USR UniMAP: Terowong Sanitasi Mudah Alih Kekang COVID-19
Oleh : Mohd Basri Basir
KANGAR 24 Mac.– Universiti Malaysia Perlis (UniMAP) melalui Pusat Pengajian Diploma (PPD) telah membantu Hospital Pakar KPJ Pulau Pinang untuk memasang Terowong Sanitasi Mudah Alih (Mobile Sainitizing Tunnel).
Pemasangan terowong sanitasi tersebut merupakan keperluan kecemasan bagi mencegah penularan COVID 19 dengan menghilangkan virus atau bakteria yang melekat pada pakaian pesakit yang datang untuk mendapatkan rawatan.
Naib Canselor UniMAP, Prof. Ir. Dr. R Badlishah Ahmad berkata, pemasangan produk penyelidikan UniMAP itu merupakan salah satu sumbangan bagi membantu barisan hadapan yang sedang melawan COVID 19.
“Ini merupakan salah satu sumbangan kecil kita untuk bersama-sama membantu barisan hadapan yang sedang berusaha keras melawan virus yang melumpuhkan dunia pada hari ini.
Baca selanjutnya: USR UniMAP: Terowong Sanitasi Mudah Alih Kekang...