A+ A A-
  • Written by Aininulniza
  • Category: BERITA - Malay

e-NICE 6 BANTU GRADUAN PEROLEH PEKERJAAN

Oleh: Nurul Aida Othman

PAUH PUTRA, 9 Jun - Walaupun sudah lebih setahun Malaysia dilanda COVID-19 yang menjejaskan perkembangan pelbagai sektor dalam negara, Universiti Malaysia Perlis (UniMAP) tetap meneruskan usaha agar bakal graduannya mendapat tempat dalam sektor pekerjaan.

Ini dapat dilihat melalui penganjuran Kerjaya e-NORTHERN INDUSTRIAL CAREER ENGAGEMENT (e-NICE 6) 2021 yang berlangsung secara dalam talian mulai 8 Jun hingga 25 Jun ini dengan sasaran lebih 3000 penyertaan.

Read more: e-NICE 6 BANTU GRADUAN PEROLEH PEKERJAAN

  • Written by Aininulniza
  • Category: BERITA - Malay

Empat Kolej Kediaman UniMAP Dijenamakan Kompleks Perumahan UniMAP

KANGAR, 16 Februari – Universiti Malaysia Perlis (UniMAP) sentiasa berusaha menawarkan kolej kediaman yang terbaik kepada mahasiswanya walaupun terdapat kekurangan di beberapa unit pangsapuri yang dijadikan penginapan.

Bagi mengatasi kekurangan itu, empat kolej kediaman di universiti itu yang berkonsepkan  sewaan pangsapuri dari beberapa agensi kerajaan dan orang perseorangan dijenamakan semula dari Kolej Kediaman UniMAP kepada Kompleks Perumahan UniMAP.

Naib Canselornya, Prof. Ir. Dr. R Badlishah Ahmad berkata penjenamaan semula kolej kediaman itu adalah kerana ia dapat membuka lebih luas peranan serta fungsinya dalam memenuhi keperluan pelajar serta staf di UniMAP.

Ujarnya, peranan dan fungsi empat kolej kediaman berbentuk pangsapuri ini perlu dijenamakan semula agar fungsinya dan kegunaannya selaras dengan rekabentuk asal rumah kediaman itu sebagai sebuah pangsapuri.

Read more: Empat Kolej Kediaman UniMAP Dijenamakan Kompleks...

  • Written by Aininulniza
  • Category: BERITA - Malay

EREKA 2020 : Penyelidik UniMAP Disaran Manfaat Pakej Rangsangan Penyelidikan

Oleh: Mohd Basri Basir


ARAU, 8 Sept – Penyelidik Universiti Malaysia Perlis (UniMAP) disaran untuk memanfaatkan Pakej Rangsangan Penyelidikan yang membolehkan para penyelidik kekal menjalankan penyelidikan dan penerbitan jurnal dalam situasi normal baharu berikutan pandemik COVID-19.

Naib Canselor UniMAP, Prof. Ir. Ts. Dr. R. Badlishah Ahmad berkata, geran fundamental UniMAP diberikan peruntukan terbesar iaitu RM200,000 yang akan menyediakan peluang untuk pensyarah memohon geran bagi menjalankan 25 projek.

Read more: EREKA 2020 : Penyelidik UniMAP Disaran Manfaat...

  • Written by Aininulniza
  • Category: BERITA - Malay

Empat Mahasiswa UniMAP Terima Sijil Keysight Sedia ke Industri

Oleh : Mohd Basri Basir

PADANG BESAR, 9 JULAI 2020 – Seramai empat Mahasiwa Fakulti Teknologi Kejuruteraaan( FTK), Universiti Malaysia Perlis (UniMAP) berjaya menghabiskan kursus bersama Keysight Technologies sekaligus menjadikan mereka sebagai jurutera yang kompeten untuk industri.

Timbalan Naib Canselor Akademik dan Antarabangsa UniMAP, Prof. Ir. Ts. Dr. Mohd Rizal Arshad berkata, program itu memberikan kelebihan kepada mahasiswa untuk mempersiapkan diri untuk diterima industri.

Read more: Empat Mahasiswa UniMAP Terima Sijil Keysight...

  • Written by Aininulniza
  • Category: BERITA - Malay

FESTKAF 2021 SERLAH BAKAT SENI PELAJAR KEJURUTERAAN UniMAP

Oleh : Aininulniza Mohd Yusof

PAUH PUTRA , 30 Januari 2022 – Biarpun sebahagian besar mahasiswa Universiti Malaysia Perlis (UniMAP) mengikuti pengajian dalam bidang kejuruteraan, namun tidak menghalang mereka menyerlahkan bakat seni yang terpendam.

Ini dibuktikan menerusi Festival Kebudayaan Antara Fakulti (FestKAF) 2021 apabila pasukan Fakulti Teknologi Kejuruteraan Kimia (FTKK) menjadi juara keseluruhan festival berkenaan yang diadakan dalam dua fasa.

Read more: FESTKAF 2021 SERLAH BAKAT SENI PELAJAR...