A+ A A-

26 STAF UniMAP TERKESAN COVID-19 DIBANTU

Oleh: Nurul Aida Othman

PAUH PUTRA, 1 September - Seramai 26 staf Universiti Malaysia Perlis (UniMAP) yang dikesan pernah atau sedang dijangkiti wabak COVID-19 menerima sumbangan daripada universiti tersebut dalam Majlis Simbolik Penyerahan Bakul Kasih di sini, hari ini.

Naib Canselor, Prof. Ts. Dr. Zaliman Sauli berkata sumbangan berupa barangan keperluan asas ini adalah tanda ingatan dan sokongan daripada UniMAP terhadap stafnya yang terkesan akibat pandemik tersebut.

Baca selanjutnya: 26 STAF UniMAP TERKESAN COVID-19 DIBANTU

LAMAN MERDEKA UniMAP SEMARAKKAN HARI KEBANGSAAN KE-64

Oleh: Nurul Aida Othman

PAUH PUTRA, 30 Ogos - Situasi COVID-19 hari ini tidak menghalang Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) Universiti Malaysia Perlis (UniMAP) meraikan sambutan Hari Kebangsaan ke - 64 yang bakal disambut esok.

Mereka membina satu ruang dikenali sebagai Laman Merdeka UniMAP bertempat di Tasik Alumni UniMAP, Kampus Alam UniMAP Pauh Putra, di sini, petang tadi.

Naib Canselor, Prof. Ts. Dr. Zaliman Sauli berkata ini merupakan kali kedua Hari Kebangsaan disambut dalam norma baharu dan secara bersederhana.

“Walaupun kita tidak dapat mengadakan sambutannya secara besar-besaran tetapi ingatan dan semangat patriotisme kita tidak berkurangan.

“Saya percaya dengan wujudnya laman ini kita dapat juga menzahirkan semangat patriotisme warga UniMAP walaupun dalam keadaan yang sederhana,” katanya ketika melancarkan laman tersebut sempena Majlis Sambutan Hari Kemerdekaan ke-64.

Baca selanjutnya: LAMAN MERDEKA UniMAP SEMARAKKAN HARI KEBANGSAAN...

ASP 2021 DAN AFW 2021 PLATFORM TERBAIK HARUNGI CABARAN PENDIDIKAN GLOBAL

Oleh: Aininulniza Mohd Yusof

Asia Summer Program (ASP) yang dicetuskan pada 2012 adalah sebuah program mobiliti selama dua minggu berkredit bagi pelajar-pelajar universiti di Asia yang menjadi ahli gabungan Asian University Presidents Forum (AUPF) pada 2013 apabila Universiti Malaysia Perlis (UniMAP) menjadi tuan rumah penganjuran forum antarabangsa itu bagi kali ke-12.

Ketika AUPF berlangsung, pemimpin dan wakil kepimpinan dari 68 institusi di 17 buah negara telah mengambil keputusan agar wujudnya usaha mempromosikan program yang bertujuan untuk membangunkan kompetensi berbilang bahasa, meningkatkan pemahaman kepelbagaian budaya dan memupuk kebolehan kreatif.

Manakala Asian Faculty Workshop (AFW) pula diilhamkan oleh GuangDong University of Foreign Studies (GDUFS) pada 2019 juga di bawah kerangka AUPF dengan matlamat untuk mempromosikan komunikasi dan mengeratkan hubungan antara anggota fakulti bagi universiti-universiti Asia dengan UniMAP menjadi tuan rumah kali ke-2 serentak dengan ASP 2021.

Baca selanjutnya: ASP 2021 DAN AFW 2021 PLATFORM TERBAIK HARUNGI...

ROZALITA SAUPI WAKIL PERLIS KE SDPAHM 2021 PERINGKAT KEBANGSAAN

Oleh: Nurul Aida Othman

Pauh Putra, 28 Ogos - Rozalita Saupi bakal mewakili Perlis ke pertandingan akhir Sayembara Deklamasi Puisi Artistik Hari Malaysia (SDPAHM) 2021 peringkat kebangsaan pada 15 September 2021 ini jam 8.00 malam secara dalam talian melalui facebook DBP dan facebook Pemuisi Berkarya.

