A+ A A-
  • Ditulis oleh Kogilaranne Muthusamy
  • Kategori: DMNC - malay

DMNC Nov 2013

DARI MEJA NAIB CANSELOR NOVEMBER, 2013


Bersyukur ke hadrat Allah swt kerana dengan keizinanNya, dapat kita meneruskan usaha membangunkan nusa dan bangsa melalui pendidikan kepada anak-anak muda di universiti yang kita cintai ini.


Tahun 2013 hampir melabuhkan tirai, dan saya merasa bangga kerana banyak usaha kita telah membuahkan kejayaan sepanjang tahun ini. Sebagai contoh, dengan kerjasama Malaysian Higher Education Leadership Academy (AKEPT) kita telah menganjurkan 12th Asian University Presidents Forum (AUPF) yang berlangsung pada 6 - 9 Oktober 2013 yang lalu. Alhamdulillah, sekitar 70 presiden dan wakil institusi pengajian tinggi dari 22 negara Asia yang datang dari 74 institusi pengajian tinggi telah hadir. YB Menteri Pendidikan II Datuk Seri Idris Jusoh telah merasmikan Forum tersebut yang berlangsung di Kampus UniMAP Pauh Putra dan juga di Langkawi. Sebagai Pengerusi AUPF 2013, saya gembira apabila Datuk Seri Idris Jusoh meletakkan keyakinan bahawa AUPF menjadi forum terbaik ke arah meningkatkan kerjasama universiti di peringkat Asia. Selain itu, sambutan yang diterima semasa ucaptama yang disampaikan oleh Mantan Perdana Menteri Malaysia, Yang Amat Berbahagia Tun Dr. Mahathir Mohamad pada hari yang sama amatlah memberangsangkan. Saya mengambil kesempatan ini mengucapkan jutaan terima kasih kepada jawatankuasa pelaksana AUPF dan juga warga UniMAP yang merealisasikan kejayaan AUPF ini.

Selaras dengan apa yang dinasihatkan oleh Tun Mahathir, saya menyeru kepada semua warga akademik UniMAP untuk mempraktikkan penggunaan Bahasa Inggeris semasa dalam kuliah. Tun Mahathir menyatakan bahawa kelemahan menguasai Bahasa Inggeris akan menjejaskan peluang graduan yang mencari pekerjaan, sekaligus memberi kesan kepada masa depan mereka. Tun juga mengatakan daripada 333 calon lepasan IPT yang dipanggil temu duga untuk jawatan berkaitan IT, hanya tujuh diterima bekerja kerana selebihnya tidak menguasai Bahasa Inggeris. Malah ada calon temuduga tersebut meminta soalan temuduga diterjemah dalam Bahasa Melayu.

Saya yakin UniMAP mampu melahirkan graduan yang hebat dalam bidang kejuruteraan, tetapi janganlah memandang enteng penggunaan Bahasa Inggeris. Banyak daripada buku-buku kejuruteraan adalah dalam Bahasa Inggeris, iaitu bahasa akademik dunia. Saya harap semua ketua jabatan menyalurkan maklumat ini kepada ahli-ahli akademik yang lainnya agar tidak ada seorang pun terlepas dari mendapat maklumat ini.

Tidak lama selepas AUPF, Ketua Setiausaha (KSU) II Kementerian Pendidikan Malaysia, Dato' Seri Ir. Dr. Zaini Ujang, telah mengadakan lawatan ke UniMAP. Selepas sesi taklimat pembangunan Kampus Induk Pauh Putra di Auditorium Perpustakaan Tuanku Syed Faizuddin Putra, Dato’ Seri Zaini menyarankan agar semua IPTA mengaplikasikan kaedah pembinaan kolej kediaman yang digunapakai UniMAP. Beliau memuji kaedah pembinaan kolej kediaman yang dibangunkan tanpa menggunakan wang kerajaan tetapi dibiayai oleh sebuah syarikat pemaju iaitu Proven Holding Sdn Bhd yang kemudiannya diuruskan oleh UniMAP apabila sudah siap sepenuhnya. Alhamdulillah, usaha keras UniMAP yang ingin membantu mengurangkan bebanan kewangan kerajaan dapat dirasai dan difahami beliau. Ini merupakan satu lagi kejayaan yang kita perolehi.

