A+ A A-

Akses Orang Kurang Upaya W3C

Laman Web UniMAP menyediakan kemudahan untuk membantu mereka yang memerlukan sedikit ubahsuai kepada kandungan laman ini supaya dapat dibaca dalam keadaan yang terbaik. Ini untuk memenuhi matlamat W3C Web Accessibility Initiative (WAI) yang mana untuk menjadikan laman web boleh diakses oleh Orang Kurang Upaya (OKU) dengan kemudahan yang bersesuaian.

Untuk menggunakan kemudahan yang disediakan, anda cuma perlu meletakkan kursor tetikus anda di atas ikon di sebelah atas penjuru kanan seperti berikut :-

 

Antara kemudahan yang disediakan pada masa ini ialah :

  1. Pengubah saiz teks - Ubah saiz teks menjadi lebih besar atau menjadi lebih kecil untuk memudahkan bacaan anda. Sila klik pada imej 'A' sama ada untuk menambah saiz teks atau mengecilkan saiz teks.
  2. Pengubah warna latar belakang halaman - Ubah warna latar belakang laman web  untuk disesuaikan dengan penglihatan anda. Antara warna yang disediakan adalah biru, merah, hijau, ungu, oren dan kelabu.
  3. Pengubah saiz lebar halaman - Ubah saiz lebar laman web mengikut kesesuaian skrin anda. Sila klik pilihan pada ikon di atas.

W3C

W3C

Laman Web UniMAP menyediakan kemudahan untuk membantu mereka yang memerlukan sedikit ubahsuai kepada kandungan laman ini supaya dapat dibaca dalam keadaan yang terbaik. Ini untuk memenuhi matlamat W3C Web Accessibility Initiative (WAI) yang mana untuk menjadikan laman web boleh diakses oleh Orang Kurang Upaya (OKU) dengan kemudahan yang bersesuaian.

 

Kemudahan yang disediakan pada masa ini ialah :

Pengubah saiz teks - Ubah saiz teks menjadi lebih besar atau menjadi lebih kecil untuk memudahkan bacaan anda. Sila klik pada imej 'A+' atau 'A-'  sama ada untuk menambah saiz teks atau mengecilkan saiz teks. Klik 'A' untuk kembali kepada saiz asal.

Bantuan & Pautan Sokongan

1. Panduan Pengguna

Portal Web Rasmi Universiti Malaysia Perlis (UniMAP) amat sesuai dilayari dengan menggunakan perisian pelayar Google Chrome dan Mozilla Firefox versi 1.x ke atas.

Jika anda menggunakan versi perisian pelayar yang lama, berkemungkinan anda tidak akan dapat paparan laman web yang lengkap. Perisian pelayar laman web mesti menyokong penggunaan JavaScript, Cascading Style Sheet, pilihan warna, format teks dan pelbagai fungsi asas yang lain. 

Paparan laman web yang minima adalah 1024 x 768 pixels.

Anda boleh memuat turun perisian pelayar laman web dan keperluan perisian yang lain dengan klik pada pautan di bawah :-

a) Google Chrome

b) Mozilla Firefox

c) Adobe Reader

d) Flash Player

e) doPDF

 

2. Perkhidmatan atas Talian

Semua perkhidmatan yang disenaraikan adalah di dalam bentuk imej ikon di bahagian bawah halaman web ini. Anda hanya perlu meletakkan tetikus anda di atas setiap imej ikon dan nama penuh untuk setiap perkhidmatan akan dipaparkan. 

 

3. Single Sign-On (SSO)

Portal UniMAP (https://portal.unimap.edu.my) menggunakan kaedah SSO yang membolehkan staf dan pelajar mencapai aplikasi Sistem Maklumat UniMAP dengan menggunakan satu ID dan kata laluan sahaja.

 

4. Direktori Kakitangan

Hanya maklumat Nama, Jawatan dan Jabatan kakitangan UniMAP sahaja dipaparkan di dalam direktori kakitangan. Bagi maklumat nombor telefon,  sila hubungi operator UniMAP di talian 04-9798008.