Beliau mewakili Politeknik Tuanku Syed Sirajuddin (PTSS) terpilih selepas dinobatkan penerima Anugerah Emas pada SDPAHM 2021 peringkat negeri Perlis yang berlangsung secara dalam talian, malam tadi.

Rozalita yang menyampaikan puisi bertajuk Pesan Untuk Anak menewaskan 11 peserta lain dan berjaya membawa pulang wang tunai RM300, hadiah iringan berupa plak, hadiah buku dan sijil penyertaan.

Malah beliau turut memenangi Anugerah Busana Terbaik seterusnya layak membawa pulang RM100, plak, hadiah buku dan sijil.

Baca selanjutnya: ROZALITA SAUPI WAKIL PERLIS KE SDPAHM 2021...

YAYASAN UniMAP GERAKKAN INISIATIF SKUAD PRIHATIN BANTU STAF UniMAP

Oleh: Aininulniza Mohd Yusof

PAUH PUTRA, 27 Ogos – Yayasan Universiti Malaysia Perlis (UniMAP) atau YU menggerakkan inisiatif Skuad Prihatin bagi membantu staf sokongan UniMAP yang terjejas susulan penularan wabak COVID-19.

Pengerusi Lembaga Pengarah YU, Datuk Prof Emeritus Dr Kamarudin Hussin berkata matlamat penubuhan YU sejak dari awal bukan bermotifkan keuntungan semata tetapi yayasan itu komited dalam membantu kebajikan staf dan pelajar universiti itu.

Baca selanjutnya: YAYASAN UniMAP GERAKKAN INISIATIF SKUAD PRIHATIN...

UniMAP LANCAR KEMPEN KIBAR JALUR GEMILANG DAN BULAN KEBANGSAAN

Oleh : Aininulniza Mohd Yusof

PAUH PUTRA, 25 Ogos 2021 – Universiti Malaysia Perlis (UniMAP) melancarkan kempen Kibar Jalur Gemilang dan Bulan Kebangsaan peringkat universiti itu bagi menyemarakkan semangat kemerdekaan dalam kalangan warganya, hari ini.

Naib Canselor UniMAP,Lt Kol Prof Ts. Dr Zaliman Sauli berkata beberapa pengisian program sepanjang bulan kemerdekaan turut dirancang termasuk Malam Kemuncak Sayembara Deklamasi Puisi Artistik Hari Malaysia (SDPAHM) 2021 peringkat Negeri Perlis.

Baca selanjutnya: UniMAP LANCAR KEMPEN KIBAR JALUR GEMILANG DAN...

UniMAP ANJUR KURSUS PEMASARAN DALAM TALIAN BANTU KOMUNITI

Oleh : Aininulniza Mohd Yusof

PAUH PUTRA, 27 Ogos – Universiti Malaysia Perlis (UniMAP) menerusi Pusat Perhubungan Alumni (PPA) mengambil inisiatif menganjurkan Kursus Pemasaran Online kepada tiga komuniti yang terpilih sekitar negeri ini.

Inisiatif berkenaan adalah bertepatan dengan konsep ‘Universiti untuk Masyarakat’ (USR) yang menjadi matlamat UniMAP dalam memindahkan ilmu atau kemahiran kepada komuniti untuk dipraktikkan bagi meningkatkan kesejahteran hidup mereka.

Baca selanjutnya: UniMAP ANJUR KURSUS PEMASARAN DALAM TALIAN BANTU...

ICADME 2021 TERIMA LEBIH 100 MANUSKRIP

Oleh: Nurul Aida Othman

PAUH PUTRA, 24 Ogos - Universiti Malaysia Perlis (UniMAP) menerima lebih 100 manuskrip dalam dan luar negara bagi International Conference on Applications & Design in Mechanical Engineering 2021 (ICADME 2021) yang berlangsung secara hybrid, semalam.

Naib Canselor UniMAP, Lt Kol Prof. Ts. Dr. Zaliman Sauli berkata persidangan kali ketujuh ini akan membuka ruang dan peluang baharu kepada penyelidik untuk menyelesaikan cabaran global.

“Persidangan ini adalah medium perkongsian kepada penyelidik, pendidik, pelajar dan industri untuk bertukar idea dan penemuan penyelidikan dalam bidang masing-masing agar boleh diperluaskan lagi menjadi sumber rujukan dunia.

Baca selanjutnya: ICADME 2021 TERIMA LEBIH 100 MANUSKRIP