A+ A A-
  • Written by Fazemil
  • Category: BERITA - Malay

4150 PELAJAR UniMAP BAKAL TERIMA KAD SIM CELCOM

Oleh: NURUL AIDA OTHMAN

PAUH PUTRA, 1 Januari - Seramai 4150 pelajar Universiti Malaysia Perlis (UniMAP) bakal menikmati pakej data internet Celcom bermula hari ini.

Mereka terdiri dari golongan B40 dan juga pelajar yang terjejas akibat COVID-19.

Menurut Naib Canselor UniMAP, Prof. Ir. Ts. Dr. R Badlishah Ahmad, pemberian kad sim bersaiz 40 GB setiap satu adalah secara percuma bagi tempoh satu bulan bermula 1 Januari hingga 31 Januari 2021.

“Pihak Celcom telah menawarkan harga yang terbaik kepada UniMAP iaitu sebanyak RM220,000.00 dengan jumlah 4150 kad sim.

Read more: 4150 PELAJAR UniMAP BAKAL TERIMA KAD SIM CELCOM

  • Written by Fazemil
  • Category: BERITA - Malay

521 MAHASISWA UniMAP BAKAL TERIMA BAUCAR RM100


Oleh: Nurul Aida Othman

PAUH PUTRA, 1 Julai – Seramai 521 mahasiswa Universiti Malaysia Perlis (UniMAP) bakal menerima baucar makanan bernilai RM100 seorang sebagai satu inisiatif bagi membantu mahasiswa yang terkesan ekoran pelaksanaan semula Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 3.0 yang diumumkan kerajaan baru-baru ini.

Mereka terpilih adalah dari golongan asnaf dan B40 yang berada dalam kampus sepanjang PKP 3.0.

Menurut Timbalan Naib Canselor (Akademik dan Antarabangsa) UniMAP, Prof. Ir. Ts. Dr. Mohd Rizal Arshad, bantuan berjumlah RM52,100 ini diterima daripada Pertubuhan Peladang Kebangsaan (NAFAS) melalui Program Sajian Siswa UniMAP – PKP 3.0.

“Ini secara tidak langsung membuktikan keprihatinan pihak NAFAS terhadap mahasiswa terutamanya golongan asnaf dan B40.

“Semoga pemberian sumbangan ini dapat menyuntik semangat buat mahasiswa UniMAP untuk menjalani kehidupan dan pembelajaran dengan lebih baik,” katanya pada Majlis Sumbangan Bantuan Makanan; Program Sajian Siswa UniMAP – PKP 3.0, semalam.

Read more: 521 MAHASISWA UniMAP BAKAL TERIMA BAUCAR RM100

  • Written by Fazemil
  • Category: BERITA - Malay

65 Staf UniMAP Dinaikan Pangkat

Oleh : Nurul Aida Othman

Pauh Putra, 9 Disember - Seramai 65 staf Universiti Malaysia Perlis (UniMAP) dari pelbagai peringkat dinaikan pangkat berkuatkuasa 1 Disember 2020.

Mereka ialah 31 orang dari Kumpulan Pelaksana, 11 dari Kumpulan Pengurusan Dan Profesional (Bukan Akademik) dan 23 staf dari Kumpulan Pengurusan Dan Profesional (Akademik) yang terdiri dari jawatan Guru Bahasa dan Pegawai Latihan Vokasional.

Naib Canselor UniMAP, Prof. Ir. Ts. Dr. R Badlishah Ahmad berkata, kenaikan pangkat ini adalah berdasarkan merit dan prestasi cemerlang staf dalam melaksanakan tugas dan tanggungjawab masing-masing.

“Semasa sesi temuduga, setiap calon yang diperakukan kenaikan pangkat ini diberikan KPI yang bersesuaian yang perlu dicapai.

“Itu adalah cabaran yang perlu digalas oleh semua staf agar universiti dapat bergerak secara selari berpandu ke arah pelan strategik universiti,” katanya pada Majlis Penyerahan Surat Tawaran Kenaikan Pangkat Tahun 2020 baru-baru ini.

Read more: 65 Staf UniMAP Dinaikan Pangkat

  • Written by Aininulniza
  • Category: BERITA - Malay

635 Pelajar Diploma UniMAP Mendaftar Dalam Norma Baharu

Oleh: Mohd Basri Basir

 

PAUH PUTRA, 8 Ogos – Seramai 635 pelajar baharu Diploma bagi sesi akademik 2020/2021 Universiti Malaysia Perlis (UniMAP) mendaftar dalam suasana norma baharu hari ini apabila kesemua proses pendaftaran berlangsung secara dalam talian.

Ini termasuk penganjuran Minggu Suaikenal (MSK) yang turut dilakukan secara dalam talian berikutan situasi semasa pandemik COVID-19 yang melanda beberapa negeri di utara tanah air.

Naib Canselor UniMAP, Prof. Ir. Ts. Dr. R. Badlishah Ahmad berkata, kewujudan kluster Sivagangga di Napoh, Kedah yang tidak jauh jaraknya dengan UniMAP turut mengundang resah kepada pihak pengurusan universiti itu.

Read more: 635 Pelajar Diploma UniMAP Mendaftar Dalam Norma...

  • Written by Fazemil
  • Category: BERITA - Malay

86 PENYELIDIK UniMAP DIRAIKAN


Oleh : Nur Azizah Hasnin

PAUH PUTRA, 16 Disember – Seramai 86 penyelidik diraikan dalam Majlis Penyampaian Sijil Penghargaan Pameran dan Geran Penyelidikan UniMAP 2020 yang diadakan di Auditorium, Bangunan Canselori Kampus Alam UniMAP Pauh Putra, di sini, semalam.

Naib Canselor UniMAP, Prof. Ir. Ts. Dr. R Badlishah Ahmad berkata, mereka adalah 75 penyelidik yang menyumbang pada International Invention, Innovation & Technology Exhibition (ITEX), Malaysia Technology Expo (MTE) dan Seoul International Invention Fair (SIIF).

“Walaupun tidak diadakan secara bersemuka tetapi pihak penganjur tetap mengadakan pameran penyelidikan secara dalam talian.

Read more: 86 PENYELIDIK UniMAP DIRAIKAN