A+ A A-

USR UniMAP: Terowong Sanitasi Mudah Alih Kekang COVID-19

Oleh : Mohd Basri Basir

KANGAR 24 Mac.– Universiti Malaysia Perlis (UniMAP) melalui Pusat Pengajian Diploma (PPD) telah membantu Hospital Pakar KPJ Pulau Pinang untuk memasang Terowong Sanitasi Mudah Alih (Mobile Sainitizing Tunnel).


Pemasangan terowong sanitasi tersebut merupakan keperluan kecemasan bagi mencegah penularan COVID 19  dengan menghilangkan virus atau bakteria yang melekat pada pakaian pesakit yang datang untuk mendapatkan rawatan.

Naib Canselor UniMAP, Prof. Ir. Dr. R Badlishah Ahmad berkata, pemasangan produk penyelidikan UniMAP itu merupakan salah satu sumbangan bagi membantu barisan hadapan yang sedang melawan COVID 19.

“Ini merupakan salah satu sumbangan kecil kita untuk bersama-sama membantu barisan hadapan yang sedang berusaha keras melawan virus yang melumpuhkan dunia pada hari ini.

Baca selanjutnya: USR UniMAP: Terowong Sanitasi Mudah Alih Kekang...

UniMAP Mengalu-alukan Sumbangan COVID-19

Oleh : Aininulniza Mohd Yusof

PAUH PUTRA: Selepas melancarkan Tabung Bantuan Bencana Covid-19 (TBBC) baru-baru ini, Universiti Malaysia Perlis (UniMAP)menerima pelbagai sumbangan daripada individu mahupun syarikat swasta.

Selain sumbangan menerusi pindahan segera (instant transfer) dan aplikasi JomPay, Universiti turut menerima peralatan bagi memudahkan urusan saringan kesihatan terhadap pelajar yang menginap di dalam kampus.

Naib Canselor UniMAP, Prof Ir Dr. R Badlishah Ahmad berkata pihak Universiti menerima 34 botol pembasuh tangan dan empat unit jangka suhu dari Examust Sdn Bhd selain sumbangan makanan daripada Rass Design yang diletakkan di Bank Makanan Siswa.

Ujarnya, negeri Sabah dan Selangor juga turut memberi tajaan makanan kepada anak-anak pelajar UniMAP yang tidak pulang ke kampung dengan menempah terus di kafeteria di penempatan berpusat di Kolej-kolej Kediaman di dalam kampus, di sini.

Baca selanjutnya: UniMAP Mengalu-alukan Sumbangan COVID-19

Ibu Ayah Usah Bimbang

Oleh : Nurul Aida Othman & Suhana Abd Mutalib

Arau – “Ibu, Ayah, serta waris pelajar, usahlah bimbang dan gusar, Insya Allah anak-anak kalian berada dalam keadaan baik dan selamat di Universiti Malaysia Perlis (UniMAP).”
Demikian antara pesanan Naib CanSelor UniMAP, Prof. Ir. Ts. Dr. R Badlishah Ahmad kepada waris lebih 750 pelajar yang kini menghuni Pusat Penempatan Sementara UniMAP di Kolej Kediaman Tuanku Tengku Fauziah di Pauh Putra.
Menurut beliau, selain dipantau oleh Timbalan Naib Canselor, Hal Ehwal Pelajar dan Alumni (HEPA), Prof. Dr. Mohd. Fo’ad Sakdan sendiri, seramai 15 petugas Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) dan Majlis Perwakilan Kolej Kediaman (MPKK) turut berada di kolej kediaman untuk membantu menguruskan keperluan pelajar.

Baca selanjutnya: Ibu Ayah Usah Bimbang

UniMAP CIPTA KEPELBAGAIAN AKTIVITI DALAM CUTI WABAK COVID-19

Arau – Selepas menghasilkan inovasi dalam teknologi merekod kedatangan menggunakan GPS, Universiti Malaysia Perlis (UniMAP), memanfaatkan tempoh tempoh dua minggu Arahan Kawalan Pergerakan yang dilaksanakan oleh kerajaan dengan menyediakan pelbagai inovasi dalam program dan aktiviti menarik khusus untuk mengisi masa terluang para pelajar.

Naib Canselornya, Prof. Ir. Ts. Dr. R Badlishah Ahmad berkata, kesemua program tersebut dikendalikan oleh Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) dan Majlis Perwakilan Kolej Kediaman (MPKK) di bawah penyeliaan Jabatan Hal Ehwal Pelajar dan Alumni (JHEPA).

Beliau menjelaskan, meskipun terbuka kepada semua pelajar, penganjuran program tersebut antara lainnya bertujuan mengisi masa terluang lebih 750 pelajar yang memilih untuk terus kekal di Pusat Penempatan UniMAP sepanjang tempoh kawalan tersebut.

Jelasnya lagi, memandangkan kesemua aktiviti pengajaran dan pembelajaran dihentikan buat sementara waktu, justerus penganjuran aktiviti tersebut diharap dapat membantu pelajar mengisi waktu dengan aktiviti yang berfaedah.

