- Written by Aininulniza
- Category: BERITA - Malay
UniMAP Anjur Karnival Kerjaya e-NICE 5 Secara Dalam Talian
Oleh : Aininulniza Binti Mohd Yusof
PAUH PUTRA, 5 Mei - Walaupun negara kini masih dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB), Universiti Malaysia Perlis (UniMAP) komited meneruskan penganjuranprogram tahunannya iaitu karnival kerjaya khusus untuk para pelajar tahun akhir.
Namun, bagi menyesuaikan dengan situasi semasa program yang dinamakan Karnival Kerjaya Northern Industrial Career Engagement 2020 (e-NiCE5) itu dilaksanakan secara dalam talian sepenuhnya dengan pembabitan sektor industri yang memberansangkan.
Program anjuran Pusat Keusahawanan, Jaringan Industri & Masyarajat (CEICNet), Pusat Pembangunan & Perkhidmatan Pelajar (P3P), Pusat Pengurusan & Pembangunan Digital (DMDC) UniMAP dengan kerjasama pihak Talentbank itu berjaya menarik penyertaan hampir 50 syarikat dan agensi kerajaan dari pelbagai sektor industri.