 

5. Borang Maklumbalas

Kami ingin membantu anda untuk melayari laman web ini dan mendapatkan sebarang maklumat dengan lebih mudah. Untuk sebarang pertanyaan, maklumbalas dan komen boleh dibuat dengan menggunakan Borang Maklumbalas yang disediakan.

 

Dikemaskini pada: 6 September 2017

Soalan Lazim Berkaitan UniMAP

1. Apakah itu UniMAP?

Universiti Malaysia Perlis (dahulunya dikenali sebagai KUKUM) yang ditubuhkan sebagai sebuah IPTA yang ke 17 bertujuan melahirkan jurutera berkemahiran tinggi bagi memenuhi dan menyokong pelan industri negara, selain memberi alternatif kepada pelajar yang cenderung kepada pembelajaran secara praktis.

 

2. Siapakah Naib Canselor UniMAP?

Naib Canselor UniMAP adalah YBhg. Dato’ Profesor Dr. Zul Azhar bin Zahid Jamal

 

3. Bilakah UniMAP ditubuhkan?

Pada 2 Mei 2002, KUKUM (UniMAP) mula beroperasi di kampus sementara di Kubang Gajah, Arau Perlis dan telah menerima pelajar sulung bagi sesi akademik 2002/2003 seramai 116 orang pada 20 Jun 2002. Pada 1 Februari 2007 KUKUM telah dikenali sebagai UniMAP bagi proses penjenamaan semula universiti.

 

4. Di manakah lokasi UniMAP ?

Kampus tetap UniMAP adalah di Pauh seluas 1050 ekar dan di Sungai Chuchuh seluas 300 ekar. Majlis perasmian pembukaan dan doa selamat telah diadakan pada 2 November 2009 yang telah disempurnakan oleh YBhg. Datuk Mantan Naib Canselor UniMAP Pertama dan dihadiri oleh semua staf UniMAP. Buat masa ini, kampus UniMAP adalah merupakan sebuah kampus yang bersifat bertaburan (distributed) di sekitar Perlis.

 

5. Apakah Misi dan Visi UniMAP?

Misi UniMAP: ialah untuk melahirkan insan kamil yang menyumbang kepada agenda pembangunan dan berdaya saing industri negara.

Visi UniMAP: ialah untuk menjadi institusi akademik dan penyelidikan yang berdaya saing di persada antarabangsa.

Nilai Teras UniMAP: ILMU KEIKHLASAN KECEMERLANGAN

 

6. Apakah Anugerah dan Pencapaian yang telah diterima oleh UniMAP?

UniMAP telah mendapat banyak anugerah dan pengiktirafan di peringkat negara mahupun antarabangsa dari segi pengurusan universiti, penyelidikan, kajian dan sebagainya lagi. Antara anugerah dan pencapaian yang diterima ialah:

QS Star Rating – 3 Stars
SETARA/D-SETARA – Tier 5
MyMoheS – 5 Stars
The Golden Europe Award for Quality & Commercial Prestige
The New Era Award of Technology, Innovation & Quality
Best Enterprise Award
European Award for Best Paractices
Anugerah Keusahawanan Kementerian Pendidikan Malaysia
Universiti Awam PERTAMA memperolehi persijilan MS ISO 9001:2015

 

7. Apakah jenis penyelidikan yang dijalankan di UniMAP?

Pelbagai penyelidikan dan inovasi UniMAP telah dijalankan dengan kerjasama Pusat-pusat Kecemerlangan yang memberikan pengkhususan di dalam bidang-bidang penyelidikan keutamaan universiti dan menghasilkan produk yang bermutu tinggi. Antara jenis penyelidikan yang dijalankan terbahagi kepada dua iaitu Geran Dalam dan Geran Luar.

Geran Dalam

Geran Luar

  • Dana Pembudayaan Penyelidikan (RAGS)
  • Long-Term Research Grant Scheme (LRGS)
  • Fundamental Research Grant Scheme (FRGS)
  • Exploratory Research Grant Scheme (ERGS)
  • Prototype Developmet Research Grant Scheme (PRGS)
  • ScienceFund MOSTI

 

8. Apakah bahasa pengantar yang digunakan?

Bahasa Melayu sebagai Bahasa Rasmi Universiti. Walau bagaimanapun, Bahasa Inggeris digunakan secara meluas dalam proses pengajaran dan pembelajaran, bertujuan untuk membantu dalam kerjaya para pelajar. Bagi kursus-kursus yang diajar dalam Bahasa Inggeris, peperiksaan akan dijalankan dalam bahasa yang sama.