 Selain bidang kejuruteraan dan perniagaan, bidang seni kontemporari merupakan salah satu kunci utama menarik minat para pelancong dari dalam dan luar negara mengunjungi negara kita.  Sehubungan itu, dan bersempena dengan “Tahun Melawat Malaysia 2014”, Pameran Karya Seni 1MCAT PERLIS IN PERSPECTIVE yang mempamerkan 90 lukisan di perkarangan Perpustakaan telah diadakan. Seramai 30 pelukis dari Persatuan Pelukis Negeri Kedah dan Perlis telah mengambil bahagian. Raja Muda Perlis, Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail merangkap Canselor UniMAP berharap agar seni kontemporari terus berkembang pesat bagi menarik kunjungan tetamu dari dalam dan luar negara. Tahniah kepada jawatankuasa penganjur yang bersama-sama mendukung hasrat Universiti untuk menabur bakti khidmat bukan sahaja dalam bidang pendidikan, tetapi juga dalam bidang seni yang tidak kurang pentingnya.

Ada beberapa berita baik yang ingin saya kongsikan di sini - kita telah mengalami penambahan koleksi pungutan anugerah bagi  2013. Baru-baru ini, UniMAP meraih kejayaan semasa Seminar Bio Malaysia dan Bio Ekonomi Asia Pasifik  ( BioMalaysia) 2013. Kita telah menghantar 16 produk penyelidikan dan berjaya meraih tiga emas, empat perak dan tujuh gangsa. Tahniah kepada Dr. Rozyanty Rahman dari Pusat Pengajian Kejuruteraan Bahan atas produk “Kenaf-Septank”: Green Hybrid Septic Tank and High Performance Composite yang mendapat Anugerah Paling Inovatif. Dua lagi produk yang memperoleh pingat emas adalah GG-Powder hasil penyelidikan Norina Hidayu Jamil dari Pusat Kecemerlangan Geopolimer dan Teknologi Hijau (CEGeoGTech) dan produk MULDEGRA oleh Dr. Sam Sung Ting dari Pusat Pengajian Kejuruteraan Bioproses.

Selain itu, PECIPTA 2013 iaitu Persidangan dan Ekspo Ciptaan Institusi Pengajian Tinggi Antarabangsa telah dianjurkan secara bersama oleh UniMAP dan Universiti Utara Malaysia (UUM) pada 7 hingga 9 November 2013 di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC). Ini merupakan pameran penyelidikan yang sangat penting dan kita diberi amanah dan kepercayaan untuk menganjurkan pameran tersebut.

Alhamdulillah UniMAP telah berjaya meraih meraih 16 Emas, 19 Perak dan 16 Gangsa termasuk bagi kategori penyelidikan Institut Pengajian Tinggi dan penyelidik muda ENVEX Young Researcher Club (EYReC) sekaligus membolehkan kita muncul sebagai mengekalkan kedudukan di tempat pertama pada PECIPTA 2013.

  Sebagaimana biasa, UniMAP tidak kurang hebatnya dalam arena sukan. Tahniah saya ucapkan kepada semua yang telah terlibat dalam Kejohanan Olahraga tertutup UniMAP ke - 9 dan Kejohanan Olahraga Terbuka UniMAP ke – 2 baru-baru ini, khususnya Olahragawan Senior UniMAP 2013 Mohammad Firdaus Jamen, Olahragawati Senior UniMAP 2013 Siti Fatimah Ustad Latif, Olahragawan Veteran UniMAP 2013 Ir Pungut Ibrahim, dan Olahragawati Veteran UniMAP 2013 Zuraida Desa.

