A+ A A-
  • كتب بواسطة: Fazemil
  • المجموعة: BERITA - Malay

UniMAP Fokus Agenda Keusahawanan Pelajar

Oleh : Suhana Abdul Mutalib

Arau – Universiti Malaysia Perlis (UniMAP) komited untuk memperkasa agenda keusahawanan pelajar dengan fokus kepada keusahawanan digital serta meningkatkan kemahiran dan penguasaan teknologi pelajar terutama dalam mendepani cabaran pandemik COVID-19 kini.

Naib Canselornya, Prof. Ir. Ts. Dr. R Badlishah Ahmad berkata, ia juga selaras dengan agenda Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) untuk melahirkan lebih ramai graduan yang mampu menjadi job creator (penyedia peluang pekerjaan) dan tidak hanya mengharapkan peluang pekerjaan sedia ada.

Menurut beliau lagi, UniMAP ingin menjadi sebahagian daripada Institusi Pendidikan Tinggi (IPT) yang menyumbang secara langsung kepada ekonomi negara melalui aktiviti keusahawanan pelajar di universiti dan pada masa sama menyasarkan sekitar lima pratus graduan yang memiliki perniagaan selepas tamat pengajian.

“Buat masa sekarang, hala tuju keusahawanan UniMAP adalah selari dengan hasrat KPT menerusi Pelan Tindakan Keusahawanan IPT 2016-2020 yang berteraskan kepada kesedaran (awareness), pemerkasaan (empower) dan pelengkap (equip).

اِقرأ المزيد: UniMAP Fokus Agenda Keusahawanan Pelajar

  • كتب بواسطة: Fazemil
  • المجموعة: BERITA - Malay

UniMAP Perbaiki Kedudukan Universiti Terbaik di Asia

Oleh : Suhana Abdul Mutalib

Universiti Malaysia Perlis (UniMAP) kini berada pada kedudukan ke-207 terbaik di Asia, meningkat empat tangga berbanding kedudukan ke-211 tahun lalu seperti yang diumumkan Quacquarelli Symonds (QS) semalam.

Berdasarkan laporan QS Asia Rankings 2021 itu juga, UniMAP diiktiraf dalam kelompok 31 peratus universiti terbaik di Asia dan 20 universiti terbaik di Malaysia.

Naib Canselor UniMAP, Prof. Ir. Ts. Dr. R Badlishah Ahmad berkata, pencapaian pada tahun ini mengambil kira data dan prestasi UniMAP bagi tahun 2019 yang lalu, justeru UniMAP menyasarkan prestasi yang lebih cemerlang bagi pengukuran data tahun hadapan.

“Kita menyedari persaingan yang cukup sengit dalam kalangan universiti-universiti terutama universiti yang lebih berpengalaman, namun jika dinilai prestasi UniMAP untuk tempoh lima tahun yang lalu, kita telah berjaya melonjak 14 kedudukan keseluruhannya.

اِقرأ المزيد: UniMAP Perbaiki Kedudukan Universiti Terbaik di...

  • كتب بواسطة: Fazemil
  • المجموعة: BERITA - Malay

UniMAP Terpilih Sebagai Pusat Latihan Persediaan Kejohanan Asia Beach Game

Oleh : Nurul Aida Othman

PAUH PUTRA – Universiti Malaysia Perlis (UniMAP) telah terpilih sebagai lokasi Pusat Latihan Persediaan Kejohanan Asia Beach Game selama enam bulan bermula pertengahan November hingga April 2021 nanti.

Menurut Pengarah Pusat Sukan UniMAP, Suhizaz Sudin, UniMAP dipilih oleh Malaysian Teqball Association (MTA) sebagai pusat latihan Kelab Teqball UniMAP di mana akan melibatkan staf dan pelajar UniMAP serta atlet-atlet Perlis yang berminat menyertai sukan ini.

“UniMAP dan pihak MTA akan mengadakan sesi pengenalan dan jerayawara bagi memberi pendedahan kepada atlet yang berminat.

“Malah kita akan aturkan sesi pemilihan bagi memilih atlet yang bakal mewakili Kelab Teqball UniMAP ke kejohanan itu nanti,” katanya dalam satu kenyataan di sini.

اِقرأ المزيد: UniMAP Terpilih Sebagai Pusat Latihan Persediaan...

  • كتب بواسطة: Fazemil
  • المجموعة: BERITA - Malay

UniMAP Ungguli ITEX 2020

Oleh : Suhana Abdul Mutalib

Arau – Kumpulan penyelidik dari Universiti Malaysia Perlis (UniMAP) mengungguli 31st International Invention, Innovation & Technology Exhibition (ITEX) 2020 dengan meraih 30 pingat emas sekali gus menerima pengiktirafan Golden Awards 2020 mengatasi kesemua institusi lain yang mengambil bahagian.

Program anjuran Concept, Innovative & Strategy (C.I.S) Network Sdn. Bhd. dengan kerjasama Malaysian Invention and Design Society (MINDS) itu turut menyaksikan pasukan penyelidik UniMAP mencatatkan kejayaan seratus peratus kemenangan apabila turut membawa pulang 18 pingat perak dan dua pingat gangsa.

Pengarah Pusat Pengurusan Penyelidikan (RMC) UniMAP, Prof. Ts. Dr. Mohd. Mustafa Al-Bakri Abdullah berkata, antara penyumbang kejayaan pasukan penyelidik UniMAP ialah menerusi produk inovasi dan penyelidikan yang berkaitan dengan situasi semasa iaitu pandemik COVID-19.

Beliau yang juga pemangku Timbalan Naib Canselor Penyelidikan dan Inovasi UniMAP menjelaskan, pemilihan penyelidik untuk menyertai ITEX 2020 pada kali ini telah disaring di peringkat UniMAP berdasarkan pencapaian pada Ekspo Penyelidikan dan Inovasi UniMAP (EREKA) anjuran Pusat Inovasi dan Pengkomersialan (CIC) UniMAP.

اِقرأ المزيد: UniMAP Ungguli ITEX 2020

  • كتب بواسطة: Fazemil
  • المجموعة: BERITA - Malay

Bajet 2021 : Mahasiswa Gembira Kerajaan Turut Ambil Kira Permasalahan Pelajar IPT

Oleh : Suhana Abdul Mutalib

Arau – Belanjawan 2021 yang dibentangkan hari ini disambut baik oleh golongan mahasiswa yang menyifatkannya sebagai belanjawan prihatin kerajaan apabila hampir keseluruhan peringkat rakyat menerima manfaat yang telah diperuntukkan.

Yang Dipertua Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) Universiti Malaysia Perlis (UniMAP), Syahirunnisa Ramli menzahirkan rasa gembira apabila pelbagai inisiatif telah digariskan oleh kerajaan untuk membantu mahasiswa mengikuti normal baharu pengajaran dan pembelajaran (PdP) secara dalam talian.

Ujar beliau, peruntukan untuk menaik taraf talian akses Malaysian Research & Education Network (MYREN) kepada 500 Mbps hingga 10Gbps juga diharap dapat memberi manfaat kepada mahasiswa dalam memastikan kesalinghubungan internet di Institusi Pengajian Tinggi (IPT) berada pada tahap terbaik.

اِقرأ المزيد: Bajet 2021 : Mahasiswa Gembira Kerajaan Turut...