A+ A A-

UniMAP - ILMA UNIVERSITY TANDATANGANI MoU


Oleh: Nurul Aida Othman

PAUH PUTRA, 8 Julai - Universiti Malaysia Perlis (UniMAP) hari ini telah menandatangani satu Memorandum Persefahaman bersama ILMA University Pakistan secara dalam talian.

UniMAP diwakili Timbalan Naib Canselor Akademik dan Antarabangsa, Prof. Ir. Ts. Dr. Mohd Rizal Arshad manakala ILMA pula diwakili Naib Canselor, Prof. Dr. Mansoor uz Zafar Dawood.

Menurut Prof. Dr. Rizal yang menjalankan fungsi Naib Canselor UniMAP, MoU ini adalah persedian kepada kedua-dua universiti untuk memastikan pelajar dan staf bergerak aktif dan bersedia dalam menghadapi masa depan yang tidak menentu.

“Kehidupan kita kini berbeza dengan perubahan teknologi serta jangkaan separuh dari aktiviti pekerjaan akan dilaksanakan secara automatik menjelang 2055 yang secara langsung akan mencipta peranan, tanggungjawab dan cabaran baharu dalam bidang pekerjaan.

“Kita tidak boleh meramal apa yang bakal graduan kita perlukan apabila bergraduasi kelak, oleh itu saya berharap kolaborasi ini nanti akan berfokus kepada keusahawanan yang berperanan untuk mengajar mereka teknik penting untuk meneruskan kelangsungan hidup,” katanya ketika menyampaikan ucapan pada Majlis Menandatangani Memorandum Persefahaman antara UniMAP dan ILMA University Pakistan.

Read more: UniMAP - ILMA UNIVERSITY TANDATANGANI MoU

UniMAP PERLUAS JARINGAN KERJASAMA SYARIKAT DARI MEKAH

Oleh : Aininulniza Mohd Yusof

Pauh Putra, 4 Julai – Walaupun berdepan dengan pandemik COVID-19 yang masih belum menemui titik penamat, Universiti Malaysia Perlis (UniMAP) komited memperluaskan jaringan kerjasama di peringkat global.

Kali ini universiti berteraskan kejuruteraan di utara Malaysia itu menjalinkan kerjasama dengan sebuah syarikat di kota suci Mekah iaitu Wadi Makkah Knowledge Company (WMKN),baru-baru ini.

Read more: UniMAP PERLUAS JARINGAN KERJASAMA SYARIKAT DARI...

PRESIDEN POTENSI UniMAP KEKAL MENERAJUI MASTI

Oleh: Nurul Aida Othman

PAUH PUTRA, 2 Julai - Presiden Persatuan Pegawai Tadbir dan Ikhtisas (POTENSI) Universiti Malaysia Perlis (UniMAP), Yang Mulia Raja Shah Erman Raja Arifin kekal menerajui Majlis Persatuan Pentadbir Universiti Awam Malaysia (MASTI) untuk penggal kedua bagi sesi 2021-2023.

Beliau yang sebelum ini pernah dipilih pada tahun 2019 bagi tempoh dua tahun dari 2019-2021 terus mendapat sokongan dan undian tertinggi dari 20 buah POTENSI Universiti Awam (UA) Malaysia pada Mesyuarat Agung Tahunan (AGM) kali ke-10 yang dianjurkan Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM) secara dalam talian, baru-baru ini.

Menurut Raja Shah Erman, beliau berasa terharu dengan sokongan yang diterima pada pemilihan tersebut dan ia merupakan satu tanggungjawab besar yang perlu digalas oleh beliau.

Read more: PRESIDEN POTENSI UniMAP KEKAL MENERAJUI MASTI

521 MAHASISWA UniMAP BAKAL TERIMA BAUCAR RM100


Oleh: Nurul Aida Othman

PAUH PUTRA, 1 Julai – Seramai 521 mahasiswa Universiti Malaysia Perlis (UniMAP) bakal menerima baucar makanan bernilai RM100 seorang sebagai satu inisiatif bagi membantu mahasiswa yang terkesan ekoran pelaksanaan semula Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 3.0 yang diumumkan kerajaan baru-baru ini.

Mereka terpilih adalah dari golongan asnaf dan B40 yang berada dalam kampus sepanjang PKP 3.0.

Menurut Timbalan Naib Canselor (Akademik dan Antarabangsa) UniMAP, Prof. Ir. Ts. Dr. Mohd Rizal Arshad, bantuan berjumlah RM52,100 ini diterima daripada Pertubuhan Peladang Kebangsaan (NAFAS) melalui Program Sajian Siswa UniMAP – PKP 3.0.

“Ini secara tidak langsung membuktikan keprihatinan pihak NAFAS terhadap mahasiswa terutamanya golongan asnaf dan B40.

“Semoga pemberian sumbangan ini dapat menyuntik semangat buat mahasiswa UniMAP untuk menjalani kehidupan dan pembelajaran dengan lebih baik,” katanya pada Majlis Sumbangan Bantuan Makanan; Program Sajian Siswa UniMAP – PKP 3.0, semalam.

Read more: 521 MAHASISWA UniMAP BAKAL TERIMA BAUCAR RM100

UniMAP METERAI KERJASAMA STRATEGIK DENGAN KIET, PAKISTAN

Oleh: Suhana Abd Mutalib

ARAU, 29 Jun – Universiti Malaysia Perlis (UniMAP) memeterai kerjasama strategik dengan Karachi Institute of Economics and Technology (KIET) khusus untuk memantapkan lagi aspek akademik, penyelidikan, perundingan serta mobiliti staf dan pelajar untuk manfaat bersama.

Menerusi jaringan kerjasama tersebut, UniMAP melalui Fakulti Sains Gunaan dan Kemanusiaan (FSGM) dan KIET akan saling membantu dan menyokong antara satu sama lain dalam kerjasama ini untuk program serta projek yang bermanfaat dalam usaha meningkatkan lagi keterlihatan antarabangsa UniMAP di persada antarabangsa.

Timbalan Naib Canselor Akademik dan Antarabangsanya, Prof. Ir. Ts. Dr. Mohd. Rizal Arshad berkata, dalam situasi pandemik COVID-19 yang masih meruncing ini, universiti perlu bijak mecari ruang dan peluang untuk mengembangkan jaringan antarabangsa terutama dengan institusi pendidikan lainnya di luar negara.

Read more: UniMAP METERAI KERJASAMA STRATEGIK DENGAN KIET,...

GRADUAN UniMAP PERLU BERSEDIA HADAPI TEKNOLOGI BATASAN BAHARU

Oleh : Aininulniza Mohd Yusof

PAUH PUTRA, 27 Jun – Graduan kejuruteraan khususnya graduan kelahiran Universiti Malaysia Perlis (UniMAP) perlu bersedia bagi menghadapi dunia pekerjaan dengan berbekalkan kemahiran dan kebolehan pembelajaran sepanjang hayat.

Hal ini telah dihuraikan dengan panjang dan lebar oleh Prof. Sir Anthony Leggett. Beliau, dengan pengalaman lama beliau dalam bidang penyelidikan telah menyarankan agar para graduan yang bakal meneroka langkah seterusnya agar mempunyai fikiran terbuka dan jati diri kuat.

Read more: GRADUAN UniMAP PERLU BERSEDIA HADAPI TEKNOLOGI...