Saya juga cukup berpuas hati dengan penganjuran ASIAN University Woodball Championship yang telah diadakan buat julung kalinya di negara ini. Kejohanan ini telah berlangsung pada 1 hingga 6 November lalu di mana menyaksikan pasukan daripada Thailand telah mengungguli bagi kedua-dua kategori lelaki dan wanita . Ia telah disertai oleh 42 wakil dari 16 negara, antaranya  adalah tuan rumah Malaysia, China, Singapura, Taipei, Mongolia, Korea, Thailand dan lain-lain lagi.

Saya ingin mengucapkan setinggi-tinggi tahniah kepada semua jawatankuasa yang telah bertungkus lumus bekerja keras dalam memastikan kejohanan ini berjalan lancar, terutama sekali kepada Pusat Sukan UniMAP.

Alhamdulillah, satu lagi kejayaan telah kita kecapi apabila kontigen UniMAP kerana berjaya meraih tujuh pingat emas, dua perak dan satu gangsa sekaligus  mengungguli Kejohanan Sukan Staf Antara Universiti Malaysia (SUKUM) Kali ke 38 buat kali keenam berturut-turut.

 

Pingat emas disumbang oleh acara bola sepak senior, bola tampar lelaki, tenis campuran, futsal wanita, woodball campuran, olahraga lelaki senior dan olahraga wanita senior. Manakala  pingat perak disumbangkan dari acara boleh padang lelaki dan tenpin bowling lelaki serta pingat gangga diperoleh melalui acara hoki. Tahniah saya ucapkan, rasanya, cukuplah coretan saya untuk kali ini, semoga lebih banyak kejayaan yang akan diraih UniMAP di masa akan datang.

  Sekian. Wabillahi Taufik Walhidayah Wassalammualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh.

DMNC November 2014

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh dan Salam Ilmu, Keikhlasan, Kecemerlangan UniMAP

Alhamdulillah, syukur ke hadrat Ilahi, kerana dengan keizinanNya saya berkesempatan menulis sedikit coretan perkongsian bersama warga UniMAP bagi edisi bulan November  ini.


Tahun 2014 kian melabuhkan tirai, dan saya amat gembira dengan pencapaian UniMAP sepanjang tahun ini.  Beberapa minggu yang lalu, kita telah dianugerahkan "The Golden European Award for Quality & Commercial Prestige" bagi tahun 2014, bagi aspek kualiti dan pengkomersialan yang diberikan oleh Otherways Management & Consulting - France (OMAC). 


Di samping itu, para penyelidik kita tampil lagi ke hadapan apabila mereka memenangi hadiah di pameran British Invention Show (BIS) 2014, International Trade Fair, Ideas, Inventions & New Products (IENA 2014).
UniMAP juga amat berbangga dengan pencapaian Dr. Noorhafiza Muhamad atas Anugerah Nasional Fellowship Untuk Wanita dalam Sains oleh L'oreal Malaysia. Kejayaan ini telah diraih UniMAP sebanyak empat kali berturut-turut sejak 2011 oleh Dr. Ong Hui Lin diikuti Dr Hakimah Othman dan Dr Ruslinda A. Rahim. 


Satu lagi kejayaan manis telah kita kecapi apabila produk penyelidikan “ZCC-OCDMA Code For Symmetric Fiber-to-the-Home (FTTH) In Access Network” terpilih mewakili Malaysia ke Anugerah MSC Malaysia Asia Pacific ICT Alliance (APICTA) 2014 November ini.