 

9. Apakah Program Pengajian yang ditawarkan oleh UniMAP?

Berikut merupakan senarai Program Ijazah Sarjana Muda yang ditawarkan di UniMAP:

Bil.

Program

  Pusat Pengajian Kejuruteraan Mikroelektronik

1.

Sarjana Muda Kejuruteraan (Kepujian) (Kejuruteraan Mikroelektronik)

2.

Sarjana Muda Kejuruteraan (Kepujian) (Kejuruteraan Elektronik)

3.

Sarjana Muda Kejuruteraan (Kepujian) (Kejuruteraan Fotonik)

  Pusat Pengajian Kejuruteraan Komputer dan Perhubungan

4.

Sarjana Muda Kejuruteraan (Kepujian) (Kejuruteraan Komputer)

5.

Sarjana Muda Kejuruteraan (Kepujian) (Kejuruteraan Perhubungan)

6.

Sarjana Muda Kejuruteraan (Kepujian) (Kejuruteraan Rangkaian Komputer)

  Pusat Pengajian Kejuruteraan Mekatronik

7.

Sarjana Muda Kejuruteraan (Kepujian) (Kejuruteraan Mekatronik)

8.

Sarjana Muda Kejuruteraan (Kepujian) (Kejuruteraan Mekanikal)

9.

Sarjana Muda Kejuruteraan (Kepujian) (Kejuruteraan Elektronik Bioperubatan)

  Pusat Pengajian Kejuruteraan Sistem Elektrik

10.

Sarjana Muda Kejuruteraan (Kepujian) (Kejuruteraan Sistem Elektrik)

11.

Sarjana Muda Kejuruteraan (Kepujian) (Kejuruteraan Elektronik Industri)

12.

Sarjana Muda Kejuruteraan (Kepujian) (Kejuruteraan Elektrik Sistem Tenaga)

  Pusat Pengajian Kejuruteraan Pembuatan

13.

Sarjana Muda Kejuruteraan (Kepujian) (Kejuruteraan Pembuatan)

14.

Sarjana Muda Kejuruteraan (Kepujian) (Kejuruteraan Rekabentuk Produk)

  Pusat Pengajian Kejuruteraan Bahan

15.

Sarjana Muda Kejuruteraan (Kepujian) (Kejuruteraan Bahan)

16.

Sarjana Muda Kejuruteraan (Kepujian) (Kejuruteraan Metalurgi)

17.

Sarjana Muda Kejuruteraan (Kepujian) (Kejuruteraan Polimer)

  Pusat Pengajian Kejuruteraan Bioproses

18.

Sarjana Muda Kejuruteraan (Kepujian) (Kejuruteraan Bioproses)

19.

Sarjana Muda Kejuruteraan (Kepujian) (Kejuruteraan Biosistem)

  Pusat Pengajian Kejuruteraan Alam Sekitar

20.

Sarjana Muda Kejuruteraan (Kepujian) (Kejuruteraan Alam Sekitar)

21.

Sarjana Muda Kejuruteraan (Kepujian) (Kejuruteraan Awam)

  Pusat Pengajian Inovasi Perniagaan dan Teknousahawan

22.

Sarjana Muda Perniagaan (Kepujian) (Keusahawanan Kejuruteraan)

23.

Sarjana Muda Perniagaan (Kepujian) (Perniagaan Antarabangsa)

  Fakulti Teknologi Kejuruteraan

24.

Sarjana Muda Teknologi Kejuruteraan Awam (Kepujian) (Pembinaan)

25.

Sarjana Muda Teknologi Kejuruteraan Kimia (Kepujian) (Bioteknologi Industri)

26.

Sarjana Muda Teknologi Kejuruteraan Kimia (Kepujian) (Proses Kimia Industri)

27.

Sarjana Muda Teknologi Kejuruteraan Elektrik (Kepujian) (Teknologi Robotik & Automasi)

28.

