A+ A A-
  • Written by Fazemil
  • Category: BERITA - Malay

MAJLIS PENGHARGAAN PESARA 2021 RAI 20 PESARA UniMAP

Oleh: Aininulniza Mohd Yusof

PAUH PUTRA, 28 Oktober – Pengalaman dan peristiwa tidak dapat dibeli atau disamakan dengan mana-mana individu yang lain malah hanya boleh diceritakan atau dikongsikan untuk tatapan generasi yang akan datang.

Demikian juga pengalaman yang diperoleh kakitangan Universiti Malaysia Perlis (UniMAP) yang sama-sama membangunkan universiti itu sejak awal penubuhannya lagi 20 tahun lalu.

Justeru, seramai 20 pesara UniMAP diraikan di Majlis Penghargaan Pesara 2021, Jasamu Dikenang yang diadakan di lobi Dewan Senat, Bangunan Canselori, Kampus Alam UniMAP, di sini, hari ini.

Read more: MAJLIS PENGHARGAAN PESARA 2021 RAI 20 PESARA...

  • Written by Mohd Afif Md Jamel Khir
  • Category: BERITA - Malay

MAJLIS SERAHAN PLAQUE INDUSTRY UNIVERSITIY COLLABORATION UniMAP - JUNIPER NETWORKS

PAUH PUTRA - 16 Februari 2023 , Sesi bersama Juniper Networks Malaysia Mr. Ken Lee, Director Sales ASEAN dan Mrs. Maureen Wee, Enterprise Business Malaysia & Brunei sempena Majlis Serahan Plaque Industry University Collaboration UniMAP-Juniper Networks. Majlis tersebut telah disempurnakan oleh Naib Canselor UniMAP, Prof Dato’ Ts. Dr. Zaliman Sauli. Turut serta di dalam majlis ini adalah Ts. Nasrudin bin Abd. Shukor, Pengarah Pusat Pengurusan Dan Pembangunan Digital dan Prof. Madya Dr. Khairel Rafezi bin Ahmad, Pengarah Jabatan Pembangunan UniMAP.

 

 

 

  • Written by Fazemil
  • Category: BERITA - Malay

MENTERI PENGAJIAN TINGGI LANCAR UniMAP FOR SOCIETY

Oleh: Aininulniza Mohd Yusof

PAUH PUTRA, 16 Oktober 2021 – Universiti Malaysia Perlis (UniMAP) melancarkan penjenamaan UniMAP for Society dalam memasyarakatkan universiti dengan mengintegrasikan kepelbagaian bidang kepakaran atau transdisiplin. 

Naib Canselor UniMAP, Prof Ts. Dr Zaliman Sauli berkata UniMAP for Society merupakan satu tanggungjawab dalam menyelesaikan isu-isu masyarakat melalui Program Pemindahan Ilmu yang berteraskan integrasi kepelbagaian bidang kepakaran bagi mensejahterakan masyarakat.

“Saya yakin UniMAP komited bagi membantu menyelesaikan isu-isu yang wujud dalam masyarakat dengan melaksanakan Tanggungjawab Sosial Universiti (USR) menerusi Program Pemindahan Ilmu kepakaran dan kekuatan yang dimiliki oleh universiti ini.

Read more: MENTERI PENGAJIAN TINGGI LANCAR UniMAP FOR SOCIETY

  • Written by Aininulniza
  • Category: BERITA - Malay

McDonald's Sumbang 600 pek McChicken, Kod QR Mudahkan Pengambilan Makanan Pelajar

Oleh : Aininulniza Mohd Yusof

PAUH PUTRA, 26 Mac – Pelajar Universiti Malaysia Perlis (UniMAP) yang menginap di penempatan berpusat di kampus UniMAP antara yang bertuah apabila menerima sumbangan 600 pek McChicken dan minuman daripada McDonald’s Malaysia. 

Sumbangan berkenaan disampaikan oleh wakil McDonald’s Malaysia , Teh Hui Lam bersama enam pekerja restoran makanan segera terkenal itu di Kolej Kediaman Tuanku Tengku Fauziah (KKTTF) di sini, semalam.

Naib Canselor UniMAP Prof Ir. Dr. R Badlishah Ahmad berkata pengurusan universiti sentiasa berusaha bagi mencari dana dan sumbangan bagi memastikan pelajar UniMAP yang menginap di penempatan berpusat berkenaan sentiasa dalam keadaan yang selesa.

Ujarnya, beliau dan pengurusan universiti amat mengalu-alukan sumbangan daripada McDonald’s Malaysia itu yang sudah pasti membawa keceriaan kepada anak-anak pelajar UniMAP yang tidak pulang ke kampung berikutan Perintah Kawalan Pergerakan berkuatkuasa 18 Mac lalu.

Read more: McDonald's Sumbang 600 pek McChicken, Kod QR...

  • Written by Fazemil
  • Category: BERITA - Malay

MERCU TANDA TAMAN TASIK ALUMNI UniMAP DIRASMIKAN

Oleh: Nurul Aida Othman

PAUH PUTRA, 26 Januari - Dalam usaha untuk menarik tumpuan orang ramai ke Universiti Malaysia Perlis (UniMAP), universiti itu telah merasmikan Mercu Tanda Taman Tasik Alumni sebagai satu ruang rekreasi warga UniMAP.

Naib Canselor, Prof. Ts. Dr. Zaliman Sauli berkata projek pembangunan Tasik Alumni dimulakan sebagai tempat rekreasi warga UniMAP yang menginap atau bertugas dalam kampus.

“Ia dapat membangkitkan semangat UniMAPian di samping menggalakkan alumni kembali semula ke alma meter.

Read more: MERCU TANDA TAMAN TASIK ALUMNI UniMAP DIRASMIKAN