Terima kasih diucapkan kepada YAB Datuk Seri Najib Tun Abdul Razak dan Yang Berhormat, Menteri Pendidikan II Dato’ Seri Idris Jusoh kerana ucapan tahniah atas kejayaan UniMAP di BIS 2014 di laman twitter mereka.
Kesemua kejayaan-kejayaan yang diperolehi menunjukkan bahawa kita berada di laluan penyelidikan yang produktif serta diiktiraf di dalam dan luar negara. Namun, adalah amat mengecewakan apabila baru-baru ini, kita dikejutkan dengan penyiaran satu berita di dalam akhbar perdana mengenai R&D, yang mempertikaikan haluan R&D yang nampaknya tidak membuahkan pulangan kewangan yang munasabah. Rata-rata penulis rencana tersebut tidak faham tentang falsafah penyelidikan yang kita dukung, yang didasari tradisi keilmuan yang melangkau pulangan kewangan semata-mata.


Komersialisasi hanyalah satu komponen kecil penyelidikan, dan hasrat utama penubuhan sesebuah universiti ialah mendidik pelajar untuk menjadi modal insan yang mampu memacu pertumbuhan ekonomi negara.
Penyelidik di universiti juga bukanlah saintis yang menumpukan sepenuh perhatian terhadap menjana keuntungan hasil pengkomersilan kesemua dapatan penyelidikannya. Sebaliknya apa yang lebih penting ialah melahirkan generasi berilmu.


Satu lagi komponen yang wujud dalam R&D tetapi tidak dapat dinilai dengan mudah oleh masyarakat ialah pemindahan teknologi dan pengetahuan (technology and knowledge transfer) serta konsultansi.
Malah UniMAP sendiri telah menjana lebih RM5.5 juta dari aspek konsultansi yang turut melibatkan proses pemindahan teknologi antara universiti dan pengusaha Industri Kecil dan Sederhana (IKS).


Saya berharap warga UniMAP, terutama para penyelidik tidak berasa putus asa dengan apa yang dilaporkan itu, jadikan ianya sebagai pembakar semangat untuk kita menghasilkan produk-produk terbaharu yang memberi manfaat kepada masyarakat.


Seperti yang kita sedia maklum, UniMAP tidak hanya menumpukan bidang penyelidikan dan akademik semata-mata. Baru-baru ini, pasukan bolasepak UniMAP telah berjaya merangkul dua gelaran juara bagi  Piala Yayasan Tuanku Syed Putra dan Piala Tuanku Syed Putra. Malah pelajar antarabangsa telah meraih tempat kedua pada 2nd Maal Hijrah Arabic Debate Championship yang berlangsung di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) dan memenangi kategori Tarian Tradisional Terbaik pada 1 World Culture di Nilai University, Negeri Sembilan baru-baru ini.


Sebelum mengakhiri coretan ini, ingin saya ingatkan kepada semua warga UniMAP agar jangan cepat merasa berpuas hati dengan pencapaian yang telah kita kecapi selama ini. Kita masih mempunyai perjalanan yang panjang dan hendaklah kita bersama-sama berusaha lebih keras dalam membangunkan UniMAP yang kita sayangi ini. Insyaa Allah, di masa akan datang lebih banyak kejayaan akan dikecapi  sekiranya sifat ini dikekalkan pada tahun-tahun mendatang. Sekian,

Wassalamualaikum Warahmatullahi Taala Wabarakatuh

  • Ditulis oleh Mohd Afif Md Jamel Khir
  • Kategori: DMNC - malay

DMNC Ogos 2013

Dari Meja Naib Canselor SALAM SYAWAL 1434H

Assalamualaikum W.B.T

Alhamdulillah, beberapa hari saja lagi, seluruh umat Islam di seluruh dunia akan menyambut kedatangan bulan Syawal, bulan kemenangan bagi mereka yang berjaya menjalani ibadah puasa sepanjang Ramadan. Ia merupakan lambang kemenangan umat Islam hasil dari "peperangan" menentang musuh dalam jiwa yang terbesar, iaitu hawa nafsu.

