PAUH PUTRA, 16 November - Universiti Malaysia Perlis (UniMAP) terus menjadi pilihan pelajar antarabangsa apabila menerima seramai 33 pelajar yang mendaftar bagi sidang akademik 2020/2021 dan 2021/2022.
Naib Canselor, Prof. Ts. Dr. Zaliman Sauli berkata, pelajar ini kebanyakannya berasal dari negara timur tengah seperti Yemen, Mesia, Syria, Jordan, Afghanistan, Palestin, Pakistan dan Bangladesh.
“Saya mengalukan kehadiran pelajar antarabangsa ke UniMAP dan gembira kerana mereka memilih untuk belajar di sini.
ALOR STAR, 15 November – Universiti Malaysia Perlis (UniMAP) melancarkan Tabung Kilat khusus untuk membantu keluarga pelajarnya yang menjadi mangsa kebakaran rumah di Kg Utan Betut, Mergong, di sini.
Naib Canselor UniMAP Prof Ts.Dr. Zaliman Sauli berkata buat permulaan UniMAP menghulurkan bantuan Bakul Kasih UniMAP dan wang tunai bagi meringankan beban pelajar Diploma Kejuruteraan Mekatronik Nur ‘Aliah Izzati Abdul Ghani.
Ujarnya, apabila melihat sendiri rumah keluarga pelajar berkenaan yang musnah 100 peratus termasuk tujuh kenderaan iaitu lima kereta dan dua buah motosikal , UniMAP akan segera melancarkan Tabung Kilat bagi membantu keluarga Nur ‘Aliah.
“Malahan, UniMAP turut mengalu-alukan Nur ‘Aliah menginap di kolej kediaman lebih awal sekiranya pelajar itu mahu menumpukan perhatian terhadap pengajiannya memandangkan pada masa sekarang pelajar Diploma mengikuti pengajaran dan pembelajaran (PdP) secara dalam talian,” kata beliau ketika melawat dan menyampaikan Bakul Kasih UniMAP kepada keluarga Nur ‘Aliah, di sini, hari ini.
PAUH PUTRA, 11 November – Universiti Malaysia Perlis (UniMAP) dengan kerjasama Rajamangala University of Technology Srivijaya (RUTS), Walailak University (WU) dan Mahidol University (MU) menganjurkan Symposium Of International Languages And Knowledge (SILK) 2021.
Penganjuran simposim kali ke-8 yang dikelolakan Pusat Sains Liberal (CLS) Fakulti Gunaan dan Sains Kemanusiaan (FSGM) UniMAP bersama tiga institusi pengajian tinggi terkenal antarabangsa itu membawa tema "Unity Through Diversity" – “Gone Digital: Expanding Horizons for Language and Knowledge”.
Naib Canselor UniMAP Prof Ts.Dr. Zaliman Sauli berkata dengan tren dan cabaran penyelidikan yang semakin meningkat pada masa kini, SiLK 2021 dapat menjadi platform dan peluang perkongsian ilmu serta pengalaman masing-masing.
PAUH PUTRA, 10 November – Sepuluh indikator utama menjadi aspirasi Naib Canselor Universiti Malaysia Perlis (UniMAP) bagi meningkatkan reputasi universiti itu selaras dengan tema Aspirasi Naib Canselor UniMAP 2021 iaitu ‘Bersama Meningkatkan Kegemilangan UniMAP’ yang berlangsung hari ini.
Indikator berkenaan ialah Pemerkasaan Akademik & Transformasi Penyampaian Pendidikan; Memperkasakan Graduan ; Penyelidikan & Inovasi ; Kecemerlangan Staf; Pemantapan Tadbir Urus; Jaringan Universiti, Kerajaan, Industri, Komuniti & Persekitaran; Ekosistem & Infrastruktur ; Kelestarian Kewangan ; Penjenamaan & Keterlihatan; dan Peningkatan Prestasi Universiti.