Sarjana Muda Teknologi Kejuruteraan Elektrik (Kepujian) (Kuasa Industri)

29.

Sarjana Muda Teknologi Kejuruteraan Mekanikal (Kepujian) (Pemesinan)

30.

Sarjana Muda Teknologi Kejuruteraan Mekanikal (Kepujian) (Sistem Pertanian)

31.

Sarjana Muda Teknologi Kejuruteraan Mekanikal (Kepujian) (Pembangunan Produk)

32.

Sarjana Muda Teknologi Kejuruteraan Mekanikal (Kepujian) (Pemprosessan Bahan)

35.

Sarjana Muda Teknologi Kejuruteraan Elektronik (Kepujian) (Rekabentuk Rangkaian Elektronik)

33.

Sarjana Muda Teknologi Kejuruteraan Elektronik (Kepujian) (Sistem Elektronik)

34.

Sarjana Muda Teknologi Kejuruteraan Elektronik (Kepujian) (Elektronik Bersepadu)

35.

Sarjana Muda Teknologi Kejuruteraan Elektronik (Kepujian) (Rekabentuk Telekomunikasi Elektronik)

36.

Sarjana Muda Teknologi Kejuruteraan Kimia (Kepujian) (Teknologi Makanan)

  Pusat Pengajian Pembangunan Insan & Teknokomunikasi

37.

Sarjana Muda Komunikasi Media Baharu (Kepujian)

 

Berikut merupakan senarai Program Diploma yang ditawarkan di UniMAP:

Bil.

Program

1.

Diploma Kejuruteraan (Kejuruteraan Mikroelektronik)

2.

Diploma Kejuruteraan (Kejuruteraan Pembuatan)

3.

Diploma Kejuruteraan (Kejuruteraan Metalurgi)

4.

Diploma Kejuruteraan (Kejuruteraan Komputer)

5.

Diploma Kejuruteraan (Kejuruteraan Elektrik)

6.

Diploma Kejuruteraan (Kejuruteraan Mekatronik)

 

10. Adakah UniMAP menawarkan program pengajian peringkat Ijazah Tinggi (Master dan PhD)?

Ya, UniMAP ada menawarkan program pengajian peringkat Ijazah Tinggi. Untuk maklumat lanjut, sila layari laman web Pusat Pengajian Siswazah.

 

11. Berapakah Yuran Pengajian di UniMAP?

Pelajar Malaysia (Sesi 2017/2018)

 

Program

Yuran Tidak Berulang

Yuran Berulang (Setiap Semester)

Jumlah

Ijazah Sarjana Muda Kejuruteraan

RM 790.00

RM 1,410.00

RM 2,200.00

Ijazah Sarjana Muda Teknologi Kejuruteraan

RM 790.00

RM 1,410.00

RM 2,200.00

Ijazah Sarjana Muda Perniagaan

RM 775.00

RM 1,260.00

RM 2,035.00

Ijazah Sarjana Muda Komunikasi Media Baharu

RM 775.00

RM 1,260.00

RM 2,035.00

Diploma

RM 775.00

RM 1,010.00

RM 1,685.00

Ijazah Sarjana Muda Keusahawanan Kejuruteraan

RM 775.00

RM 1,260.00

RM 2,035.00

 

Pelajar Antarabangsa (Sesi 2017/2018)

 

Program

Yuran Tidak Berulang

Yuran Berulang (Setiap Semester)

Jumlah

Ijazah Kejuruteraan

RM 3,142.80

RM 4,740.00

RM 7,882.80

Ijazah Perniagaan

RM 3,142.80

RM 3,740.00

RM 6,882.80

Program

Yuran Pengajian

Kursus Bahasa Inggeris

RM 10,415.00

 

 

 

 

12. Berapakah bilangan pelajar tempatan di UniMAP sekarang?

Jumlah pelajar tempatan untuk pengajian peringkat ijazah sarjana muda dan diploma sesi 2015/2016 ialah 11,564 pelajar.

 

13. Berapakah bilangan pelajar antarabangsa di UniMAP sekarang?

Jumlah pelajar antarabangsa untuk peringkat Ijazah Sarjana Muda sesi 2015/2016 ialah 554 pelajar.