Dalam kegembiraan dan kemeriahan menyambut Aidilfitri, jangan kita lupakan mereka yang kurang bernasib baik seperti fakir miskin dan anak-anak yatim yang hidup dalam kesusahan. Setiap warga Universiti seharusnya memberi sesuatu yang boleh menggembirakan mereka seperti pakaian, makanan atau apa jua yang boleh mengubat kesedihan di hati mereka. Ini tanda bahawa masih ada yang prihatin dengan kehadiran mereka di dunia ini. Bantulah sekadar yang kita mampu bagi meringankan beban insan-insan yang kurang bernasib baik ini. Biar sedikit yang diberikan, namun pemberian yang ikhlas menjadi tuntutan. Semoga ini menjadi ibadah apabila dihisab oleh Allah swt di akhirat nanti. 

Sabda Rasulullah S.A.W: “Seorang muslim adalah saudara bagi muslim. Dia tidak boleh menganiaya saudaranya dan tidak boleh pula membiarkan saudaranya teraniaya oleh orang lain. Barang siapa yang membantu (mencukupkan) keperluan atau hajat saudaranya, maka Allah Ta‘ala membantunya (mencukupkan) keperluan atau hajatnya. Dan barang siapa yang melapangkan kesulitan seorang muslim, maka Allah Ta‘ala melapangkan kesulitannya kelak di Hari Kiamat. Dan barangsiapa yang menutup aurat (keburukan) orang muslim, maka Allah menutupi pula keburukannya kelak di Hari Kiamat." (Hadis riwayat Bukhari)

  Marilah kita bersama-sama bersyukur dengan keamanan yang kita kecapi selama ini, dan berdoa agar saudara kita di bumi Syria, Palestin, Mesir, Lubnan dan lain-lain lagi kembali beroleh keamanan.

Kita hendaklah bersyukur kerana di Malaysia, kita hidup dalam suasana aman dan damai dan dapat merayakan Hari Raya Aidilfitri dengan sempurna. Kita tidak perlu melarikan diri daripada apa-apa serangan atau bencana dan malapetaka. Tetapi janganlah kita merasa begitu selesa dengan apa yang kita kecapi ini kerana jika kita tidak berjaga-jaga dan tidak berusaha meningkatkan daya tahan kita, apa yang kita kecapi ini mungkin tidak dapat bertahan. 

Saya ingin mengingatkan mereka yang akan pulang ke kampung di hari raya ini, berhati-hatilah di jalanraya. Semoga perjalanan anda selamat sampai ke destinasi yang dituju dan  sentiasa dirahmati Ilahi

Akhir kata, dengan kerendahan hati, saya bagi pihak diri, isteri, anak-anak dan seisi keluarga mengambil kesempatan menyusun sepuluh jari memohon maaf zahir dan batin atas apa jua kesalahan mahupun kekhilafan yang telah dilakukan.

… Selamat Hari Raya Aidilfitri, Maaf Zahir dan Batin…

DMNC November 2014

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh dan Salam Ilmu, Keikhlasan, Kecemerlangan UniMAP

Alhamdulillah, syukur ke hadrat Ilahi, kerana dengan keizinanNya saya berkesempatan menulis sedikit coretan perkongsian bersama warga UniMAP bagi edisi bulan November  ini.


Tahun 2014 kian melabuhkan tirai, dan saya amat gembira dengan pencapaian UniMAP sepanjang tahun ini.  Beberapa minggu yang lalu, kita telah dianugerahkan "The Golden European Award for Quality & Commercial Prestige" bagi tahun 2014, bagi aspek kualiti dan pengkomersialan yang diberikan oleh Otherways Management & Consulting - France (OMAC). 


