
  • كتب بواسطة: Fazemil
  • المجموعة: BERITA - Malay

LoI UniMAP-UCMM BAKAL PENUHI KEPERLUAN PdP KEDUA-DUA INSTITUSI

Oleh: Aininulniza Mohd Yusof

PAUH PUTRA, 5 Oktober 2021 – Universiti Malaysia Perlis (UniMAP) menandatangani Surat Hasrat (LoI) dengan UCMM Konsortium Sdn Bhd (UCMM) bagi menjalinkan kolaborasi dalam memenuhi keperluan maklumat pengajaran & pembelajaran (PdP) serta penyelidikan kedua-dua institusi.

UniMAP diwakili Naib Canselornya, Prof. Ts. Dr. Zaliman Sauli manakala UCMM diwakili Ketua Umum yang juga Pengerusi Lembaga Pengarah UCMM Konsortium Sdn Bhd dan Lembaga Pengarah Universiti Muhammadiyah Malaysia (UCMM), Prof. Dr. Haedar Nashir.

Turut hadir ialah Pengerusi Lembaga Pengarah Universiti Kolej Islam Perlis (KUIPs) Datuk Prof. Emeritus Dr Kamarudin Hussin, Ahli Lembaga Pengarah UCMM, Datuk Prof Dr Mohd Noh Dalimin, Pengerusi Lembaga Pengelola UCMM Prof Dr. Bambang Setiaji, Rektor Universiti Muhammadiyah Malaysia Prof Madya Dr. Waluyo Adi Siswanto, Timbalan-timbalan Naib Canselor UniMAP dan Pegawai-pegawai Utama UniMAP.

اِقرأ المزيد: LoI UniMAP-UCMM BAKAL PENUHI KEPERLUAN PdP...

  • كتب بواسطة: Fazemil
  • المجموعة: BERITA - Malay

UniMAP ANJUR ICoTriCE 2021

Oleh: Nurul Aida Othman

PAUH PUTRA, 5 Oktober - Universiti Malaysia Perlis (UniMAP) melalui Pusat Kecemerlangan (CoE) Penggunaan Biojosim dan Fakulti Teknologi Kejuruteraan Kimia (FTKK) berjaya menganjurkan 1st International Conference on Trends in Chemical Engineering 2021 (ICoTriCE 2021) selama dua hari secara dalam talian, bermula semalam. 

Timbalan Naib Canselor, Prof. Ir. Dr. Rizalafande Che Ismail berkata pemilihan tema Redefining Chemical Engineering towards a Sustainable Future adalah bersesuaian dan tepat pada masanya dalam mengatasi perubahan iklim dan menjadi sumber yang efisien tanpa merosakkan ekonomi.  

“Saya percaya situasi ini sangat genting untuk kita mentakrif semula diri dan penyelidikan agar dapat menangani cabaran global tanpa merosakkan ekonomi dan keselamatan, sekurang-kurangnya jika bukan untuk kita tetapi kepada generasi akan datang. 

اِقرأ المزيد: UniMAP ANJUR ICoTriCE 2021

  • كتب بواسطة: Aininulniza
  • المجموعة: BERITA - Malay

SEIKHLAS KASIH YAYASAN UniMAP SUMBANG 250 ‘DRAWING TABLET PAD’

Oleh : Aininulniza Mohd Yusof

PAUH PUTRA, 20 September – Sebanyak 250 ‘Drawing Tablet Pad’ disumbangkan Yayasan Universiti Malaysia Perlis (YU) kepada Universiti Malaysia Perlis (UniMAP) menerusi program ‘Seikhlas Kasih’ sempena sambutan 20 tahun kegemilangan universiti itu.

Sumbangan berkenaan disampaikan oleh Pengerusi Lembaga Pengarah YU, Prof.Emeritus Datuk Dr Kamarudin Hussin kepada wakil penerima ketika kunjungan hormat beliau dan Ahli Lembaga Pengarah YU kepada Naib Canselor UniMAP, Prof Ts. Dr. Zaliman Sauli di Library Lounge, Perpustakaan Tuanku Syed Faizuddin Putra (PTSFP), di sini.

اِقرأ المزيد: SEIKHLAS KASIH YAYASAN UniMAP SUMBANG 250...

  • كتب بواسطة: Fazemil
  • المجموعة: BERITA - Malay

PERKUKUHKAN KEKUATAN MENTAL DAN EMOSI GENERASI MUDA - NG YEN YEN

Oleh: Nurul Aida Othman

PAUH PUTRA, 30 September - Kekuatan mental dan kebijaksanaan emosi perlu diperkukuhkan bagi menghadapi tekanan hidup terutama bagi golongan generasi muda yang merupakan pemimpin masa hadapan, justeru nilai murni dan pemerintahan yang baik mustahak bagi memastikan masyarakat terus maju.

Menurut Ahli Lembaga Pemegang Amanah Yayasan Tuanku Fauziah (YTF), Tan Sri Datuk Seri Prof. Dr. Ng Yen Yen dalam perkongsiannya melalui Webinar Yayasan Tuanku Fauziah sempena 20 Tahun Penubuhan Universiti Malaysia Perlis (UniMAP), cabaran generasi hari ini adalah bagaimana untuk terus mengekalkan kemakmuran, keamanan serta perpaduan rakyat.

“Malaysia terdiri daripada pelbagai kaum, agama, budaya dan adat resam dan perpaduan merupakan asas yang penting. Oleh itu pemimpin muda perlu peka dalam masalah ini di mana mereka perlu ada fikiran yang cemerlang bagi mengharungi media sosial yang penuh dengan berita palsu,” katanya dalam slot Conversation Between Two Icons : Leadership In A Fast Changing World yang berlangsung secara dalam talian Webex dan Facebook rasmi UniMAP, semalam.

اِقرأ المزيد: PERKUKUHKAN KEKUATAN MENTAL DAN EMOSI GENERASI...

  • كتب بواسطة: Fazemil
  • المجموعة: BERITA - Malay

UniMAP MEMETERAI MEMORANDUM PERJANJIAN DENGAN IIB DARMAJAYA INDONESIA

Oleh: Nurul Aida Othman

PAUH PUTRA, 17 September - Universiti Malaysia Perlis (UniMAP) memeterai Memorandum Perjanjian bersama Institute of Informatics and Business (IIB) Darmajaya, Lampung Indonesia, pagi tadi.

UniMAP diwakili Naib Canselor, Prof. Ts. Dr. Zaliman Sauli dan IIB Darmajaya oleh Timbalan Rektor (Akademik dan Penyelidikan), Dr. R. Z. Abdul Aziz.

Prof. Dr. Zaliman berkata, perjanjian ini membolehkan kedua-dua universiti ini bekerjasama dalam bidang penyelidikan untuk tempoh satu tahun berfokuskan bidang rangkaian komunikasi komputer dan keusahawanan.

“Kerjasama ini menyokong 17 Sustainable Development Goals (SDGs) di bawah Agenda Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) 2030 yang mewartakan lima dimensi (5P) iaitu orang (people); kekayaan (prosperity); perkongsian (partnership); planet; dan aman (peace).

اِقرأ المزيد: UniMAP MEMETERAI MEMORANDUM PERJANJIAN DENGAN...