A+ A A-

TAHNIAH GRADUAN ISTIADAT KONVOKESYEN KE 10 UniMAP

Assalamualaikum W.B.T

Alhamdulillah, selesai sudah Istiadat Konvokesyen Ke -10 Universiti Malaysia Perlis yang berlangsung pada 19 hingga 21 September lalu. Sedar tak sedar, sudah sepuluh kohort graduan telah berjaya UniMAP lahirkan bagi membekalkan keperluan modal insan negara.

Di sini saya ingin mengambil kesempatan untuk mengucapkan setingggi-tinggi tahniah kepada semua 2,075 graduan yang berjaya bergraduat pada konvokesyen kali ini. saya doakan semoga anda semua akan memperoleh kejayaan dalam kehidupan masing-masing.

Sudah 14 tahun UniMAP wujud, dan pada Konvokesyen kali ini kita telah mencipta sejarah apabila kali pertama mengadakan Istiadat di Dewan Ilmu dan pertama kali juga dijalankan dalam lima sidang. Setinggi-tinggi tahniah juga saya ucapkan kepada semua sekretariat yang telah bertungkus lumus memastikan Istiadat Konvokesyen kali ini berjalan dengan lancar.

Di bulan ini juga akan berlangsungnya Audit Kesediaan Autonomi (AKA) Universiti Awam 2015, oleh pakar-pakar rujuk dan panel auditor dari Perbadanan Produktiviti Malaysia (MPC)

Proses pengauditan ini adalah bertujuan bagi mendapatkan kuasa autonomi iaitu penurunan kuasa kepada universiti untuk membuat keputusan secara berkesan demi mencapai agenda kecemerlangan pendidikan tinggi dengan berpegang kepada prinsip intergriti dan akauntabiliti.

Antara aspek yang bakal dilihat adalah mengenai Tadbir Urus Intstitusi, Kewangan, Sumber Manusia dan Akademik. Marilah kita bersama-sama berdoa agar proses pengauditan ini akan dapat berjalan dengan lancar dan UniMAP akan memperolehi penganugerahan status autonomi ini.

Sebelum menutup coretan ini, ingin saya mengucapkan jutaan terima kasih kepada Lembaga Pengarah Universiti dan seluruh warga UniMAP kerana memberi kepercayaan saya dengan menganugerahkan gelaran Profesor Emeritus pada Istiadat Konvokesyen Khas baru-baru ini, sesungguhnya apa yang saya perolehi ini bukanlah hasil usaha saya semata-mata tetapi ianya merupakan jasa semua warga UniMAP yang sama-sama menaikkan nama UniMAP yang kita sayangi. Hanya Allah Aza Wajalla yang dapat membalas jasa anda semua, sekian.

Wassalamualaikum Warahmatullahi Taala Wabarakatuh

DMNC September 2014

SALAM KEMERDEKAAN KE -57

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh dan Salam Ilmu, Keikhlasan, Kecemerlangan UniMAP

Alhamdulillah, bersyukur ke hadrat Ilahi kerana kita masih diberikan peluang untuk bertemu sekali lagi di ruangan Dari Meja Naib Canselor edisi September. Walaupun kita sudah berada di bulan September, semangat kemerdekaan masih dirasai. Masih belum terlambat untuk saya mengucapkan Selamat Menyambut Hari Kemerdekaan ke-57, dengan tema pada tahun ini iaitu “Malaysia, Di Sini Lahirnya Sebuah Cinta” yang diambil dari lirik lagu “Warisan” nyanyian Allahyarham Sudirman Haji Arshad.

Bagi saya, Malaysia tempat di mana berputiknya rasa cinta. Kecintaan kepada Negara menjalinkan hubungan rohani sesama kita. Walau apa jua bangsa, agama dan warna kulit,walau tidak mengenali antara satu sama lain - atas nama Negara Malaysia, kita bersatu dan rela menggadai nyawa bagi memastikan kesejahteraan Negara yang bernama Malaysia ini. Wujudnya perasaan cinta inilah yang membolehkan kita semua hidup dengan aman dan makmur. Alhamdulillah. Semoga dengan kemerdekaan ke – 57 ini, warga Malaysia lebih matang dalam memahami dan bertoleransi antara satu sama lain, seterusnya mengekalkan keamanan untuk generasi akan datang. InsyaAllah.

Di kesempatan ini juga, ingin saya mengucapkan SELAMAT DATANG kepada pelajar-pelajar baru pengambilan Ijazah bagi sidang Akademik 2014/2015 yang mendaftarkan diri pada 1 September 2014. Saya dan seluruh anggota pengurusan tertinggi UniMAP amat berbesar hati menerima kehadiran anak-anak pelajar di sini. Sebaik sahaja mendaftarkan diri di UniMAP, anak-anak semua adalah sebahagian daripada ahli keluarga besar Universiti ini. Menjejakkan kaki di menara gading sebenarnya bukanlah satu misi yang enteng. Anak-anak pelajar sebenarnya sedang menggalas harapan yang diberikan ibu bapa  untuk membuat perubahan kepada diri, dan ianya menjadi titik permulaan langkah untuk mencorak masa depan yang lebih gemilang untuk menjadi penyumbang kemajuan bukan sahaja kepada diri sendiri, malah kepada keluarga, bangsa, agama dan negara. InsyaAllah.

Saya harap anak-anak pelajar akan memanfaatkan sepenuhnya segala peluang yang diberikan dan gunakanlah segala kemudahan yang telah disediakan oleh Universiti ini dengan sebaik-baiknya. Berikan fokus dalam pelajaran dan realisasikanlah harapan menggunung ibu bapa dan negara.  

Kepada semua pendidik di UniMAP, ingin saya tegaskan bahawa keikhlasan dalam menjalankan tugas dan tanggungjawab perlu disematkan. Mulakan segalanya dengan niat yang betul. Sesungguhnya tugas yang dilaksanakan itu merupakan ibadat yang diamanahkan oleh Allah SWT. Semoga apa yang kita laksanakan mendapat keredaan daripadaNya.

Sekian, Wabillahittaufiq Walhidayah,Wassalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh.