A+ A A-

9 GRADUAN UniMAP TERIMA HADIAH PELAJARAN

Sumber : Suara Merdeka

PAUH PUTRA, 6 mac - SEMBILAN graduan Universiti Malaysia Perlis (UniMAP) telah dipilih sebagai penerima Hadiah Pelajaran di Auditorium Perpustakaan Tuanku Syed Faizuddin Putra di Kampus Alam Pauh Putra hari ini.

Hadiah yang ditaja oleh pihak industri ini melibatkan kesemua pelajar di peringkat Ijazah Pertama dan Diploma.

Antara kriteria yang diutamakan bukan sahaja kerana memperoleh Purata Nilai Gred Kumulatif (PNGK) tertinggi.

Baca selanjutnya: 9 GRADUAN UniMAP TERIMA HADIAH PELAJARAN

TVET : UniMAP KOLABORASI DENGAN NIHON SUPERIOR

Oleh : Prof Dr Mohd Mustafa Al-Bakri Abdullah & Aininulniza Mohd Yusof

Kangar, 28 Februari - Dalam memastikan agenda Pendidikan Teknikal dan Latihan Vokasional (TVET) berjaya dilaksanakan, Universiti khususnya disaran bagi menjalin kolaborasi dengan pihak industri.

Atas dasar itu, Universiti Malaysia Perlis (UniMAP) hari ini telah menandatangani memorandum perjanjian bersama salah sebuah syarikat pengeluar bahan pateri terbesar Jepun, Nihon Superior Co Ltd bagi meneroka projek penyelidikan dan pembangunan bahan penyambungan elektronik baharu.

Baca selanjutnya: TVET : UniMAP KOLABORASI DENGAN NIHON SUPERIOR

UEPC PROMOSI SUKAN BERKUDA WARGA UniMAP

KANGAR, 28 Februari 2022 – Sukan memanah dan berkuda semakin mendapat tempat di negara ini, malah ia turut berpotensi untuk mengharumkan nama Malaysia berikutan prestasi atlet negara yang mencatatkan prestasi cemerlang pada kejohanan antarabangsa.

Bagi memberi sokongan terhadap sukan itu, Universiti Malaysia Perlis Equestrian Club (UEPC) menganjurkan Pengenalan Asas Berkuda dan Memanah yang diadakan di MS Stable Sidam kiri, Padang Serai , Kedah, pada 19 Februari baru-baru ini.

Baca selanjutnya: UEPC PROMOSI SUKAN BERKUDA WARGA UniMAP

BANGUNAN CANSELORI TUANKU SYED SIRAJUDDIN MERCU IKONIK UniMAP

Sumber : Harian Metro

ARAU,24 Februari - Bangunan Canselori Tuanku Syed Sirajuddin Universiti Malaysia Perlis (UniMAP) kini menjadi mercu tanda ikonik universiti berkenaan selepas secara rasmi dimasyhurkan semalam.

Bangunan itu menempatkan Pejabat Naib Canselor dan Pejabat Timbalan Naib Canselor serta jabatan lain seperti Jabatan Pendaftar dan Jabatan Bendahari.

Raja Perlis, Tuanku Syed Sirajuddin Putra Jamalullail bertitah, diharap, bangunan itu dapat menjadi lambang kehebatan UniMAP dalam menghasilkan warga kerja yang komited dan berdedikasi serta mahasiswa yang cemerlang yang bakal mewarisi pentadbiran negara.

Baca selanjutnya: BANGUNAN CANSELORI TUANKU SYED SIRAJUDDIN MERCU...

FESTKAF 2021 SERLAH BAKAT SENI PELAJAR KEJURUTERAAN UniMAP

Oleh : Aininulniza Mohd Yusof

PAUH PUTRA , 30 Januari 2022 – Biarpun sebahagian besar mahasiswa Universiti Malaysia Perlis (UniMAP) mengikuti pengajian dalam bidang kejuruteraan, namun tidak menghalang mereka menyerlahkan bakat seni yang terpendam.

Ini dibuktikan menerusi Festival Kebudayaan Antara Fakulti (FestKAF) 2021 apabila pasukan Fakulti Teknologi Kejuruteraan Kimia (FTKK) menjadi juara keseluruhan festival berkenaan yang diadakan dalam dua fasa.

Baca selanjutnya: FESTKAF 2021 SERLAH BAKAT SENI PELAJAR...

MERCU TANDA TAMAN TASIK ALUMNI UniMAP DIRASMIKAN

Oleh: Nurul Aida Othman

PAUH PUTRA, 26 Januari - Dalam usaha untuk menarik tumpuan orang ramai ke Universiti Malaysia Perlis (UniMAP), universiti itu telah merasmikan Mercu Tanda Taman Tasik Alumni sebagai satu ruang rekreasi warga UniMAP.

Naib Canselor, Prof. Ts. Dr. Zaliman Sauli berkata projek pembangunan Tasik Alumni dimulakan sebagai tempat rekreasi warga UniMAP yang menginap atau bertugas dalam kampus.

“Ia dapat membangkitkan semangat UniMAPian di samping menggalakkan alumni kembali semula ke alma meter.

Baca selanjutnya: MERCU TANDA TAMAN TASIK ALUMNI UniMAP DIRASMIKAN

MAIPs SANTUNI 70 WARGA UniMAP

Oleh: Nurul Aida Othman

PAUH PUTRA, 28 Januari - Seramai 70 warga asnaf Universiti Malaysia Perlis (UniMAP) menerima zakat daripada Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Perlis, di sini semalam.

Mereka terdiri daripada 67 pelajar dan tiga pekerja disantuni pada dua lokasi berbeza dalam kampus semasa Program Kayuhan MAIPs Peduli bil 7/2022.

Naib Canselor UniMAP, Prof. Ts. Dr. Zaliman Sauli menzahirkan ucapan terima kasih kepada MAIPs atas kesudian memilih UniMAP sebagai lokasi keenam dan sekaligus menyantuni warganya.

Baca selanjutnya: MAIPs SANTUNI 70 WARGA UniMAP

27 PELAJAR ANGKAT SUMPAH MPP UniMAP 2021/2022

Oleh: Nurul Aida Othman

KANGAR, 25 Januari - Seramai 27 pelajar mengangkat sumpah Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) Universiti Malaysia Perlis (UniMAP) sesi 2021/2022 di sini, semalam.

Naib Canselor, Prof. Ts. Dr. Zaliman Sauli berkata mereka dilantik selepas memenangi Pilihanraya Kampus (PRK) UniMAP yang berlangsung 12 Januari lalu.

“Penyerahan watikah pelantikan adalah simbolik kepercayaan pihak pengurusan universiti dan mandat pelajar terhadap MPP baharu selaras dengan Seksyen 57 Akta Universiti dan Kolej Universiti 1971.

Baca selanjutnya: 27 PELAJAR ANGKAT SUMPAH MPP UniMAP 2021/2022