Di samping itu, para penyelidik kita tampil lagi ke hadapan apabila mereka memenangi hadiah di pameran British Invention Show (BIS) 2014, International Trade Fair, Ideas, Inventions & New Products (IENA 2014).
UniMAP juga amat berbangga dengan pencapaian Dr. Noorhafiza Muhamad atas Anugerah Nasional Fellowship Untuk Wanita dalam Sains oleh L'oreal Malaysia. Kejayaan ini telah diraih UniMAP sebanyak empat kali berturut-turut sejak 2011 oleh Dr. Ong Hui Lin diikuti Dr Hakimah Othman dan Dr Ruslinda A. Rahim. 


Satu lagi kejayaan manis telah kita kecapi apabila produk penyelidikan “ZCC-OCDMA Code For Symmetric Fiber-to-the-Home (FTTH) In Access Network” terpilih mewakili Malaysia ke Anugerah MSC Malaysia Asia Pacific ICT Alliance (APICTA) 2014 November ini.


Terima kasih diucapkan kepada YAB Datuk Seri Najib Tun Abdul Razak dan Yang Berhormat, Menteri Pendidikan II Dato’ Seri Idris Jusoh kerana ucapan tahniah atas kejayaan UniMAP di BIS 2014 di laman twitter mereka.
Kesemua kejayaan-kejayaan yang diperolehi menunjukkan bahawa kita berada di laluan penyelidikan yang produktif serta diiktiraf di dalam dan luar negara. Namun, adalah amat mengecewakan apabila baru-baru ini, kita dikejutkan dengan penyiaran satu berita di dalam akhbar perdana mengenai R&D, yang mempertikaikan haluan R&D yang nampaknya tidak membuahkan pulangan kewangan yang munasabah. Rata-rata penulis rencana tersebut tidak faham tentang falsafah penyelidikan yang kita dukung, yang didasari tradisi keilmuan yang melangkau pulangan kewangan semata-mata.


Komersialisasi hanyalah satu komponen kecil penyelidikan, dan hasrat utama penubuhan sesebuah universiti ialah mendidik pelajar untuk menjadi modal insan yang mampu memacu pertumbuhan ekonomi negara.
Penyelidik di universiti juga bukanlah saintis yang menumpukan sepenuh perhatian terhadap menjana keuntungan hasil pengkomersilan kesemua dapatan penyelidikannya. Sebaliknya apa yang lebih penting ialah melahirkan generasi berilmu.


Satu lagi komponen yang wujud dalam R&D tetapi tidak dapat dinilai dengan mudah oleh masyarakat ialah pemindahan teknologi dan pengetahuan (technology and knowledge transfer) serta konsultansi.
Malah UniMAP sendiri telah menjana lebih RM5.5 juta dari aspek konsultansi yang turut melibatkan proses pemindahan teknologi antara universiti dan pengusaha Industri Kecil dan Sederhana (IKS).


Saya berharap warga UniMAP, terutama para penyelidik tidak berasa putus asa dengan apa yang dilaporkan itu, jadikan ianya sebagai pembakar semangat untuk kita menghasilkan produk-produk terbaharu yang memberi manfaat kepada masyarakat.


Seperti yang kita sedia maklum, UniMAP tidak hanya menumpukan bidang penyelidikan dan akademik semata-mata. Baru-baru ini, pasukan bolasepak UniMAP telah berjaya merangkul dua gelaran juara bagi  Piala Yayasan Tuanku Syed Putra dan Piala Tuanku Syed Putra. Malah pelajar antarabangsa telah meraih tempat kedua pada 2nd Maal Hijrah Arabic Debate Championship yang berlangsung di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) dan memenangi kategori Tarian Tradisional Terbaik pada 1 World Culture di Nilai University, Negeri Sembilan baru-baru ini.