 

14. Berapakah peratusan pensyarah yang memegang Ph.D di UniMAP?

Bagi tempoh 2016, peratusan pensyarah di UniMAP yang mempunyai Ph.D ialah 32.2% (338 orang pensyarah).

 

15. Berapakah bilangan Alumni UniMAP?

Sehingga tahun 2014, bilangan alumni UniMAP telah mencecah 8,960 orang dan jumlah alumni yang telah bekerja dalam pelbagai sektor mencecah 7,160 orang.

 

16. Berapakah peratusan kebolehpasaran graduan UniMAP?

Peratusan kebolehpasaran graduan UniMAP ialah 71% (2006 - 2015) yang merangkumi pelbagai sektor.

 

17. Bagaimanakah pendekatan pengajaran dan pembelajaran di UniMAP?

Pendekatan yang diamalkan dalam pengajaran dan pembelajaran di UniMAP bagi peringkat Diploma dan Ijazah Sarjana Muda adalah merangkumi komponen teori dan praktikal. Oleh kerana UniMAP merupakan universiti kejuruteraan, penekanan terhadap pengajaran dan pembelajaran lebih kepada praktikal seperti di dalam makmal, Teaching Factory, E-pembelajaran dan pendedahan kepada industri yang memberi peluang kepada pelajar untuk mengaplikasikan ilmu yang dipelajari dengan lebih berkesan dan efektif.

Selain itu, bagi pendekatan pengajaran dan pembelajaran di peringkat Sarjana dan Doktor Falsafah pula terdapat pelbagai jenis dan mengikut mod yang ditawarkan antaranya Mod Penyelidikan, Mod Campuran dan Mod Kerja Kursus. Pendekatan yang diamalkan ini lebih fleksible dan memberi keselesaan kepada pelajar untuk menjalankan penyelidikan dan kerja kursus.

 

18. Bagaimanakah UniMAP menguruskan hal-hal yang berkaitan dengan pelajar?

Secara amnya semua hal ehwal pelajar diuruskan oleh Jabatan Hal Ehwal Pelajar & Alumni (HEPA) UniMAP. Bahagian pengambilan pelajar dan urusan pelajar yang lain pula diuruskan oleh Bahagian Akademik di bawah Jabatan Pendaftar dan Pejabat Timbalan Naib Canselor (Hal-Ehwal Akademik dan Antarabangsa).

 

19. Bagaimanakah universiti membantu bakal-bakal graduan UniMAP menambahkan kemahiran mereka supaya dapat bersaing di pasaran?

Pihak Universiti mengaturkan pelbagai program dari semasa ke semasa untuk membantu bakal-bakal graduan UniMAP bagi meningkatkan kebolehpasaran mereka seperti Career Talk & career Fair, kolaborasi dengan industri, lawatan pelajar ke industri, program latihan industri, penglibatan industri dalam pembangunan kurikulum, kemahiran insaniah dan pelbagai lagi.

 

20. Apakah kemudahan-kemudahan yang disediakan di UniMAP?

Bagi memberi keselesaan yang kondusif kepada para pelajar, pelbagai kemudahan asas disediakan oleh pihak universiti. Kesemua kemudahan yang dimiliki universiti-universiti awam lain di Malaysia juga dimiliki UniMAP. Antara kemudahan yang disediakan merangkumi dewan/bilik kuliah, makmal pengajaran dan penyelidikan, dewan peperiksaan, perpustakaan, pusat pelajar, kolej kediaman, cafeteria, pusat rekreasi, pusat kejuruteran, kilang mengajar, stesen penyelidikan agroteknologi dan pelbagai lagi. Pihak universiti sangat menitikberatkan keselesaan dan kualiti pelajar tidak sesekali dikompromi.

 

21. Di manakah lokasi Perpustakaan Tuanku Syed Faizuddin Putra dan berapakah bilangan buku dan koleksi lain yang ada di sana?

Lokasi Perpustakaan Tuanku Syed Faizuddin Putra terletak di Kampus Pauh Putra, Universiti Malaysia Perlis, 02600, Arau, Perlis. Untuk sebarang pertanyaan mengenai perpustakaan, boleh menghubungi Tel : +604-9885420 atau Email : Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya..

