A+ A A-
  • Written by Aininulniza
  • Category: BERITA - Malay

9 GRADUAN UniMAP TERIMA HADIAH PELAJARAN

Sumber : Suara Merdeka

PAUH PUTRA, 6 mac - SEMBILAN graduan Universiti Malaysia Perlis (UniMAP) telah dipilih sebagai penerima Hadiah Pelajaran di Auditorium Perpustakaan Tuanku Syed Faizuddin Putra di Kampus Alam Pauh Putra hari ini.

Hadiah yang ditaja oleh pihak industri ini melibatkan kesemua pelajar di peringkat Ijazah Pertama dan Diploma.

Antara kriteria yang diutamakan bukan sahaja kerana memperoleh Purata Nilai Gred Kumulatif (PNGK) tertinggi.

Read more: 9 GRADUAN UniMAP TERIMA HADIAH PELAJARAN

  • Written by Aininulniza
  • Category: BERITA - Malay

AHLI AKADEMIK MTUN PERTAMA TERIMA ANUGERAH AKADEMIK NEGARA

Oleh: Aininulniza Mohd Yusof

KANGAR, 25 Mac 2022 – Ahli akademik Universiti Malaysia Perlis (UniMAP) yang juga staf akademik pertama UniMAP serta universiti di bawah Rangkaian Universiti-universiti Teknikal Malaysia (MTUN) dinobatkan sebagai penerima Anugerah Akademik Negara  (AAN) ke-14.

Prof.Madya Ir Dr Mohd Arif Anuar Mohd Salleh menerima anugerah berkenaan dalam kategori Ahli Akademik Harapan yang disampaikan oleh Perdana Menteri, Dato’ Sri Ismail Sabri Yaakob di Majlis AAN, di Putrajaya, semalam.

Beliau membawa pulang wang tunai RM50,000 bersama sijil dan trofi.

Read more: AHLI AKADEMIK MTUN PERTAMA TERIMA ANUGERAH...

  • Written by Aininulniza
  • Category: BERITA - Malay

AIDILADHA : UniMAP KORBAN 30 HAIWAN DENGAN ALTERNATIF POTONGAN GAJI

OLEH: USTAZ MUHAMMAD ADIB HJ HASSAN & AININULNIZA MOHD YUSOF

KANGAR, 22 Julai – Universiti Malaysia Perlis (UniMAP) mencipta sejarah tersendiri apabila 30 ekor haiwan dikorbankan di Program Ibadah Korban dan Akikah 2021 universiti itu yang berlangsung hari ini.

Jumlah berkenaan adalah yang tertinggi pernah dicatatkan iaitu membabitkan 13 ekor lembu dan 17 ekor kambing dengan 85 peratus daripadanya melalui kaedah potongan gaji yang bermula sejak Ogos 2020 termasuk seekor lembu yang disumbangkan salah seorang pengurusan tertinggi universiti itu.

Read more: AIDILADHA : UniMAP KORBAN 30 HAIWAN DENGAN...

  • Written by Fazemil
  • Category: BERITA - Malay

AHMAD AKIF SYAKIRIN KETUAI MAJLIS PERWAKILAN PELAJAR UniMAP 2021/2022

Oleh: Nurul Aida Othman

KANGAR, 25 Januari - Ahmad Akif Syakirin Mohd Adnan terpilih mengetuai Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) sebagai Yang Dipertua (YDP) Universiti Malaysia Perlis (UniMAP) sesi 2021/2022.

Lantikan dibuat selepas beliau bersama enam lagi pelajar diumumkan pemenang apabila meraih jumlah undi tertinggi pada Pilihanraya Kampus (PRK) UniMAP 12 Januari lalu.

Akif Syakirin berkata, terpilih sebagai YDP MPP bukan satu kebanggaan sebaliknya tanggungjawab berat yang perlu digalas demi kebaikan semua.

Read more: AHMAD AKIF SYAKIRIN KETUAI MAJLIS PERWAKILAN...

  • Written by Fazemil
  • Category: BERITA - Malay

ALUMNI PALAPES UniMAP BANTU PEGAWAI KADET TINGKATKAN KECEMERLANGAN

Oleh: Aininulniza Mohd Yusof

PAUH PUTRA, 24 Oktober 2021 – Pasukan Latihan Pegawai Simpanan (PALAPES) ditubuhkan bagi menyokong usaha kerajaan dan Universiti Awam (UA) dalam membentuk kualiti seorang warganegara yang berdisiplin serta mempunyai ciri-ciri mempertahankan kepentingan negara.

Namun, Universiti Malaysia Perlis (UniMAP) turut menerapkan elemen memasyarakatkan universiti dalam kalangan PALAPES universiti itu dengan menganjurkan Majlis Libat Urus Komandan bersama Alumni PALAPES dan Pegawai Kadet yang julung kali diadakan.

Naib Canselor UniMAP yang juga Komandan PALAPES UniMAP , Lt. Kol. Prof. Ts. Dr Zaliman Sauli berkata majlis berkenaan diadakan bagi mengumpul semua alumni PALAPES UniMAP untuk terus kekal berbakti kepada universiti.

Read more: ALUMNI PALAPES UniMAP BANTU PEGAWAI KADET...