A+ A A-
  • كتب بواسطة: Fazemil
  • المجموعة: BERITA - Malay

100 Pelajar Nikmati Insentif Khas Kasih UniMAP

Oleh : Nurul Aida Othman

PAUH PUTRA, 7 Disember - Seramai hampir 100 pelajar Universiti Malaysia Perlis (UniMAP) menikmati insentif sumbangan di bawah Program Insentif Khas Kasih UniMAP.

Mereka adalah 51 penerima komputer riba manakala bakinya 46 pelajar bakal menikmati penginapan percuma sepanjang pengajian mereka.

Naib Canselor UniMAP, Prof. Ir. Ts. Dr. R Badlishah Ahmad berkata UniMAP sepanjang penubuhannya sentiasa memandang serius perkara yang melibatkan kebajikan pelajar dan stafnya.

“Apabila negara turut terkesan dengan penularan pandemik COVID-19, UniMAP telah mengambil langkah-langkah bertepatan untuk membantu kebajikan pelajar dengan melancarkan Insentif Khas Kasih UniMAP pada bulan Julai lalu dan sedang dilaksanakan secara berperingkat sekarang ini.

اِقرأ المزيد: 100 Pelajar Nikmati Insentif Khas Kasih UniMAP

  • كتب بواسطة: Fazemil
  • المجموعة: BERITA - Malay

UniMAP Bakal Perkenal Model Penjanaan Kewangan

Oleh : Nurul Aida Othman

Pauh Putra, 6 Disember - Satu model atau struktur baharu akan diperkenalkan untuk melihat keseluruhan dasar dan aktiviti penjanaan kewangan Universiti Malaysia Perlis (UniMAP).

Naib Canselor UniMAP, Prof. Ir. Ts. Dr. R Badlishah Ahmad berkata, sehingga kini, UniMAP masih belum ada satu struktur dan ekosistem khusus melihat penjanaan pendapatan Universiti atau income generation.

“Sebagaimana yang telah saya bentangkan semasa Majlis Amanat Naib Canselor UniMAP 2020 pada awal tahun ini, tahun 2020 merupakan tahun yang agak mencabar bagi universiti awam di Malaysia termasuk UniMAP.

“Apabila berlakunya pengurangan peruntukan kepada UniMAP sebanyak 17.44 peratus, kita perlu memikirkan satu bentuk mekanisme bagi menjana kewangan melalui sumber dalaman untuk menampung keperluan perbelanjaan pada tahun ini,” katanya ketika berucap merasmikan penutupan Bengkel Taskforce Struktur Penjanaan Universiti baru-baru ini.

اِقرأ المزيد: UniMAP Bakal Perkenal Model Penjanaan Kewangan

  • كتب بواسطة: Fazemil
  • المجموعة: BERITA - Malay

UniMAP - PDRM Perkukuh Hubungan

Oleh: Mohd Khairul Effendi Che Wan

KANGAR, 27 November - Universiti Malaysia Perlis pererat hubungan di antara Polis Di Raja Malaysia dalam memastikan keamanan dan keselamatan di kampus terus terjaga.

Naib Canselor, Prof. Ir. Ts. Dr. R Badlishah Ahmad berkata, sebagai sebuah universiti, kerjasama dengan PDRM amat penting dalam membendung aktiviti-aktiviti terlarang dalam kalangan pelajar dan staf.

“UniMAP kini mempunyai jumlah pelajar dan staf yang ramai, dan selain dari pengawalan pihak UniMAP, bantuan dari PDRM juga amat penting dalam menjaga keharmonian dan kesejahteraan warga UniMAP.

اِقرأ المزيد: UniMAP - PDRM Perkukuh Hubungan

  • كتب بواسطة: Fazemil
  • المجموعة: BERITA - Malay

Lightboard Mekanisme Terbaharu Pengajaran Dalam Talian Di UniMAP

Oleh : Nurul Aida Othman

PAUH PUTRA – Dalam memastikan proses pembelajaran tidak terhenti akibat pandemik COVID-19, sekumpulan pensyarah Universiti Malaysia Perlis (UniMAP) berinisiatif bagi menjadikan pengajaran dan pembelajaran secara dalam talian lebih menarik dan berinteraktif.

Inovasi studio lightboard yang dibangunkan oleh pensyarah dari Fakulti Teknologi Kejuruteraan (FTK) Mekanikal UniMAP, diketuai Dr. Azuwir Mohd Nor, Dr. Mohd Zakimi Zakaria, Prof. Madya Ir. Dr. Mohd Sazli Saad dan Mohamad Ezral Baharudin bertindak sebagai mekanisme terbaharu bagi teknik pengajaran dalam talian.

Wakil kumpulan tersebut, Mohamad Ezral berkata, idea ini timbul apabila mereka menghadapi masalah untuk menyampaikan pengajaran yang melibatkan analisis berangka.

“Kami perlu menunjuk ajar setiap langkah analisis berangka berkenaan yang biasanya ditunjukkan menggunakan papan putih (white board).

“Tetapi memandangkan situasi semasa yang memerlukan pengajaran disampaikan secara dalam talian, adalah amat penting bagi kami membangunkan satu mekanisme baharu yang dapat memperlihatkan keberadaan tenaga pengajar seperti belajar di dewan kuliah atau secara semuka serta penyampaian yang lebih interaktif,” katanya ketika dihubungi baru-baru ini.

اِقرأ المزيد: Lightboard Mekanisme Terbaharu Pengajaran Dalam...

  • كتب بواسطة: Fazemil
  • المجموعة: BERITA - Malay

UniMAP Gondol 26 Pingat Di eCRI

Oleh : Nurul Aida Othman

PAUH PUTRA – Universiti Malaysia Perlis (UniMAP) terus cemerlang dalam penyelidikan apabila menggondol 26 pingat dalam eCarnival of Research and Innovation (eCRI) yang berlangsung baru-baru ini.

Pingat emas UniMAP diraih melalui tujuh (7) produk di mana salah satunya turut dinobatkan sebagai Best Award dan Best of the Best Award.

Produk tersebut iaitu Nanodevice For Arsenic Detection in Rice Grains – A Potential Screening Tool adalah hasil penyelidikan Dr. Muhammad Nur Aiman Uda dari Fakulti Teknologi Kejuruteraan (FTK) Kimia bersama kumpulan penyelidiknya.

اِقرأ المزيد: UniMAP Gondol 26 Pingat Di eCRI