 

22. Apakah keistimewaan makmal-makmal di UniMAP?

Makmal-makmal UniMAP dilengkapi peralatan moden yang digunakan untuk tujuan pembelajaran sejak Tahun 1 pelajar berada di UniMAP. Beberapa makmal sudahpun mendapatkan pengiktirafan kerana menurut sistem yang digariskan di dalam MS 1722:2005 & OHSAS 18001:2007 & Skim Akreditasi Makmal Malaysia (SAMM) 17025: Health and Safety Operational Procedures Implementation for Laboratory and Equipment. Makmal-makmal yang dimaksudkan ialah:
Mechanical Testing Lab - Pusat Pengajian Kejuruteraan Bahan Chemical & Mechanical Testing Lab - Pusat Pengajian Kejuruteraan Alam Sekitar Chemical & Food Testing Lab - Pusat Pengajian Kejuruteraan Bioproses (dalam proses akreditasi (2013)).

 

23. Adakah UniMAP menyediakan kemudahan penginapan untuk pelajar?

Bagi memberi keselesaan yang optimum kepada pelajar, UniMAP menyediakan kemudahan kolej kediaman dan semua pelajar wajib untuk mendiami kolej kediaman. Antara kolej kediaman yang terdapat di UniMAP ialah:

Kolej Kediaman Antarabangsa
Kolej Kediaman Tunku Abdul Rahman
Kolej Kediaman Tun Abdul Razak
Kolej Kediaman Tun Hussien Onn
Kolej Kediaman Tun Dr. Ismail
Kolej Kediaman Tun Ghafar Baba
Kolej Kediaman Tan Sri Aishah Ghani
Kolej Kediaman Tun Abdullah Ahmad Badawi
Kolej Kediaman UniCITI Alam

 

24. Bagaimanakah pelajar bergerak dari satu lokasi ke satu lokasi yang lain?

Sistem bas UniMAP ada disediakan bagi memudahkan pelajar untuk bergerak dari satu lokasi ke satu lokasi lain mengikut jadual pergerakan bas. Jadual bas boleh didapati di Laman Utama atau di dalam Portal Pelajar UniMAP. Pelajar tidak perlu membayar tambang setiap kali menggunakan bas kerana tambang sudah termasuk di dalam bayaran yuran yang dikutip pada awal semester.

Hampir kesemua bas UniMAP ada dilengkapi dengan kemudahan wi-fi. Kemudahan penggunaan basikal di Kampus Alam Pauh Putra juga telah dilancarkan, ia merupakan sebahagian daripada Projek U-Sikal UniMAP yang dijalankan di bawah inisiatif Kampus Lestari UniMAP.

 

25. Siapakah yang perlu saya hubungi jika ingin berurusan dengan pihak universiti?

Rumah Universiti,
Universiti Malaysia Perlis,
Kampus Kubang Gajah,
02600 Arau Perlis
Tel : 04-9798008
Faks : 04-9798422

E-mail : Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.

Piagam Pelanggan UniMAP

 

UniMAP sangat komited untuk mencapai piagam pelanggan berikut :-

1 : Sekitar 40% graduan bergraduat dengan PNGK 3.00 ke atas dalam setiap konvokesyen.

2 : Sekitar 40% daripada pensyarah berkelayakan ijazah Doktor Falsafah (Ph.D) atau kelayakan yang setaraf dengannya.

3 : Nisbah tenaga akademik dengan mahasiswa prasiswazah ialah 1:15.

4 : Indek kepuasan pekerja melebihi 85%.

5 : Indek kepuasan mahasiswa melebihi 80% setiap tahun.

6 : Empat orang Jurutera Professional (PE) atau kelayakan yang setaraf bagi setiap program pengajian kejuruteraan.

7 : Memberi maklum balas kepada pertanyaan bertulis pelanggan tujuh (7) hari bekerja daripada tarikh penerimaan pertanyaan.

 

Pencapaian piagam pelanggan

# Pencapaian bagi tahun semasa akan dilaporkan dalam MKSP pada akhir tahun, selepas Audit Dalaman SPK dijalankan (sekitar Disember atau awal tahun untuk tahun berikutnya).