Sebelum mengakhiri coretan ini, ingin saya ingatkan kepada semua warga UniMAP agar jangan cepat merasa berpuas hati dengan pencapaian yang telah kita kecapi selama ini. Kita masih mempunyai perjalanan yang panjang dan hendaklah kita bersama-sama berusaha lebih keras dalam membangunkan UniMAP yang kita sayangi ini. Insyaa Allah, di masa akan datang lebih banyak kejayaan akan dikecapi  sekiranya sifat ini dikekalkan pada tahun-tahun mendatang. Sekian,

Wassalamualaikum Warahmatullahi Taala Wabarakatuh

  • Ditulis oleh Norismiza Ismail
  • Kategori: DMNC - malay

DMNC Ogos 2016

Ogos 2016

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh dan Salam Sejahtera

Salam Ilmu, Keikhlasan, Kecemerlangan UniMAP

Alhamdulillah, berjumpa lagi dalam ruangan Dari Meja Naib Canselor bagi edisi Ogos tahun ini.

 

Seperti yang kita sedia maklum, pada 6 hingga 13 Ogos ini akan berlangsung Kejohanan Sukan Staf Antara Universiti Malaysia (SUKUM) ke -41 di Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) dan UniMAP merupakan pasukan yang disegani kerana telah lapan (8) kali berturut-turut muncul sebagai juara bagi setiap penganjuran SUKUM.

 

Namun ia bukanlah tiket untuk kita berasa selesa kerana sebagai juara bertahan, sudah tentu ramai pasukan yang mencemburui kita. Saya pasti semua atlet telah sedaya upaya mempersiapkan diri untuk bertanding pada SUKUM kali ini. Oleh itu adalah menjadi harapan saya untuk melihat kontingen UniMAP sekali lagi mempertahan kejuaraan pada SUKUM Kali Ke-41 ini.

 

Pada tahun ini, saya amat berharap agar kita mampu meraih lebih dari 7 pingat emas mengatasi kutipan kita pada tahun lepas dan insyaAllah sudah semestinya gelaran juara keseluruhan itu adalah impian setiap warga UniMAP yang mana pasti, kejuaraan ini akan menjadi kejuaraan ke sembilan kali berturut-turut buat UniMAP. Saya pasti anda semua atlit UniMAP telah bersedia mental dan fizikal untuk memikul cabaran UniMAP pada kejohanan kali ini.

 

Di kesempatan ini juga, saya ingin berpesan kepada semua atlet agar dapat menjaga tingkah laku sepanjang  kejohanan berlangsung dan jangan sekali-kali mencetus pergaduhan dalam pertandingan. Ingatlah, bahawa saudara saudari adalah duta kecil UniMAP. Setiap tingkah laku dan pertuturan adalah melambagkan UniMAP. Jagalah nama baik universiti dan jadilah role model kepada atlet-atlet dari universiti yang lain. Patuhilah segala arahan semasa pertandingan dan sepanjang berada di perkampungan sukan serta jauhilah perkara-perkara yang boleh merosakkan nama baik UniMAP.

 

Selain SUKUM, kita juga bakal menjadi tuan rumah untuk beberapa program penting yang bertaraf antarabangsa antaranya Program Global Entrepreneuship Summer Camp (GESC) 2016 yang bakal berlangsung pada 7 hingga 21 Ogos dan UniMAP –RMUTSV International Skill and Leadership Program (ISOL) 2016 pada 7 hingga 11 Ogos. Manakala dua lagi program akan berlangsung di Thailand iaitu  International Conference on Mathematics, Engineering and Industrial Applications (ICoMEIA2016) pada 10-12 Ogos  di, Songkhla, Thailand dan 3rd International Conference on Electronic Design (ICED 2016) pada 11-12 Ogos ini di Phuket, Thailand.

 

Harapan saya agar semua pihak dapat memberikan kerjasama bagi melancarkan perjalanan sepanjang program  ini berlangsung, tunjukkanlah budi pekerti yang terbaik dan melayan semua peserta dengan sebaik mungkin.

 

Sekian, Wabillahittaufiq Walhidayah,Wassalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh.

1 Ogos 2016

Dato' Prof. Dr. Zul Azhar Zahid Jamal

Naib Canselor