Pauh Putra, 8 November – Universiti Malaysia Perlis (UniMAP) melancarkan Polisi Penerbitan Penyelidikan dan logo Research Quality, Visibility dan Social Engagement (RiSE) sempena Majlis Penyampaian Sijil Penerimaan Dana Penyelidikan 2021, di sini.
Polisi yang dibangunkan oleh Pusat Pengurusan Penyelidikan (RMC) itu membawa matlamat agar staf akademik UniMAP dapat berpegang kepada amanah, tanggungjawab dan integriti dalam penulisan serta penerbitan.
Naib Canselor UniMAP, Prof Ts. Dr. Zaliman Sauli berkata dunia akademik mengangkat tinggi nama seseorang ahli akademik berdasarkan pencapaiannya dalam penerbitan bahan ilmiah.
PAUH PUTRA, 26 Oktober 2021 – Sebagai salah satu usaha bagi membantu graduan ijazah memperoleh pendaftaran berkelompok di bawah Akta Pendaftaran Jurutera REA 1967, Universiti Malaysia Perlis (UniMAP) menandatangani memorandum persefahaman (MoU) dengan Lembaga Jurutera Malaysia (BEM).
Majlis menandatangani MoU berkenaan yang diadakan secara dalam talian turut melibatkan Universiti Malaysia Pahang (UMP), Universiti Monash Malaysia dan Universiti Nottingham Malaysia.
UniMAP diwakili Naib Canselornya, Prof Ts. Dr. Zaliman Sauli manakala BEM diwakili Presidennya, Dato’ Ir. Haji Mohamad Zulkefly Sulaiman.
Prof. Dr. Zaliman Sauli berkata matlamat MoU berkenaan yang dipersetujui adalah bagi membantu graduan Ijazah kejuruteraan dan teknologi kejuruteraan UniMAP memperoleh pendaftaran berkelompok sebagai graduan kejuruteraan dan Teknologis Kejuruteraan.
PAUH PUTRA, 28 Oktober – Pengalaman dan peristiwa tidak dapat dibeli atau disamakan dengan mana-mana individu yang lain malah hanya boleh diceritakan atau dikongsikan untuk tatapan generasi yang akan datang.
Demikian juga pengalaman yang diperoleh kakitangan Universiti Malaysia Perlis (UniMAP) yang sama-sama membangunkan universiti itu sejak awal penubuhannya lagi 20 tahun lalu.
Justeru, seramai 20 pesara UniMAP diraikan di Majlis Penghargaan Pesara 2021, Jasamu Dikenang yang diadakan di lobi Dewan Senat, Bangunan Canselori, Kampus Alam UniMAP, di sini, hari ini.
PAUH PUTRA, 25 Oktober 2021 – Pendekatan transdisiplin memberi ruang yang luas kepada kepelbagaian bidang ilmu yang diintergrasikan untuk sama-sama saling bertindak bagi menyelesaikan isu dalam masyarakat.
Sehubungan itu, Universiti Malaysia Perlis (UniMAP) menjalinkan kerjasama dengan PeSTeC Network menerusi Majlis Menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) dengan UniMAP diwakili Naib Canselornya, Prof Ts. Dr Zaliman Sauli manakala PeSTeC diwakili Ketua Pegawai Eksekutifnya, Puan Naznin Abdullah yang diadakan di Pejabat Naib Canselor, Bangunan Canselori, di sini.
Prof Ts. Dr. Zaliman berkata jalinan kolaborasi bersama rakan strategik amatlah penting dan perlu diperluaskan bersama-sama agar agenda memasyakatkan universiti dapat direalisasikan.
Ujarnya, jalinan yang dimerterai antara UniMAP dan PeSTeC itu bakal memudahkan kerjasama di antara kedua-dua pihak terutamanya dalam aktiviti pemerkasaan Orang Kelainan Upaya (OKU).