 

Piagam pelanggan 2013

Pencapaian piagam pelanggan 2013

Piagam pelanggan 2014

Pencapaian piagam pelanggan 2014

Piagam pelanggan 2015

Pencapaian piagam pelanggan 2015

Piagam pelanggan 2016

Pencapaian piagam pelanggan 2016

Piagam pelanggan 2017

Pencapaian piagam pelanggan 2017

 

Maklumat lanjut, sila hubungi:

Centre for Corporate Development and Quality Management (PUSPEK)
En. Muhammad Hidham Haris
Pegawai Tadbir (ISO Unit)
Tel : +604 979 8645
E-mail : Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.

Tarikh Kemaskini: Mei 2018

MIS Versi Mudah Alih

BIL

SNAPSHOT

PENERANGAN

1.

 

NAMA SISTEM                  : IUS-HRM MOBILE
URL                                        : https://iushrm.unimap.edu.my/mobile_hrm/index.jsp
FUNGSI                                :

        1. ANNUAL LEAVE APPLICATION
        2. MEDICAL LEAVE APPLICATION
        3. APPROVE LEAVE APPLICATION
        4. APPLICATION CANCELLATION OF LEAVE
        5. LIST OF APPROVED LEAVE
        6. LIST OF NOT APPROVE LEAVE

PENGGUNA                       : KAKITANGAN UniMAP
PEMBANGUN SISTEM    : NORAZIMA BT ABU SEMAN

2.

 

NAMA SISTEM                  : AMIS MOBILE
URL                                        : https://amis.unimap.edu.my/AMIS/m/index.jsp
FUNGSI                                :

  1. STUDENT'S SEARCH (BY NAME, IC NO AND MATRIC NO)
  2. STUDENT'S STATISTIC (STUDENT BY GENDER AND STUDENT BY PROGRAMME)

PENGGUNA                       : STAF AKADEMIK, STAF BAHAGIAN HAL EHWAL AKADEMIK JABATAN 
PENDAFTAR DAN PENOLONG PENDAFTAR PUSAT PENGAJIAN
PEMBANGUN SISTEM    : NAJDAWATI BT MOHD FADZIL

3.

 

NAMA SISTEM                  : HOMES MOBILE
URL                                        : https://homes.unimap.edu.my/HOMES_V1/mobile/index.jsp
FUNGSI                                : CARIAN PELAJAR KOLEJ KEDIAMAN MENGIKUT NAMA/NO KP/NO MATRIK
PENGGUNA                       : PENGURUS ASRAMA DAN PENGETUA KOLEJ KEDIAMAN
PEMBANGUN SISTEM    : MOHD FITRI BIN EDROS

 

4.

 

NAMA SISTEM                  : ATTENDANCE MOBILE
URL                                        : https://attendance.unimap.edu.my
FUNGSI                                :     

  1. DEPARTMENTAL REPORT
  2. WEEKLY MUSTER STATISTIC
  3. STAF ATTENDANCE                            

PENGGUNA                       : PENGURUSAN TERTINGGI
PEMBANGUN SISTEM    : MOHD NOORULFAKHRI BIN YAACOB

5.

 

NAMA SISTEM                  : SISTEM PENGAJIAN LANJUTAN MOBILE
URL                                        : https://spl.unimap.edu.my/SPL/mobile/index.jsp
FUNGSI                                : CARIAN STAF/FELO MENGIKUT NAMA/NO KP – PERSONAL & HISTORY DETAILS
PENGGUNA                       : STAF UNIT CUTI BELAJAR JABATAN PENDAFTAR
PEMBANGUN SISTEM    : MADALIATUN-NAJAH BINTI MAHMUD

6.

NAMA SISTEM                  : OPI MOBILE
URL                                        : https://opi.unimap.edu.my/OPI/m/index.jsp
FUNGSI                                : MAKLUMAT PERIBADI, MAKLUMAT AKADEMIK, STATUS HUTANG DAN MAKLUMAT
VIVA (RESEARCH MODE)
PENGGUNA                       : PELAJAR PASCASISWAZAH
PEMBANGUN SISTEM    : ROHAZNA WAHAB