A+ A A-
  • Written by Aininulniza
  • Category: BERITA - Malay

PELANCARAN "WIRELESS NETWORK ANTENNA INSTALLATION" KERJASAMA UniMAP, NCER DAN G2R

OLEH : Prof Madya Ir. Ts. Dr. Muzammil Jusoh & Aininulniza Mohd Yusof

SUNGAI PETANI, 30 November 2021 - Hasil kerjasama di antara Universiti Malaysia Perlis, Grass2Route Sdn Bhd dan NCER Empower – Northern Corridor Economy Region satu majlis pelancaran telah diadakan iaitu Empower NCER - Soft Launching "Wireless Network Antenna Installation" yang berlangsung pada 30 November 2021 bertempat di Creative Arena, G2R HQ Sungai Petani, Kedah.

Read more: PELANCARAN "WIRELESS NETWORK ANTENNA...

  • Written by Aininulniza
  • Category: BERITA - Malay

Pelancaran Bulan Kebangsaan dan Kempen Kibar Jalur Gemilang Peringkat UniMAP

Oleh: Nur Azizah Hasnin

PAUH PUTRA, 12 Ogos 2020 – Naib Canselor Universiti Malaysia Perlis (UniMAP), Prof. Ir. Ts. Dr. R Badlishah Ahmad hari ini menyempurnakan pelancaran sambutan Bulan Kebangsaan dan kempen kibarkan Jalur Gemilang bersama-sama warga kerja UniMAP di Bangunan Canselori Kampus Alam Pauh Putra.

Pelancaran itu juga adalah selaras saranan Kementerian Pengajian Tinggi bagi menjayakan kempen Kibarkan Jalur Gemilang di setiap insititusi masing-masing.

Dengan membawa tema Malaysiaku Prihatin, pelaksanaan majlis dijalankan dengan mengikut Prosedur Operasi Standard (SOP) yang telah ditetapkan oleh kerajaan termasuk memastikan pemakaian penutup separuh muka dan penjarakkan fizikal dalam kalangan warga UniMAP.

Read more: Pelancaran Bulan Kebangsaan dan Kempen Kibar...

  • Written by Aininulniza
  • Category: BERITA - Malay

PENANGGUHAN KEMASUKAN SEMUA PELAJAR DARI SABAH DAN ZON MERAH COVID-19 KE UNIVERSITI MALAYSIA PERLIS

Dimaklumkan bahawa semua pelajar baharu dan pelajar sedia ada Universiti Malaysia Perlis (UniMAP) yang berasal atau datang dari negeri Sabah (sama ada dari kawasan Zon Merah di Sabah, kawasan-kawasan lain di dalam Sabah atau mana-mana Zon Merah dari negeri lain) disaran untuk MENANGGUHKAN perjalanan untuk datang atau kembali ke kampus UniMAP berikutan situasi semasa penularan COVID-19 yang semakin meruncing.

Pelajar dari kawasan-kawasan lain yang bergejala juga dinasihatkan untuk menangguhkan perjalanan ke kampus UniMAP.

Read more: PENANGGUHAN KEMASUKAN SEMUA PELAJAR DARI SABAH...

  • Written by Fazemil
  • Category: BERITA - Malay

PELIHARA NILAI TERAS UniMAP - RAJA MUDA PERLIS


Oleh: Nurul Aida Othman & Aininulniza Mohd Yusof 

PAUH PUTRA, 12 Ogos - Raja Muda Perlis, Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail berkenan berangkat menyaksikan ‘Majlis Serah Tugas Naib Canselor Universiti Malaysia Perlis (UniMAP)’ yang diadakan di Pejabat Naib Canselor, Bangunan Canselori, Kampus Alam UniMAP Pauh Putra, semalam.

Majlis diadakan selepas Lt Kol Prof. Ts. Dr. Zaliman Sauli dilantik oleh Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) bagi mengambil alih amanah sebagai Naib Canselor keempat UniMAP berkuat kuasa 9 Ogos 2021 sehingga 8 Ogos 2024 daripada Prof. Ir. Ts. Dr. R. Badlishah Ahmad yang memegang jawatan tersebut dari 15 Mei 2019 sehingga 27 Mac 2021.

Baginda bertitah, agar nilai teras Universiti Malaysia Perlis (UniMAP) iaitu "Ilmu, Keikhlasan, Kecemerlangan” sentiasa dijaga dan dipelihara begitu juga dalam aspek integriti dan pengekalan nama baik universiti.

“Diharapkan lebih banyak kejayaan bakal ditempa dan agenda pembangunan universiti terus diutamakan demi menjamin kemenjadian pelajar dan keterlihatan universiti di peringkat global. Semoga UniMAP akan terus unggul dan cemerlang di persada antarabangsa,” kata Baginda

Read more: PELIHARA NILAI TERAS UniMAP - RAJA MUDA PERLIS

  • Written by Fazemil
  • Category: BERITA - Malay

PENDEDAHAN AWAL MENUNGGANG KUDA FSGM BUANG STIGMA HANYA UNTUK GOLONGAN ELIT

Oleh: Aininulniza Mohd Yusof

PAUH PUTRA, 24 Oktober 2021 – Sukan berkuda lazimnya diketahui sebagai sukan bagi golongan elit memandangkan kos yang tinggi diperlukan bagi memiliki dan menjaga haiwan berkenaan.

Atas dasar itu, Fakulti Sains Gunaan dan Kemanusiaan (FSGM) Universiti Malaysia Perlis (UniMAP) dengan kerjasama Persatuan Pegawai Tadbir & Ikhtisas  (POTENSI) dan  Kok Mak Stable Perlis menganjurkan “Early Intervention of Horsemanship” bagi memberi peluang kepada pelajar dan staf mendalami sukan berkenaan tanpa memerlukan kos yang tinggi.

Timbalan Dekan Hal Ehwal Pelajar dan Alumni (HEPA) FSGM, Dr Rozilawati Mahadi berkata peserta didedahkan dengan pengenalan asas mengenai peralatan sebelum menunggang, demonstrasi dan pemasangan alatan menunggang kuda, ‘grooming’ serta latihan menunggang kuda dengan cara yang betul.

Read more: PENDEDAHAN AWAL MENUNGGANG KUDA FSGM BUANG...