PAUH PUTRA, 19 Disember – Seramai 56 pelatih Kor SUKSIS Universiti Malaysia Perlis (UniMAP) Skuad 2018 menerima sijil pentauliahan pada Majlis Tamat Latihan dan Penyampaian Sijil Pelantikan Pegawai Kor SUKSIS Siri 2/2021 yang diadakan di Auditorium Canselori, di sini hari ini.
Sijil disampaikan Timbalan Pengarah Jabatan Pencegahan Jenayah dan Keselamatan Komuniti (JPJKK) Polis Diraja Malaysia (PDRM), Datuk Mazli Mazlan.
PAUH PUTRA, 25 April – Dalam kesibukan kita menyambut Ramadan dengan suasana yang sederhana berikutan Perintah Kawalan Pergerakan Fasa Tiga, hampir 700 pelajar Universiti Malaysia Perlis (UniMAP) turut tidak ketinggalan menikmati juadah bersahur pada hari pertama berpuasa, semalam.
Namun, yang lebih mengujakan, apabila pelajar-pelajar bukan Islam yang menginap bersama di penempatan berpusat di Kolej Kediaman Tuanku Tengku Fauziah dan Kolej Kediaman Tunku Abdul Rahman turut meraikan rakan beragama Islam lainnya dengan bersahur bersama-sama di kafeteria kolej.
Ternyata, kebersamaan yang wujud sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) terus diterjemahkan oleh pelajar-pelajar UniMAP meskipun pada bulan Ramadan yang lazimnya diraikan oleh umat Islam.
PAUH PUTRA, 15 Disember - Pelajar Universiti Malaysia Perlis (UniMAP), Chin Su Kei muncul juara pada The 41st Online Japanese Language Contest For The Northern Region (Kategori Terbuka) yang berlangsung baru-baru ini.
Pelajar tahun dua Ijazah Sarjana Muda Perniagaan Antarabangsa dari Fakulti Sains Gunaan dan Kemanusiaan (FSGM) UniMAP berjaya menewaskan sembilan peserta termasuk lima rakannya dari UniMAP, seorang dari Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) dan tiga dari Universiti Sains Malaysia (USM).
Arau, 10 Jun - Perintah Kawalan Pergerakan yang bermula 18 Mac lalu kini berada dalam fasa pemulihan bermula 10 Jun 2020 yang disebut sebagai PKPP sehingga 31 Ogos 2020 dengan beberapa prosedur operasi standard (SOP) semakin dilonggarkan.
Namun demikian, normal baharu tetap diteruskan bagi memastikan COVID19 tidak lagi menular dan proses pemulihan dalam pelbagai aspek dapat berjalan dengan lancar.
Dalam tempoh ini juga, pelajar sekolah mahupun pusat pengajian tinggi masih tidak dibenarkan oleh kerajaan mengikuti pembelajaran secara bersemuka kecuali pelajar pasca siswazah mod penyelidikan yang bakal kembali ke kampus mulai 1 Julai ini justeru, proses pembelajaran dalam talian terus berlangsung bagi menggantikan pertemuan bersemuka dengan guru dan pensyarah masing-masing.
Hal ini sekaligus menyebabkan segelintir pelajar mengalami kesukaran berikutan banyak barang peribadi seperti laptop, tugasan akhir dan kenderaan yang ditinggalkan di kolej kediaman selepas PKP diumumkan kerajaan.
Justeru, mengambil kira faktor berkenaan pengurusan UniMAP turut mengeluarkan hebahan bagi memudahkan urusan pelajar yang ingin kembali ke kolej kediaman/kompleks perumahan bagi mengambil barang peribadi mereka termasuk kenderaan yang ditinggalkan sebelum pulang ke kampung sebelum ini.
ARAU, 28 Ogos – Pelajar Tahun Empat Kejuruteraan Metalurgi Universiti Malaysia Perlis (UniMAP) berjaya meraih tempat pertama di Materials Lecture Competitiom 2020 (MLC 2020) peringkat kebangsaan anjuran Institut Bahan Malaysia (IMM) dan Universiti Putra Malaysia (UPM) sebagai tuan rumah, semalam.
Kejayaan Tan Kai Xin berkenaan sekaligus melayakkan beliau mewakili Malaysia pada pertandingan Young Persons' World Lecture Competition 2020 (YPWLC2020) pada peringkat dunia yang dijangka berlangsung November ini dan negara Hong Kong telah dipilih sebagai tuan rumah.