A+ A A-
  • Written by Fazemil
  • Category: BERITA - Malay

LAMAN MERDEKA UniMAP SEMARAKKAN HARI KEBANGSAAN KE-64

Oleh: Nurul Aida Othman

PAUH PUTRA, 30 Ogos - Situasi COVID-19 hari ini tidak menghalang Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) Universiti Malaysia Perlis (UniMAP) meraikan sambutan Hari Kebangsaan ke - 64 yang bakal disambut esok.

Mereka membina satu ruang dikenali sebagai Laman Merdeka UniMAP bertempat di Tasik Alumni UniMAP, Kampus Alam UniMAP Pauh Putra, di sini, petang tadi.

Naib Canselor, Prof. Ts. Dr. Zaliman Sauli berkata ini merupakan kali kedua Hari Kebangsaan disambut dalam norma baharu dan secara bersederhana.

“Walaupun kita tidak dapat mengadakan sambutannya secara besar-besaran tetapi ingatan dan semangat patriotisme kita tidak berkurangan.

“Saya percaya dengan wujudnya laman ini kita dapat juga menzahirkan semangat patriotisme warga UniMAP walaupun dalam keadaan yang sederhana,” katanya ketika melancarkan laman tersebut sempena Majlis Sambutan Hari Kemerdekaan ke-64.

Read more: LAMAN MERDEKA UniMAP SEMARAKKAN HARI KEBANGSAAN...

  • Written by Fazemil
  • Category: BERITA - Malay

Lightboard Mekanisme Terbaharu Pengajaran Dalam Talian Di UniMAP

Oleh : Nurul Aida Othman

PAUH PUTRA – Dalam memastikan proses pembelajaran tidak terhenti akibat pandemik COVID-19, sekumpulan pensyarah Universiti Malaysia Perlis (UniMAP) berinisiatif bagi menjadikan pengajaran dan pembelajaran secara dalam talian lebih menarik dan berinteraktif.

Inovasi studio lightboard yang dibangunkan oleh pensyarah dari Fakulti Teknologi Kejuruteraan (FTK) Mekanikal UniMAP, diketuai Dr. Azuwir Mohd Nor, Dr. Mohd Zakimi Zakaria, Prof. Madya Ir. Dr. Mohd Sazli Saad dan Mohamad Ezral Baharudin bertindak sebagai mekanisme terbaharu bagi teknik pengajaran dalam talian.

Wakil kumpulan tersebut, Mohamad Ezral berkata, idea ini timbul apabila mereka menghadapi masalah untuk menyampaikan pengajaran yang melibatkan analisis berangka.

“Kami perlu menunjuk ajar setiap langkah analisis berangka berkenaan yang biasanya ditunjukkan menggunakan papan putih (white board).

“Tetapi memandangkan situasi semasa yang memerlukan pengajaran disampaikan secara dalam talian, adalah amat penting bagi kami membangunkan satu mekanisme baharu yang dapat memperlihatkan keberadaan tenaga pengajar seperti belajar di dewan kuliah atau secara semuka serta penyampaian yang lebih interaktif,” katanya ketika dihubungi baru-baru ini.

Read more: Lightboard Mekanisme Terbaharu Pengajaran Dalam...

  • Written by Aininulniza
  • Category: BERITA - Malay

LOKAKARYA LITERASI DAN NUMERASI UniMAP-HASANAH BANTU GURU BIMBING MURID TERCICIR 3M

Oleh : Aininulniza Mohd Yusof

KANGAR, 28 Mac 2022 – Berikutan cabaran pandemik sebelum ini, tidak semua murid sekolah dapat mengikuti kaedah pengajaran dan pembelajaran (PdPR) sekaligus menimbulkan isu yang membimbangkan khususnya keciciran murid seperti masalah buta huruf atau murid yang tidak dapat menguasai kemahiran asas membaca, menulis dan mengira (3M) pada peringkat umur sepatutnya.

Sehubungan itu, satu lokakarya dianjurkan di bawah Projek Pemulihan Literasi dan Numerasi Tahap 1 bagi Penduduk Miskin, B40 dan Golongan Terkesan Pascapandemik COVID-19 di Perlis iaitu Pengamalan Modul Literasi Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris dan Numerasi: Hasanah Special Grant (HSG) 2021-2022 di bawah seliaan Universiti Malaysia Perlis (UniMAP) melalui kerjasama pintar bersama dengan Yayasan Hasanah, Weser Solutions Sdn. Bhd, dan Jabatan Pendidikan Negeri Perlis (JPN).

Read more: LOKAKARYA LITERASI DAN NUMERASI UniMAP-HASANAH...

  • Written by Fazemil
  • Category: BERITA - Malay

LoI UniMAP-UCMM BAKAL PENUHI KEPERLUAN PdP KEDUA-DUA INSTITUSI

Oleh: Aininulniza Mohd Yusof

PAUH PUTRA, 5 Oktober 2021 – Universiti Malaysia Perlis (UniMAP) menandatangani Surat Hasrat (LoI) dengan UCMM Konsortium Sdn Bhd (UCMM) bagi menjalinkan kolaborasi dalam memenuhi keperluan maklumat pengajaran & pembelajaran (PdP) serta penyelidikan kedua-dua institusi.

UniMAP diwakili Naib Canselornya, Prof. Ts. Dr. Zaliman Sauli manakala UCMM diwakili Ketua Umum yang juga Pengerusi Lembaga Pengarah UCMM Konsortium Sdn Bhd dan Lembaga Pengarah Universiti Muhammadiyah Malaysia (UCMM), Prof. Dr. Haedar Nashir.

Turut hadir ialah Pengerusi Lembaga Pengarah Universiti Kolej Islam Perlis (KUIPs) Datuk Prof. Emeritus Dr Kamarudin Hussin, Ahli Lembaga Pengarah UCMM, Datuk Prof Dr Mohd Noh Dalimin, Pengerusi Lembaga Pengelola UCMM Prof Dr. Bambang Setiaji, Rektor Universiti Muhammadiyah Malaysia Prof Madya Dr. Waluyo Adi Siswanto, Timbalan-timbalan Naib Canselor UniMAP dan Pegawai-pegawai Utama UniMAP.

Read more: LoI UniMAP-UCMM BAKAL PENUHI KEPERLUAN PdP...

  • Written by Fazemil
  • Category: BERITA - Malay

MAIPs SANTUNI 70 WARGA UniMAP

Oleh: Nurul Aida Othman

PAUH PUTRA, 28 Januari - Seramai 70 warga asnaf Universiti Malaysia Perlis (UniMAP) menerima zakat daripada Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Perlis, di sini semalam.

Mereka terdiri daripada 67 pelajar dan tiga pekerja disantuni pada dua lokasi berbeza dalam kampus semasa Program Kayuhan MAIPs Peduli bil 7/2022.

Naib Canselor UniMAP, Prof. Ts. Dr. Zaliman Sauli menzahirkan ucapan terima kasih kepada MAIPs atas kesudian memilih UniMAP sebagai lokasi keenam dan sekaligus menyantuni warganya.

Read more: MAIPs SANTUNI 70 WARGA UniMAP