- Category: ACADEMIC
- Written by Sharifah Noor Sahila Syed Jamal
FEES FOR BACHELOR OF BUSINESS PROGRAMME
Peraturan Pembayaran Yuran Universiti Malaysia Perlis
1. Yuran Pengajian
Yuran pengajian serta yuran lain yang berkaitan:
A. Yuran Tidak Berulang | |
1. Suaikenal | - RM 200.00 |
2. Pemajuan Pelajar | - RM 150.00 |
3. Pendaftaran Pelajar | - RM 30.00 |
4. Kad Daftar Pelajar | - RM 70.00 |
5. Yuran Pemeriksaan Kesihatan dan X-Ray | - RM 70.00 |
6. Insuran Takaful Keluarga Berkelompok (RM15.00 x 3 tahun) | - RM 45.00 |
7. Yuran Ko-kurikulum | - RM 200.00 |
JUMLAH | RM 765.00 |
B. Yuran Berulang (Setiap Semester) | |
1. Pengajian | - RM 650.00 |
2. Kumpulan Wang Desasiswa | - RM 450.00 |
3. Kumpulan Wang Kesihatan | - RM 40.00 |
4. Kumpulan Wang Kebajikan Pelajar | - RM 30.00 |
5. Bayaran Pengangkutan | - RM 30.00 |
6. Yuran Aktiviti Desasiswa | - RM 20.00 |
JUMLAH | RM 1,220.00 |
JUMLAH KESELURUHAN | RM 1,985.00 |
C. Pelajar WAJIB membayar keseluruhan yuran berjumlah RM 1,985.00 pada atau sebelum hari pendaftaran.
Walaubagaimanapun yuran berulang berjumlah RM 1,220.00 dikenakan pada semester kedua bagi satu-satu Sidang Akademik.
D. Sebarang perubahan pada kadar yuran adalah tertakluk kepada keputusan Universiti.
2. Cara Pembayaran
a) Pembayaran yuran semester pertama boleh dibuat dengan menggunakan slip bayaran masuk di mana-mana cawangan Bank Muamalat Malaysia Berhad seperti di bawah:
nama: Bendahari Universiti Malaysia Perlis
nombor akaun: 0901-0001334-71-1
*Cetakan bil secara online boleh dibuat melalui portal UniMAP.
b) Para pelajar dipohon membuka akaun Bank Muamalat di tempat tinggal / kawasan / negeri masing-masing sebelum hari pendaftaran.
c) Sekiranya tiada cawangan Bank Muamalat di tempat tinggal / kawasan / negeri pelajar, para pelajar bolehlah membuka akaun Bank Muamalat dan membuat bayaran yuran semasa hari pendaftaran.
d) Para pelajar perlu menyediakan wang RM 20.00 dan satu (1) salinan kad pengenalan semasa membuka akaun.
e) Slip wang tunai masuk mestilah diserahkan kepada:
Salinan (1) |
Serahkan kepada Bank semasa membuat bayaran |
Salinan (2) |
Untuk Simpanan pelajar |
Salinan (3) |
Serahkan ke Jabatan Bendahari UniMAP pada hari pendaftaran sebagai bukti pembayaran. |
f) Para pelajar tidak dibenarkan membuat bayaran yuran melalui Cash Deposit Machine (CDM) memandangkan kesukaran untuk mengesahkan nama pembayar daripada pihak bank.
3. Pelajar Yang mendapat Tajaan
Pelajar-pelajar yang menerima tajaan dari mana-mana agensi kerajaan / swasta perlu membawa surat tawaran asal dan satu salinan fotostat untuk pengesahan daripada pihak Jabatan Bendahari.
4. Kegagalan Menjelaskan Yuran Pengajian
Pelajar diminta menjelaskan bayaran yuran sebelum hari peperiksaan. Pelajar-pelajar yang gagal menjelaskan yuran boleh dihalang daripada mengambil peperiksaan.
5. Pertanyaan
Sebarang pertanyaan berhubung dengan yuran pengajian bolehlah ditujukan kepada:
Jabatan Bendahari
Universiti Malaysia Perlis(UniMAP)
d/a Bangunan TNB (Lama)
Persiaran Jubli Emas,
01000 Kangar, Perlis
No. Tel : 04-9798202
No. Fax : 04-9798200
Bahagian Yuran Pelajar:
Cik Intan Syarmiza Ab. Rahman (Tel : 04-9798203)
Puan Noor Haslinda Ahmad Yani (Tel : 04-9798212)
Encik Mohd Faizul Azizan (Tel : 04-9798212)
Cik Azila Zainol (Tel : 04-9797767)