Baca selanjutnya: UniMAP CIPTA KEPELBAGAIAN AKTIVITI DALAM CUTI...

UniMAP Sewa 13 Buah Bas Khusus Hantar Pelajar Balik Kampung

Pauh Putra, 17 Mac - Universiti Malaysia Perlis (UniMAP) mengambil tanggungjawab menyediakan perkhidmatan pengangkutan dengan menyewa 13 buah bas khusus untuk menghantar lebih 500 pelajar pulang ke kampung halaman masing-masing.

Inisiatif tersebut diambil susulan pertemuan dengan Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) UniMAP sebaik sahaja pengumuman Perintah Kawalan Pergerakan diumumkan oleh Perdana Menteri Malaysia, Tan Sri Muhyiddin Yassin malam tadi.

Naib Canselor, Prof. Ir. Ts Dr. R Badlishah Ahmad berkata, melalui inisiatif tersebut, UniMAP percaya ia mampu mengurangkan risiko jangkitan virus Covid-19 yang kini telah diisytiharkan pandemik oleh Pertubuhan Kesihatan Dunia (WHO) dan telah menyebabkan dua kematian di Malaysia.

Baca selanjutnya: UniMAP Sewa 13 Buah Bas Khusus Hantar Pelajar...

UniMAP Juara Keseluruhan Kejohanan Woodball Empat Penjuru Agensi Pendidikan Perlis

PAUH PUTRA,9 Mac - Pasukan Universiti Malaysia Perlis (UniMAP) muncul sebagai juara keseluruhan sulung bagi Kejohanan Woodball Empat Penjuru Agensi Pendidikan sempena Pra Pelancaran Kejohanan Woodball POLYCC 2020 di Kompleks Sukan Syed Sirajuddin Areeb Putra, di sini, baru-baru ini.

Tempat kedua dimenangi Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) Perlis dan ketiga pasukan Politeknik Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah (PSSAAS).

Majlis Penyampaian hadiah disempurnakan Raja Muda Perlis, Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail selaku Penaung DiRaja Persatuan Woodball Perlis (PWPs).

Baca selanjutnya: UniMAP Juara Keseluruhan Kejohanan Woodball...

UniMAP LANCAR TABUNG COVID-19, DANA PERMULAAN RM100,000

Arau, 20 Mac – Universiti Malaysia Perlis (UniMAP) melancarkan Tabung Bantuan Bencana Covid-19 (TBBC) khusus untuk menggalakkan warganya sama-sama membantu menghulurkan sumbangan dalam pengurusan bencana terutama dalam tempoh arahan kawalan pergerakan bermula 18 Mac hingga 31 Mac ini.

Naib Canselornya, Prof. Ir. Ts. Dr. R Badlishah Ahmad berkata, buat permulaan, pengurusan universiti telah bersetuju untuk memperuntukkan dana RM100,000 bagi menggerakkan tabung tersebut sebelum dipanjangkan kepada seluruh warga UniMAP dan orang ramai yang berminat.

Menurut beliau, tabung tersebut akan digunakan untuk membiayai kos makan sejumlah 538 orang pelajar yang memilih untuk kekal di penempatan berpusat di Kolej Kediaman UniMAP sepanjang tempoh kawalan pergerakan tersebut.

Baca selanjutnya: UniMAP LANCAR TABUNG COVID-19, DANA PERMULAAN...

UniMAP Laksana Teknologi GPS Rekod Kehadiran Staf Bagi Menangani Wabak Covid-19

Arau, 16 Mac – Universiti Malaysia Perlis (UniMAP) menggunakan teknologi koordinat Sistem Kedudukan Global (GPS) bagi merekodkan kehadiran stafnya mulai hari ini bagi menggantikan penggunaan sistem pengimbas biometrik di seluruh kampusnya.


Naib Canselornya, Prof. Ir. Ts. Dr. R Badlishah Ahmad berkata, penggunaan GPS itu merupakan sebahagian daripada inisiatif mencegah penularan wabak Covid-19 yang kini telah dikelaskan sebagai pandemik oleh Pertubuhan Kesihatan Dunia (WHO).
Jelas beliau, kaedah tersebut juga adalah bagi menggantikan kaedah thumb print yang dilihat tidak selamat dan mempunyai risiko penyebaran virus Covid-19 yang lebih tinggi.


“Semua pihak semakin berhati-hati ketika ini agar tidak terdedah kepada risiko jangkitan terutama melalui sentuhan. Justeru, sebagai langkah pencegahan dan dengan mengambil konsep check in lokasi di Facebook, saya telah meminta Ketua Pegawai Digital (CDO) UniMAP, Prof Ir. Dr. Anuar Mat Safar untuk memperkenalkan konsep yang sama bagi merekodkan kehadiran.

Baca selanjutnya: UniMAP Laksana Teknologi GPS Rekod Kehadiran...